Alhamdulillah#



Assalamualaikum,

menangis itu adalah salah satu cara kita untuk melepaskan
bila mengalirkan air mata kita dapat merasai kelegaan
tapi bila menangis ada juga rasa kepedihan hati

kita merasai memerlukan bahu untuk kita mengalirkan air mata ini
kenapa kita ingin menangisi sesuatu yang tidak membawa faedah
kita tidak rasa ia sudah melalaikan diri sendiri
tapi apa harus buat, dengan menangis sahaja , fikiran dapat melupakan

bila kita kenang semula kisah lalu kita menangis
mata ini tidak ingin menangis tapi hati ini tidak lepas dari mengalirkan air mata
bila pandangkan sesuatu , teringat sesuatu dan kita menangis
hati ini sering terguris dan mengalirkan air mata

Adakalanya kita perlu menangis, agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa
Bersyukur pada orang yang menyakiti kita, kerana dia yang menabahkan kita
Bersyukur pada orang yang tak mengendahkan kita
kerana dia yg memupuk  kita untuk berdikari

Bersyukur pada orang yg menjatuhkan kita
kerana dia yang memperhebatkan kemampuan kita
Bersyukur pada orang yang menyiksa kita
kerana dia yang menguji kesabaran dan ketabahan kita



credit to : google

coklat ni manis, ia juga boleh membuatkan kita tersenyum dan jauh untuk mengalirkan air mata. ia adalah pengubat dari kita menangis :)


 by Diyana Ali

Orang Yang Bahagia

Bismillahirahmanirrahim

Kita inginkan kebahagiaan, orang yang bahagia

 itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah 

menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa

 menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan

 menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan

menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu 

dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa


by Diyana ALI

Setiap Kata-Kata Satu Doa


Assalamualaikum 

kita pernah terfikir tak setiap apa yang kita lontarkan dalam kehidupan seharian kita adalah satu doa . kata positif mahupun kata negatif boleh dijadikan satu doa. jika kata negatif lebih banyak kita cakap, apakah ia boleh menjadikan satu doa dan realiti.


setiap kehidupan seharian banyak dugaan yang kita tempuh , lebih lebih pada mereka yang belajar, bekerja . jadi ada saja yang tension , bengang , mulalah naik angin , ada saja yang tak kene dan mengeluarkan kata kata yang tidak enak 


contohnya dengan situasi 1 

orang 1 : boleh pinjam duit tak, tengah kering giler niii ?
orang 2 : sorry babe, gua pun TAKDE DUIT

Sememangnya kita bukan tiada duit tapi kekurangan duit. ape mungkin kita boleh jawab dengan cara "gua pun kekurangan duit, cukup cukup untuk seminggu sementara tunggu elaun makan"


situasi 2

orang 1 : alamak kau ni , pegi mati laaaa

mungkin sebegini terjadi dalam suatu pertengkaran yang tidak puas hati sesama sendiri. mulalah dengan orang yang kita sayang pun kita boleh cakap macam tu. sememangnya ajal maut itu takdir ALLAH tapi kalau Allah makbulkan percakapan kita yang sebenanya kata kata itu satu doa



kalau kita cakap kita cantik pun adalah satu doa. jangan lah terlalu merendah diri dengan kesempurnaan diri yang Allah sudah pinjamkan . jangan merendah diri dengan cakap kita tak cantik, kita bodoh and etc. Ia boleh jadi satu doa , dan setiap yang Allah jadikan sememangnya cantik dan indah

tapi jangan menjadikan keyakinan dalam diri satu kebanggaan kerana semua yang kita ada hanya satu pinjaman


entry ini tak ditujukan kepada sesiapa , hanya untuk dijadikan padangan dan untuk kita amalkan . sekian , yana :)

ALHAMDULILLAH :)


 

kita dilahirkan bukannya untuk menjadi seorang yang bangga diri atau bongkak, setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing masing . ada yang diantara kita dikurniakan otak yang bijak , mungkin faktor pemakananan memainkan peranan tentang itu dan mungkin seseorang dikurniakan atas kekurangan masing masing. 


tetapi kita dilahirkan bukan akan terus menjadi bijak pandai ,tetapi dari usaha yang kita usahakan sendiri,  jadi kita tiada hak untuk mengkritik tentang kepandaian seseorang


mungkin awak ada kelebihan dalam sesuatu perkara tetapi belum tentu awak sudah menjadi sempurna dalam semua perkara . jangan sesuka untuk menindas seseorang dan menjatuhkan seseorang untuk belajar sesuatu perkara. jika ingin menasihatinya atau menegur kesalahannya, berilah nasihat yang membangun bukan menjatuhkannya supaya nasihat itu diterima dan dihormati.



insyaALLAH setiap yang kita hadiahkan kepada seseorang, jika orang itu sentiasa menggunakannya ke arah yang baik. kita juga akan dikurniakan pahala :)

 

Perasaan ke Laut



Assalamualaikum

Dalam satu situasi aku sedang tunggu seseorang sambil makan mangga masam . mangga masam abis dimakan macam orang mengidam , aku bangun lalu buang plastik mangga tu . pandang seorang lelaki yang agak muda, maybe 2 tahun tua dari aku je sedang dukung baby . aummm comel, dalam hati mesti kahwin mudaaa ni .


indanya sebuah perkahwinan tu lebih lebih pada usia yang muda, kita hanya berdoa semoga jodoh itu lebih cepat mendekati kita .* ohh menggedik nak kawen*

tiba tiba ada pulak seorang lelaki tua , mungkin sebaya macam abah aku datang lalu minta aku RM10, dalam duduk sorang2 , dalam hati berdoa bila dia nak sampai ni . aku berkeputusan memberi rm10 kepada pakcik tersebut lalu pantas lari masuk tandas . 


nak cakap pakcik tu menipu yang kononnya beri alasan nak beli tiket balik tak cukup duit. orang cakap jangan judge orang pada wajahnya kannn. haha . takut punya pasal percaya jelaaa


kesimpulannya orang sekarang macam2 ada , lebih baik buat hal sendiri dari kita judge orang lain sesuka hati . sekarang yang terbaru dengan kehilangan seorang anak berusia 15 tahun... hmmmm


2hari lepasnyaaa, aku tunggu bus sambil makan jagung dalam cawan tu . my favourite. aihh dengan panas, berpeluh, datang pula seorang budak maybe dalam 1 tahun lebih nak jagung aku makan tu . mak  n ayahnyaa ada saja duduk depan aku . mak n ayah dorang tak pikir ke kot aku ludah dalam jagung tu ke. huihui. 

perasaan ke laut 

bye bye