itulah takdir

Assalamualaikum

biarkan kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi
biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai
biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat
biar penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita jana semula
biarkanlah diri ini derita, agar aku tahu kepahitan derita ini
agar aku sedar kesengsaraan ini
tak sama bahkan hanya secebis
dari penderitaan Rasulullah S.A.W
Tuhan tidak sesekali pernah menzalimi hamba-NYA
tetapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri
cahaya kelam pahala dosa
BERUPAYA MEMILIHNYA
walau kadang kala tersasar lantarannya
PAUTAN NAFSU
namun peluang dari-NYA sentiasa ada
namun kasih dari-NYA sentiasa memayungi
diturunkan AD-DIN memperhalusi akal
dianugerahkan akal memperhalusi akhlak
dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti
menjadi sebaik-baik umat, tunduk sebagai hamba
berjalan sebagai khalifah
menyusuri kehidupan mencari sebutir permata "iman"
menyemai sepohon "taqwa"
agar dapat berteduh dari kepanasan "nafsu"
agar dapat berlindung dari angin hasutan "syaitan"
dalam mencari "KEREDHAAN ALLAH S.W.T"

semoga hambaMU ini dapat berjaya
seperti insan-insan yang lain
dan tak akan pernah berputus asa
kecuali takdir yang memisahkan jasad dan rohnya
semoga hambaMU ini dapat mencari jalan yang benar
dan kuat menempuh segala dugaan
yang tidak seberapa berat diberi
oleh hamba-hambaMU yang lain.
panjangkan la hidup kami bersama,
keluarga dan saudara mara kami. :)

wanita


Assalamualaikum



cantik wanita kerana kejernihan wajah
manis wanita kerana senyuman yang indah
ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah
hebat wanita kerana keimanan yang teguh

semoga hijab menjadi pakaianmu
semoga kesucian menjadi amalanmu
semoga kesopanan menjadi perhiasanmu
semoga syurga menjadi tempatmu
 
Firman Allah...
"wahai Nabi suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu
dan perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya 
bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), 
cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik)
maka dengan itu mereka tidak diganggu.
Dan ingatlah Allah adalah maha pengampun
lagi maha mengasihani"(AL-Ahzab : 59)
semoga kita tergolong dari wanita-wanita yang solehah
dan sentiasa dilindungi oleh niat niat jahat
yang sentiasa mendatang ( amin ya rabbal )
sekian :)