My Anniversary


Assalamualaikum

alhamdulillah genap satu tahun aku berblog walaupun cerita dalam blog tidak sehebat aisya sofea . hehe . bila terfikir balik kenapa aku gatal-gatal nak sign up google account dan blog sedangkan aku bukan minat sangat nak menulis , bercerita. 




selama aku berblog ada juga blog yang menjadi idaman aku sebab jalan cerita mereka yang best dan sempoi. bila baca macam tak nak tidor *eh yeke ?


Aqilah
blog dia kebanyakan cerita tentang kehidupan dia . tentang diri dia atau luahan perasaan . tentang cara dia menulis dan percakapan tu buat kita rasa selesa untuk terus membaca. salah satu mungkin sebab dia kawan aku. huhu


SM
blog dia ni pun memang aku suka sebab jalan cerita dia kebanyakkan dia buat macam komik dan setiap kali aku baca harus aku gelak . ok bukan senang aku nak gelak 

tapi first blog aku baca fatin liyana, sure ramai kenal dia. inipun kakak aku kenalkan 

biasanya bila anniversary blog kebanyakkan seseorang mesti buat giveaway atau contest kan tapi aku tak de masa nak buat dan ketipisan idea juga duit . kalau ada sesiapa anjurkan giveaway kot boleh aku join boleh letak link di sini * macam ada huhu . insyaAllah

almaklumlah tambahan sekarang busy dengan persiapan nak kahwin  *eh insyaAllah :)


bye bye selamat malam

Aduh, Kerja itu Penat !


Assalamualaikum

suatu hari tu aku rasa sangat boring dan aku ingin keluar dari dunia rumah ini. so I decided nak pergi berkebun dengan pak cik aku . dia ada macam-macam jenis tanaman dekat kebun tu. bila berkebun ni boleh pergi menjual then dapat duit then kaya kan . ohh berangan sampai ke bintang

saban hari aku ikut dia berkebun baru aku tahu erti keletihan , kepenatan dalam mencari duit . payah, susah bekerja untuk mendapatkan duit demi menanggung anak isteri makan minum semua kan. tapi dalam letih ada perasaan seronok tu kalau kita buat dengan bersungguh -sungguh.

ingin berjaya kita harus berusaha. sesungguhnya orang yang malas orang yang banyak mengeluh adalah orang-orang yang kurang pandai


selama seminggu ada juga hasil aku buat. dapatlah aku beli laptop dari tak dapat apa apa cuti sem ni .jom lihat 



haha . aku tengah "harvest" lagi tu. aku saja mula nak bercucuk tanam semula setelah sekian lama ditinggalkan selepas aku masuk belaja di uitm tu. banyak tak duit aku dah kumpul -.- 


sekian cerita dongengku, Diyana Ali


Maaf itu Indah


Assalamualikum


sesungguhnya kata maaf itu dilontarkan dengan kata - kata yang senang dilafaz tetapi kata maaf sahaja tidak cukup jika hati tidak ikhlas merelakan . berusahalah agar hati ini ikhlas memaafkan diri mereka :)


“..hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”. (An-Nuur 24 : 22)