The Fifth day :')

Assalamualaikum dan selamat pagi .

Sudah lama kita tak berblogging , kadang-kadang perasaan untuk menulis ni ada tapi alaaa hanya perasaan . wakaka. hmm minggu yang memboringkan , saya hanya membaca membaca sampai biji mata ni nak terkeluar dah, kepala ni nak tercabut dah. aih mengantuk nyaa tak terkata .

aih apa yang saya baca. huhu . hari ini adalah hari kelima saya berpraktikal kan diri . biasa laaa mula2 boring, mengantuk sebab duduk di atas kerusi dan bertemankan satu komputer dan meja. pengalaman tu belum ada lagi , yelaa hanya baca buku mana nampak lagi apa yang kita bakal buat untuk hari-hari seterusnya kan.

sebelum ni ada juga seorang staf , pangkat abah2 kita la ajak saya keluar untuk ikut dia pergi inspectian . bangun2 ikut jelaa, dia tanya " ikut saya pergi inspection boleh kan " ? aih mesti laa boleh , tak kan kata tak boleh . huhu . pergi tanpa membawa apa-2. beg, phone, kad. semua tak bawa sebab pada awalnya kita tak tahu dia nak pergi keluar inspectian .nasiblaa sekejap je , tak kisah la tak bawa apa-2 kan . so saya keluar ikut dia naik kereta, dia ajar nak tengok site plan dari landmark ke tempat yang kita nak pergi tuu . takdelaa saya mengantuk bila ada keluar jugaa tuuu

bila saya dah tahu banyak dalam selok belok kerja ni , maybe akan ada timbul keseronokan tu , hm tunggu jelaa. . tiada yang senang kalau tanpa usaha kan, so caiyok ! haha nasihat untuk diri sendiri. apa yang penting sekarang rindu sangat nak balik rumah even jarak perjalanan tak jauh mana pon! wakaka


wish me luck and take care everybody :')

My Anniversary


Assalamualaikum

alhamdulillah genap satu tahun aku berblog walaupun cerita dalam blog tidak sehebat aisya sofea . hehe . bila terfikir balik kenapa aku gatal-gatal nak sign up google account dan blog sedangkan aku bukan minat sangat nak menulis , bercerita. 




selama aku berblog ada juga blog yang menjadi idaman aku sebab jalan cerita mereka yang best dan sempoi. bila baca macam tak nak tidor *eh yeke ?


Aqilah
blog dia kebanyakan cerita tentang kehidupan dia . tentang diri dia atau luahan perasaan . tentang cara dia menulis dan percakapan tu buat kita rasa selesa untuk terus membaca. salah satu mungkin sebab dia kawan aku. huhu


SM
blog dia ni pun memang aku suka sebab jalan cerita dia kebanyakkan dia buat macam komik dan setiap kali aku baca harus aku gelak . ok bukan senang aku nak gelak 

tapi first blog aku baca fatin liyana, sure ramai kenal dia. inipun kakak aku kenalkan 

biasanya bila anniversary blog kebanyakkan seseorang mesti buat giveaway atau contest kan tapi aku tak de masa nak buat dan ketipisan idea juga duit . kalau ada sesiapa anjurkan giveaway kot boleh aku join boleh letak link di sini * macam ada huhu . insyaAllah

almaklumlah tambahan sekarang busy dengan persiapan nak kahwin  *eh insyaAllah :)


bye bye selamat malam

Aduh, Kerja itu Penat !


Assalamualaikum

suatu hari tu aku rasa sangat boring dan aku ingin keluar dari dunia rumah ini. so I decided nak pergi berkebun dengan pak cik aku . dia ada macam-macam jenis tanaman dekat kebun tu. bila berkebun ni boleh pergi menjual then dapat duit then kaya kan . ohh berangan sampai ke bintang

saban hari aku ikut dia berkebun baru aku tahu erti keletihan , kepenatan dalam mencari duit . payah, susah bekerja untuk mendapatkan duit demi menanggung anak isteri makan minum semua kan. tapi dalam letih ada perasaan seronok tu kalau kita buat dengan bersungguh -sungguh.

ingin berjaya kita harus berusaha. sesungguhnya orang yang malas orang yang banyak mengeluh adalah orang-orang yang kurang pandai


selama seminggu ada juga hasil aku buat. dapatlah aku beli laptop dari tak dapat apa apa cuti sem ni .jom lihat 



haha . aku tengah "harvest" lagi tu. aku saja mula nak bercucuk tanam semula setelah sekian lama ditinggalkan selepas aku masuk belaja di uitm tu. banyak tak duit aku dah kumpul -.- 


sekian cerita dongengku, Diyana Ali


Maaf itu Indah


Assalamualikum


sesungguhnya kata maaf itu dilontarkan dengan kata - kata yang senang dilafaz tetapi kata maaf sahaja tidak cukup jika hati tidak ikhlas merelakan . berusahalah agar hati ini ikhlas memaafkan diri mereka :)


“..hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”. (An-Nuur 24 : 22)


4 Salam


Assalamualaikum dan selamat pagi 

salam atau assalamualaikum adalah satu salam kita beri kepada umat islam ketika kita bertandang ke rumah seseorang , tika sedang memulakan sesuatu perbualan . beri salam itu sunat tapi bila seseorang memberi salam kepada kita adalah wajib bagi umat islam menjawabnya


disini ada 4 salam yang kita tidak boleh untuk menjawabnya iaitu :

1 ) di dalam satu solat berjemaah , imam yang memberi salam selepas tahiyat akhir ketika kita  solat berjemaah . kita tidak diwajibkan jawab kerana salamnya hanya untuk DIA

2 ) haram memberi salam kepada orang kafir dan jika salam yang diberi oleh orang bukan islam harus menjawabnya dengan lafas waalaikum ( وعليكم ) sahaja

3 ) salam yang diberi oleh seseorang dengan cara bermain-main dengan niat . contoh seorang lelaki memberi salam kepada perempuan dengan niat yang lain atau lebih senang difahami untuk mengorat . caranya seperti " assalamualaikum , tak jawab dosa ? " . mungkin di situ sudah menimbulkan satu niat yang berlainan.

4 ) salam yang diberi selepas ucapannya habis dihujah seperti majlis ilmu. seorang penceremah memberi ucapan salam selepas ucapannya habis diberi.


Belajar Sesuatu Yang Berharga


Assalamualaikum







belajar DIAM dari banyaknya BICARA


mulut orang tidak boleh tutup tetapi mulut sendiri boleh tutup. belajar untuk diam dari banyaknya bicara tentang yang lagha




belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN

mengatasi kemarahan adalah dari bersabar dalam sesuatu hal . belajar bersabar dari mengingatiNYA selalu 





belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG




belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN

belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN




belajar TAWAKKAL dari UJIAN

belajar REDHA dari satu KETENTUAN

belajarlah MENERIMA dengan hati yang terbuka





Ku PerlukanMU


Pernahkah kau tanya padaku
Disaat aku memerlukanmu
Pernahkah kau bisikkan rindu
Di ketika waktu ku tertunggu

Andainya kau tahu maksudku
Mungkin ianya takkan terjadi
Andainya aku jua bisa
Mentafsir bintang-bintang di langit
Seandainya lara aku
Bertemankan kesepian ini kasihku
Aku takut terluka sendirian
Tanpa kau disisiku
Benarkah apa yang ku rasa
Kau dan aku kini tidak bisa
Kesan luka yang masih ada
Mengundang kekesalan semalam
Biarkan rindu berbicara
Lafaz kata tak mungkin tercipta
Berkabus dalam kesamaran
Hanya jelas dalam perasaan
Yang terpendam
Lara aku
Bertemankan kesepian ini kasihku
Aku takut terluka sendirian
Tanpa kau disisiku

Just For You


Assalamualaikum


apakah ini ? jus epal campur tomata sikit lebihan buat tomyam tadi . aku tak berapa gemar buahnya, so aku buat jusnyaa. sedap gila, tambah dengan buihnya tu . :)

okay bye :)

Something Special For Me


Assalamualaikum

bangun ! bangun ! eh, kau kerja buat taik mata saja  ! " kata handphone yang sering bergetar dari tadi kerna ingin ku angkatnya  "

terkejut aku dibuat getaran kau tu tahu tak , kalau aku ada heart attack memang kau aku cili ..

Hahahahahaaa. pagi tadi kawan call aku sebab ulang tahun dia hari ini. macam -macam yang kami borak kan, almaklum lah lama tak jumpa, tak borak kan . 

then aku bangun, borak - borak dan aku tak boleh tidor dah . dari semalam dalam hati aku teringin nak makan tomyan " buat-buat teringin kot " .. okay apa aku dapat  ..



tomyam ku. huhu. selamat menjamu selera sayangku ..

sekian, diyana ali

Berhenti Mencari Kesalahan Orang

Assalamualaikum dan selamat pagi

kita hidup di dunia ini untuk sementara dan bila bila masa malaikat maut akan datang menjemput kita . tidak kira kita sedang makan, sedang solat, sedang nyeyak terbaring atas katil , kalau sampai ajal kita . Ya Allah ...


kadang kadang dimana sahaja kita pernah buat silap tanpa sedar, bertaubatlah kita kepada Allah . amalkan lah solat sunat taubat tika selepas solat wajib atau pulang nya ke rumah . Ya Allah aku disini bukan ingin untuk menunjuk tapi ingin berkongsi . aku tidak ingin menjadi yang baik tapi ingin mengubah untuk menjadi yang lebih baik dan itu yang sedang kuusahakan . bantulah aku Ya Allah


kita sebagai manusia saling bertanggungjawab untuk menasihati bukan untuk mencari kesalahan orang lain demi menutup kesalahan diri sendiri . sebagaimana tadi, kita tidak pernah lari dari kesalahan, yes , we are not perfect . kita bertanggungjawab untk saling menegur kesalahan itu dengan cara yang baik tapi kalau kita hanya ingin memaki , mengutuk tentang kesalahan orang itu sedang kan kita sangat sering melakukan kesalahan itu dari dia. berhentilah awak untuk mengkritik sahaja


berhentilah kita dari ketidakpuas hati dengan manusia kerna bukan senang mereka untuk puaskan hati kita dan kita ingin puaskan hati semua orang . kenapa ingin mencaci memaki sesama kita sedangkan kita akan memperoleh kesakitan di kemudian nya . 


biarlah ketidakpuas hati orang kepada kita , kita tidak boleh mengawal hati mereka. tidak haruslah juga kita untuk memaki mereka kerana tiada keuntungan yang kita dapat . biarkan mereka yang ingin mengutuk kita, suatu hari , berdoalah kita agar timbul kesedaran dalam hati mereka . paling baik , better kita jauhkan diri dari mereka . jadikan ape yang mereka cakap suatu semangat untuk kita teruskan hidup ini, perbaiki diri dan berusaha untuk menjadi lebih baik.


tiada yang mustahil dalam kehidupan ini, ape yang kita usaha kan , dengan izin Allah sentiasa dipermudahkan. insyaAllah


andai salah aku mohon maaf disini . salam, diyana ali ..

Kehidupan

Assalamualaikum,

yeayyyy !!!! assignment sudah habis , MERDEKAAAA ! begitulah reaksiku setiap kali assignment yang bertimbun - timbun sudah selesai tetapi hanya satu yang perlu ku tempuhi iaitu peperiksaan akhir bakal tiba untuk pelajar - pelajar diploma . macam- macam perasaan yang timbul dalam hati ini, gementar, takut . apa harus aku buat , belajar belajar belajar. kalau ada usaha insyaAllah kejayaan itu akan selalu untuk kita.

aku mula menggelabah belajar. yelah dulu tahu main main, makan , tengok cerita . layan korea, japan movie. paling penting running man . 

no, no, no aku bukan peminat setia running man, tidak pernah terlintas untuk aku tengok sebab aku tak tahu apa motif orang gelak bila tengok . teruk kan, HAHA

bila peperiksaan akhir tiba, mampatlah perpustakaan, dewan, bilik belajar kerna dipenuhi dengan pelajar -pelajar yang sangat gigih belajar. pandang sekali, sudah kelihatan macam semut kerna dipenuhi dengan pelajar yang rajin lagi pintar


ya , aku haruslah belajar di dewan . lebih selesa, lebih fokus untuk belajar. tepat pukul 2 ptg aku turun ke dewan untuk belajar bersama kawanku . aku bawa turun sekali nota nota yang telah di beri oleh pensyarah kami


aku turun dan lihat kau lenggang sahaja , dalam hatiku " ai kau ni nak belajar ke dating, kui kui "


sampai dewan terus aku bertanya

aku : wei mana kau punya nota? 
kau : hilang :P
aku : kau memang setiap nota , setiap apa sahaja yang diberi mesti hilang . kalau macam tu ,beli peti besi dan simpan dalam tu, HAHA :P


tanpa buang masa, kami terus belajar. belajar, belajar belajar. 

30 minit kemudian .......  

aku bosan dan teringin kan aiskrim . hua hua aku demand . aku suruh dia beli aiskrim yang dalam kon tu dan aku nak dua . haha k aku gurau sebenarnyaa

dia pergi beli dan sebelum meneruskan pembelajaran kami, kami makan aiskrim dulu . setiap kali kami belajar, aiskrim tu dah menjadi satu kewajipan untuk kami makan. tidak pernah sekali pun kami tinggal untuk menikmati aiskrim .



nyum nyum sedap. hilang tension aku belajar tadi


sekian, diyana ali



Mahal Gila Oooooo ...


Assalamualaikum

Hari tu pergi kuantan kononya teman kakak nak amik something dekat sana. yang aku harus tidor je dalam kereta. huhu sebab tak suka jalan ke arah sana macam ular. boleh buat aku pening nak muntah

hmm kalau aku ni jalan jalan ada lah benda aku teringin nak makan . yeah teringin lah nak makan big apple donut 


nyum nyummmm sedapp wooooo 


masa tu pergi mall masuk kereta cari parking dalam , ohh konon nak masuk tak sampai 5 minit. ambil jela tiket parking , memang tak sampai 5 minit je aku beli . then terus balik . keluar2 masuk tiket , tiket tersekat sebab tak bayar sbb ada tulis tak sampai 5 minit tak perlu bayar parking

last2 aku harus turun bayar parking , 2 hengget tak sampai 5 minit melayang. mahal kan . dah tulis tak payah bayar tapi harus bayar. lain kali jangan tulis macam tu .

haha macam mengarut, short entry .. bosan la duduk rumah .. sekian saya ...

Gift


 Assalamualaikum




simple dan interesting untuk buah tangan bagi tetamu yang menghadiri undangan majlis perkahwinan :)

Cintailah seseorang itu secara :)


Assalamualaikum


Layan Cerita


Assalamualaikum,

sekarang ni tengah bercuti duduk rumah tunggu someone datang meminang je ' hew hew ' . kadang kadang aku akan terpikir kalau ade someone datang meminang aku nak terima terus. HAHA. aku perasan , insyaAllah . 


jom follow, HAHA :P

aku tengok twitter aku bosan . ntah ada apa dah dengan twitter tu . aku tengok facebook lagi bertambah tambah aku bosan.  bila aku bosan, aku tension, satu kerja pelik akan ku buat iaitu aku macam nak delete semua benda alah ni. twitter, fb , blog semua aku nak delete tapi harus pikir 2kali balik, haha nanti kau menyesal buat akaun baru pulak

aku malalut cerita . actually kita nak story. sekarang dah musim untuk aku layan cerita pulak. bila ada musim aku asyik layan benda alah twitter, fb tu sume sampai tak tengok tv, berita pon tak tahu . dah macam katak bawah tempurung bak pepatah melayu. ahhsemann, dulu kau punya tak suka pepatah melayu . hehe


almaklum dulu tak dapat tengok cerita, duduk hostel . sekarang layan laa cerita sampai termuntahh .



jom layan cerita dekat sini , klik gambar :)


diyana ali . . .

Alhamdulillah#



Assalamualaikum,

menangis itu adalah salah satu cara kita untuk melepaskan
bila mengalirkan air mata kita dapat merasai kelegaan
tapi bila menangis ada juga rasa kepedihan hati

kita merasai memerlukan bahu untuk kita mengalirkan air mata ini
kenapa kita ingin menangisi sesuatu yang tidak membawa faedah
kita tidak rasa ia sudah melalaikan diri sendiri
tapi apa harus buat, dengan menangis sahaja , fikiran dapat melupakan

bila kita kenang semula kisah lalu kita menangis
mata ini tidak ingin menangis tapi hati ini tidak lepas dari mengalirkan air mata
bila pandangkan sesuatu , teringat sesuatu dan kita menangis
hati ini sering terguris dan mengalirkan air mata

Adakalanya kita perlu menangis, agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa
Bersyukur pada orang yang menyakiti kita, kerana dia yang menabahkan kita
Bersyukur pada orang yang tak mengendahkan kita
kerana dia yg memupuk  kita untuk berdikari

Bersyukur pada orang yg menjatuhkan kita
kerana dia yang memperhebatkan kemampuan kita
Bersyukur pada orang yang menyiksa kita
kerana dia yang menguji kesabaran dan ketabahan kita



credit to : google

coklat ni manis, ia juga boleh membuatkan kita tersenyum dan jauh untuk mengalirkan air mata. ia adalah pengubat dari kita menangis :)


 by Diyana Ali

Orang Yang Bahagia

Bismillahirahmanirrahim

Kita inginkan kebahagiaan, orang yang bahagia

 itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah 

menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa

 menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan

 menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan

menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu 

dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa


by Diyana ALI

Setiap Kata-Kata Satu Doa


Assalamualaikum 

kita pernah terfikir tak setiap apa yang kita lontarkan dalam kehidupan seharian kita adalah satu doa . kata positif mahupun kata negatif boleh dijadikan satu doa. jika kata negatif lebih banyak kita cakap, apakah ia boleh menjadikan satu doa dan realiti.


setiap kehidupan seharian banyak dugaan yang kita tempuh , lebih lebih pada mereka yang belajar, bekerja . jadi ada saja yang tension , bengang , mulalah naik angin , ada saja yang tak kene dan mengeluarkan kata kata yang tidak enak 


contohnya dengan situasi 1 

orang 1 : boleh pinjam duit tak, tengah kering giler niii ?
orang 2 : sorry babe, gua pun TAKDE DUIT

Sememangnya kita bukan tiada duit tapi kekurangan duit. ape mungkin kita boleh jawab dengan cara "gua pun kekurangan duit, cukup cukup untuk seminggu sementara tunggu elaun makan"


situasi 2

orang 1 : alamak kau ni , pegi mati laaaa

mungkin sebegini terjadi dalam suatu pertengkaran yang tidak puas hati sesama sendiri. mulalah dengan orang yang kita sayang pun kita boleh cakap macam tu. sememangnya ajal maut itu takdir ALLAH tapi kalau Allah makbulkan percakapan kita yang sebenanya kata kata itu satu doa



kalau kita cakap kita cantik pun adalah satu doa. jangan lah terlalu merendah diri dengan kesempurnaan diri yang Allah sudah pinjamkan . jangan merendah diri dengan cakap kita tak cantik, kita bodoh and etc. Ia boleh jadi satu doa , dan setiap yang Allah jadikan sememangnya cantik dan indah

tapi jangan menjadikan keyakinan dalam diri satu kebanggaan kerana semua yang kita ada hanya satu pinjaman


entry ini tak ditujukan kepada sesiapa , hanya untuk dijadikan padangan dan untuk kita amalkan . sekian , yana :)

ALHAMDULILLAH :)


 

kita dilahirkan bukannya untuk menjadi seorang yang bangga diri atau bongkak, setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing masing . ada yang diantara kita dikurniakan otak yang bijak , mungkin faktor pemakananan memainkan peranan tentang itu dan mungkin seseorang dikurniakan atas kekurangan masing masing. 


tetapi kita dilahirkan bukan akan terus menjadi bijak pandai ,tetapi dari usaha yang kita usahakan sendiri,  jadi kita tiada hak untuk mengkritik tentang kepandaian seseorang


mungkin awak ada kelebihan dalam sesuatu perkara tetapi belum tentu awak sudah menjadi sempurna dalam semua perkara . jangan sesuka untuk menindas seseorang dan menjatuhkan seseorang untuk belajar sesuatu perkara. jika ingin menasihatinya atau menegur kesalahannya, berilah nasihat yang membangun bukan menjatuhkannya supaya nasihat itu diterima dan dihormati.



insyaALLAH setiap yang kita hadiahkan kepada seseorang, jika orang itu sentiasa menggunakannya ke arah yang baik. kita juga akan dikurniakan pahala :)

 

Perasaan ke Laut



Assalamualaikum

Dalam satu situasi aku sedang tunggu seseorang sambil makan mangga masam . mangga masam abis dimakan macam orang mengidam , aku bangun lalu buang plastik mangga tu . pandang seorang lelaki yang agak muda, maybe 2 tahun tua dari aku je sedang dukung baby . aummm comel, dalam hati mesti kahwin mudaaa ni .


indanya sebuah perkahwinan tu lebih lebih pada usia yang muda, kita hanya berdoa semoga jodoh itu lebih cepat mendekati kita .* ohh menggedik nak kawen*

tiba tiba ada pulak seorang lelaki tua , mungkin sebaya macam abah aku datang lalu minta aku RM10, dalam duduk sorang2 , dalam hati berdoa bila dia nak sampai ni . aku berkeputusan memberi rm10 kepada pakcik tersebut lalu pantas lari masuk tandas . 


nak cakap pakcik tu menipu yang kononnya beri alasan nak beli tiket balik tak cukup duit. orang cakap jangan judge orang pada wajahnya kannn. haha . takut punya pasal percaya jelaaa


kesimpulannya orang sekarang macam2 ada , lebih baik buat hal sendiri dari kita judge orang lain sesuka hati . sekarang yang terbaru dengan kehilangan seorang anak berusia 15 tahun... hmmmm


2hari lepasnyaaa, aku tunggu bus sambil makan jagung dalam cawan tu . my favourite. aihh dengan panas, berpeluh, datang pula seorang budak maybe dalam 1 tahun lebih nak jagung aku makan tu . mak  n ayahnyaa ada saja duduk depan aku . mak n ayah dorang tak pikir ke kot aku ludah dalam jagung tu ke. huihui. 

perasaan ke laut 

bye bye 

Mainan Tidur




mimpi itu mainan tidur saat kita sedang tidur even malam atau siang .orang tua selalu akan bilang mimpi itu hanya mainan tidur tapi boleh kah ia nyaa jadi suatu kenyataan . mungkin kita cakap mainan tidur sebab untuk tidak menakutkan perasaan kita jika mimpi sesuatu yang pelik atau buruk.


mainan tidur yang hanya mengacau kita saat tidur, satu mainan yang tidak pernah terjadi,mimpi itu kadang kadang buat hati kita gembira, kadang kadang hati kita akan sedih sesudah terjaga dari tidur . alangkah jika benar mimpi itu seringkali akan berulang .


mimpi yang sering boleh buat hati kita sangat sangat gembira dan tidak ingin untuk sedar , mimpi yang hanya akan buat kita sedih dan menangis dan tidak ingin mimpi itu datang kembali. mimpi yang hanya akan buat kita rasa dalam ketakutan dan tidak ingin ianya terjadi di alam realiti



kadang kadang mimpi yang gembira boleh buat hati kita semangat untuk bangkit, seolah olah mimpi itu suatu kenyataan



mimpi itu sangat indah
kadang kadang aku rasa sangat ingin kembali bermimpi
aku selalu menunggu mimpi yang sama menjelma
untuk ku ulang mimpi yang sama
dan terus mewarnai hidup ku yang kala duka dan gembira
tapi aku hanya tinggalkan angan angan kosong


biarkan semua mimpi bertabur di langit malam
biarkan mimpiku sampai ke bintang
dan mimpi itu berkelip bersama bintang bintang di langit
biarkan ianyaa menemani hingga pagi
sampai matahari menemukan jejaknya di kaki subuh
dan menyimpannya sebagai energy hangat esok
saat musim dingin berlabuh tak akan pernah ada tungku yang membeku
 sebab semua telah terlatih untuk tetap menyala menjadi cahaya


aku hanya berharap agar mimpi itu datang 
kerna aku sangat rindu saat mimpi itu datang menjelma


salam, diyana ali :)

 

Walaupun Terpaksa


 

Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa


solatlah walaupun keadaan terpaksa


puasalah walaupun keadaan terpaksa


kerana kewajipan itu memang kadang kala sifatnya terpaksa 


dari keterpaksaan itu perlahan lahan kita akan menemukan hikmah


dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadanya


ada usaha untuk kita melakukan sesuatu , pasti ada jawapannya


ada usaha untuk kita belajar mencari keikhlasan itu pasti akan ada


jika ingin menunggu keikhlasan hati terlebih dahulu untuk beribadah tetapi sehingga bila 


umur kita , ajal maut itu racangan ALLAH, kita belum tahu bila masanya sampai


Hidayah bukan untuk ditunggu , melainkan dicari


InsyaALLAH ia ibarat makanan, jika tidak disuap, manakah ia masuk ke mulut :)


selamat beramal :)

  

Luahan Rasa Cinta


  

Luahan rasa cinta boleh dilakukan dalam pelbagai cara, mengikut keselesaan masing masing. ada yang berkeputusan untuk meluahkan dan ada yang rasa untuk mendiamkan diri, menyimpan rasa cinta, perasaan hati masing- masing .  


*awak macam pro lah nak berbicara soal cinta 


okay teruskan, bagaimana cara untuk kita luahkan perasaan hati kita pada seseorang, ia ada cara tersendiri agar semuanya berjalan dengan baik. *okay betul ke ni,  macam apa je ! Hahahaa



1) Ungkapan cinta dengan sesuatu

Ungkapan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya, selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya. Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang. Jika anda perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta.


2 ) Ungkapkan cinta secara langsung 

Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung. Jangan mengatakan cinta melalui perantara seperti teman, telefon, surat atau email.


3 ) Kenali si dia dengan baik 

Hal ini penting supaya anda tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yang membara itu. Jika yakin anda akan diterima, jangan ragu-ragu.


4 ) Siapkan Mental

Ini juga perkara paling penting supaya semua rancangan tidak tergendala di tengah jalan. Jangan sampai suara tidak terkeluar atau peluh ketika mengucapkan kata cinta.


5 ) Berdoa sebelum mengungkapkan cinta

Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh. Dengan berdoa, rancangan anda lebih membawa keberkatan. Jika ditolak, biarkan saja dan anda harus pasrah atau reda.