Seronok Bila Dapat Duit !


 

Heyaaaa, hai semua ?


buat apa petang petang ni, sekarang tengah tunggu nak layan cerita soffiya pukul7 nanti . tadi petang dengar ada bunyi bunyi kat luar. 


''surat khabar lama , surat khabar lama , tilam lama" ..


tengah syok main laptop ni , baru ingat nak amik mood blogwalking , selalu blogwalking malam malam je. terpikir, confirm mak panggil jap lagi suruh angkat surat khabar lama . 


haa memang pon, tak sampai 1 minit, mak panggil angkat surat khabar lama tu yang dah lama sangat sampai anai anai nak datang da. nasib tak da lagi. mak kata nanti duit tu ambil jelaaa.


okay teruskan menolong, mengangkat surat khabar tanpa banyak cakap. ohhh dalam stor ada lagi . angkat la pula dalam stor. maklum laa orang lelaki tiada kat rumah , orang perempuan lah kena mengangkat semuanyaaa


okay ada lagi tak, kipas, tv, mesin basuh, air cond lamaa . okay semua masih elok, buat apa nak jual pulaa. surat khabar jela jadi mangsa kena lelong !!



bilang bilang saya pun tak tahu berapa kilo semuanyaa tapi dapat RM13.25 sen kot ! berat ke tu ? okay saya la yang dapat , mak bagi je sebab kononnya upah tolong angkat . 


lama tak dapat duit dari mak kan, selama ni mak bagi makan jelaaa . mengharapkan duit PTPTN yang tak berapa banyak tu . nak mengharapkan biasiswa jangan harap . insyaALLAH cuba nak dapatkan JPA untuk degree nanti .. hehe


cuma nak story, seronok dapat duit konon dari lelah sendiri !

 

9 comments:

Tihara said...

duit yg paling bermakna tu..alhamdulillah.. :)

Wanie said...

dapat gak upah tolong mak..lepas ni confirm tak payah panggil dah, g angkat sendiri kan..hehe

fiQ'Ra said...

hehe...mmg seronok dpt cmtu.. alhmdulillah, rezeki ;)

NasZ said...

wah...bila nak belanja saya? hehehe.

nurpiska said...

untungla:)

miss kinah said...

adik slalu ajk ayh gi jual surat khabar lama.. untung dia boleh cecah puluhan ringgit..hehehhe

DoodleLicious said...

baju lama...baju lamaa...

cik ika said...

boleh blnje mam aiskrim..hehehe

Rai said...

kitar semula amalan mulia.. duit pun dapat..hehehe..