Makan Banyak Tapi Berat Tak Naik


 


korang pernah alami situasi macam ini, yang dalam cermin atau di luar tu . HEHE. Kalau bukan korang sendiri yang alami , kot kawan kawan korang yang alami kan . 


biasalah ada orang yang badan dan beratnya still mantain walau makan banyak mana sekalipon. ada juga berat naik makan banyak tapi badan tu still kecik molek tak montel montel. ada juga yang dua dua naik, berat plus badan tambah montel montel. HEHE


korang rasa normal tak kalau salah satu situasi di atas korang yang alami. mestilah melainkan makan banyak tapi semakin kurus, tu tak normal kot. 


okay lah kalau korang rasa korang ni badan kecik kecik tapi melantak macam orang tak makan 3hari tapi badan tu mantain kecik

cuba korang makan :----

# chocolate
# minum susu 
# vitamin 
# makanan berkhasiat, jangan nak amalkan twisties plus manggi 
# makan nasi dua kali sehari , satu kali biar 2cawan nasi
# makan ayam, makan ikan, makan sayur, makan buah


sesi makan toblerone banyak banyak . HEHE

apa yang baik itu datang dariNYA, yang buruk itu dari saya sendiri.maaf, assalamualaikum ...
  

Ikat Perut


 
Jam menunjukkan 4.38 petang, perut sudah berkeroncong menandakan perut meminta minta untuk diisi makanan lagi. tadi dah makan nasi tak akan lapar lagi  !


ikat perut, apa maksud tu ? ikat perut disebabkan kita untuk berjimat cermat , mengurangkan makan kerana untuk berjimat cermat




kita ikat perut dengan makan manggi je. sedap apa makan manggi kan, baru ada rasa belajar duduk dekat sini . nanti balik rumah makan lah puas puas .


siapa yang kaki manggi tu ha ? hehe


korang minta tolong klik sini, sini 


bye bye sayang semuaa ..

Mutiara Kata


 

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. 
Teman yang paling akrab adalah AMAL. 
Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. 
Bahasa yang paling manis SENYUM.
Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini 
kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh 
Dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai
Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, 
kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu 

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. 
Jika anda rasa ianya sangat menyakitkan, 
fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih 
untuk mencapai keunggulan hidup. 
Tetapi benih itu tidak akan tumbuh
Seandainya tidak dibajai dengan keberanian
  

Aku Diserang Oleh Pendamba Mawar

 
saja nak sebut nama PENDAMBA MAWAR tu, nak suruh tuannya perasan. kalau tak perasan juga, alamak terasa saya PM. hehe . saja bikin gempak la kan kau . HEHE . 


alahai sebenarnya apa cerita ni, bukan saya diserang kene maki pukul oleh PM pun, PM baik hati mana boleh mari maki, pukul orang kan lebih lebih perempuan . ecehh kembang PM nanti. tengok lah bawah ni ! alamak aku diserang oleh virus virus dibawa oleh PM



tengok tu banyak tak ? okay kalau dilihat bukan banyak tu, ada lagi bawah bawah tu tapi dapat ditunjuk takat tu ! 


sebenarnya pun, saya dah padam sebab takut virus mendatang . HEHE maaf PM gurau je ... entri ini bertujuan hanya gurauan semata mata, tiada kene mengene dengan yang hidup ataupun mati. apekah kau yana !


pergi serang FB Pendamba Mawar bagi yang mengenali dirinyaaa. bye bye


maaf dipinta , assalamualaikum


p/s : #off to penang
  

KILAT


 

kilat sambar menyambar yang biasanya akan berlaku ketika hujan . ketika ini kilat terus sambar menyambar tapi awan tidak menunjukkan kegelapan dan tiada tanda hujan akan turun


tahukah kalau kilat sedang sambar menyambar, jangan la kita berdegil nak berdepan dengan alat alat elektrik seperti bermain komputer atau laptop, menonton tv walaupun untuk bermain di padang mahupun meletakkan telefon di telinga. bergayut la kan !


tapi disaat aku sedang menaip naip ini, kilat sambar menyambar tapi aku still duduk depan laptop macam orang pekak  saja. ehh, kau tak takut ! okay memang aku takut . #ngehngehh


aku ada satu cerita tentang kilat yang sendiri jadi pada aku, ehh bukan depan mata aku. masa aku balik kampung, aku pelik napa tv tertutup, tak bercahaya. tanya tanya rupanya tv tu meletop dan akhirnyaa rosak . alamak sedih, boring tak dapat tengok cerita.


sekarang aku tak tahu apa cerita tentang tv di kampung tu . kau repair la kalau nak tengok kan kannn .


pada adik adik, abang abang , kakak kakak jangan seronok sangat kalau kilat tengah sambar menyambar tu. kalau tonton tv, tutup tv . kalau sedang bermain, balik lah rumah cepat cepat . 


tapi aku tak pernah buat pun semua tu !. HEHE 


okayy bye bye, hujan dah turun, angkat kain di jemuran, assalamualaikum ...
 

Kalau Makan Nasi Confirm Ada Kicap vs VCO


 

Malam malam yang sunyi ni kalian buat apa ja, hari ini apa makan malam kalian ? aku makan sardin hasil tangan mak aku masak . tapi awak awak selalu boleh hidup tak kicap tiada ? 


HAHA . kalau aku makan nasi memang tak sah kicap tak menjelma. makan nasi dengan sardin, kuah dah cukup melimpah nak ada kicap juga tapi memang syok sampai menjilat jari jemari kalau ada kicap wooo. tambah tambah ada sambal tempoyak tapi itu bukan topiknya



hari tu aku makan gulai lemak ikan tenggiri kot dan confirm la ada kicap juga, tengok saja ! kalian macam ni tak ?


okay next story aku nak tanya korang pernah dengar satu ubat namanya VCO atau virgin coconot oil atau minyak kelapa dara . minyak kelapa dara ni bagus tau. macam macam khasiat dari segi luaran mahupun dalaman. korang cubalah makan VCO ni

ni dia contoh, korang pernah tengok ? 


kalau kalian nak tahu khasiat nya :------



 Untuk kegunaan luaran : 

1 ) Dapat membantu mengurangkan berat badan .
2 ) Menghasilkan tenaga segera dan sentiasa segar
3 ) Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit
4 ) Sangat bagus untuk masalah jerawat dan jeragat serta parut2 lama
5 ) Mengatasi masalah kulit berminyak


Untuk kegunaan dalaman :

1 ) Mencegah risiko penyakit jantung dan kadar kolestrol yg tinggi
2 ) Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino
3 ) Melegakan pernafasan
4 ) Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil
5 ) Mengurangkan keadaan mudah lapar
6 ) Melancarkan kitaran haid dan menyeimbangkan hormon
7 ) Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami-isteri


okay kalau kalian nak beli boleh PM di FB aku , harga RM37.90 excluded postage. kalau beli banyak lagi dapat murah 


okay sekian, kalau rajin right click SINI . bye bye

 

Membangkitkan Semangat, Membina Ketabahan


 
Kita hidup harus tabah mengharungi segala rintangan yang menimpa, adakah orang yang berjaya itu sudah tabah dan mampu melawan rintangan yang tidak henti henti mendatang . adakah orang yang lemah adalah seorang yang tabah menharungi hidup sehingga tiada sedekit bebelan darinya. 




atau orang orang yang kuat adalah orang - orang yang tabah. seperti dinyatakan hidup kita akan penuh dengan masalah rintangan tidak kira banyak mahupun sedikit. itulah kita perlu menerapkan ketabahan dalam diri 



KETABAHAN memerlukan temannya yang rapat, iaitu SEMANGATKetabahan tidak akan muncul sendirinya bila tiada semangat dan semangat muncul setelah proses penerimaan. 


Penerimaan adalah kita dapat menerima semua keadaan dan kenyataan yang ada, menerima semua kegagalan, menerima semua bentuk ’sakit’, ‘jatuh’, dan apa – apa pun namanya yang menerjah hidup kita. Jadi, sentiasalah bersemangat untuk menjadikan kita tabah !


Penderitaan yang dihadapi dengan kesabaran dan ketekunan yang luar biasa akan mengubah kita menjadi seorang yang luar biasa tabahnya. Proses terbentuknya mutiara yang berharga iaitu ketabahan mengajar kita supaya bertekun dalam berdoa dan mendidik kita supaya yakin kepada Allah dalam menghadapi penderitaan dan masalah-masalah kehidupan.



Apabila kita tekun berdoa dan redha, maka Allah akan mengubah penderitaan dan masalah kita menjadi mutiara-mutiara yang indah. Hikmah yang didatangkanNYA bersama airmata penderitaan akan lebih diingati dan dihargai.


jangan jadikan diri kita lemah untuk menerima kenyataan dan jangan jadikan diri kita terlalu bongkak dan angkuh atas sesuatu kejayaan .


segala yang baik itu dariNYA dan kesilapan itu diatas diri saya sendiri , assalamualaikum :)


 

Nasi Lemak ! Nasi Lemak !


 

Tajuk entry aku kali ini bikin macam nak jual nasi lemak keliling kampung, jalan jalan dengan adik sambil membingitkan telinga orang kampung

" nasi lemak , nasi lemak " 


siapa ada pengalaman macam tu, bagus kan kalau dari awal kita diajar untuk berdikari, menghargai sesuatu yang bernilai dalam kehidupan kita .


contohnya betapa susah untuk kita dapat duit, ada ke duit boleh jatuh senang senang dari langit, so hargailah mak ayah kita yang penat lelah jaga kita


Da lama aku nak makan nasi lemak, asyik dok bercerita je mana nak datangnya benda tu kalau usaha kosong . 


okay dan dan sambil tengok cerita pagi tadi , aku terfikir nak buat . bangun bangun dari sofa dan terus ke dapur sambil buka peti cari ikan bilis . sediakan bahan bahan lain sambil goreng ikan bilis tu. then jadilah





nasi lemak aku buat pagi tadi, tapi aku cerita pagi keesokannya. kalau disimpan lama takut ceritanya pun basi macam mana makanannya basi kan . tengoklah nasi lemak tu macam kosong , mana timun tambah kacangnya.. ni nama jimat kos okay !


malam malam aku boleh pula addicted pada satu benda ni



tapi baru makan dua, belum addicted mana lah ! 


p/s : dimana ada kemahuan , sudah pasti ada jalannya . jangan mudah berputus asa dan berprasangka sesuatu yang tidak munasabah ! bye bye

Segmen Kreatif Bersama Pendambamawar


 

Hai you all !

hari ini dan juga malam ini aku nak join segmen PM , lama kan tak join . almaklum lah dah nak balik study semula , tiada hubung kait langsung . jangan la banyak merapu oii. kalian nak join segmen PM hanya klik banner di bawah yang khas disediakan dari PM . 

jom kita memeriahkan lagi segmen ini



alamak malu lah ! :P


L : awak, kenapa menangis ?
P : benda paling saya sayang sudah hilang 
L : apa dia ? nanti kita cari, jangan lah menangis .
P : my teddy bear -.-
L : ala awak manja nya , jangan lah sebab ni pun nak menangis. 
P : hmmmm
L : alaa awak, ni bukan awak punya ?
P : haaa, awak curi !
L : eh, saya jumpalah..
P : hmm, awak terima kasih, iloveyouforever


cewahhh ! bye bye  :P

 

TEKANAN JIWA


 

Bila rasa tension atau tertekan semua kerja kita buat tak jadi, samalah bila kita nak makan tak jadi. lapar jadi kenyang semula sebab tekanan perasaan hati jiwa yang tak tenteram tu. tengok orang lain nampak pun orang lain.

bila waktu aku tulis pun dalam waktu yang tak tenteram dan jadi lah gaya penulisan yang merepek. alahai gaya penulisan aku sebelum ni pun memang tak betoi selalu. bila aku akan merasai dunia belaja semula dan perasaan aku mengatakan tak ingin untuk pulang lagi



menjerit sepuas hati anda 



bila rasa nak menjerit, kita boleh menjerit sesuka hati tapi pandailah memilih tempat yang sesuai. jangan sesuka hati untuk kita menjerit tanpa memikirkan sekeliling kita


aku bakal dihimpit semula dengan 

1 ) assignment yang berjuta juta, biasalah kan, kalau tak nak semua ni jangan masuk belaja
2 ) sedaya upaya menjimatkan duit sebab parents bukan tepi kita 
3 ) sabar dengan kerenah mak cik kat pejabat kolej tu. patuh apa yang lecturer mahukan
4 ) sabar dengan kerenah kawan kawan 


tapi sebenarnya waktu belajar paling enjoy, so hargailah sebaik mungkin sementara kita masih di dunia angan angan . nanti dah kerja kau lagi banyak hal !

 

Musim Tag Dah Pergi ?



Hai uolls apa khabar sehat belaka belaka ? okay la bila aku perasan sekarang tiada dah yang buat post tag tag tu, rasa sedih pulop. HEHE . maybe kat dashboard aku tak nampak, maybe kat korang punya dashboard masih bermusim kan


biasa lah ada yang kadang kadang suka di tag, kadang kadang tak. rimas la, have no time to answer and bla bla bla bla. bagi tak suka senyap senyap sudah !


jangan merapu lebih lebih, aku di tag untuk sekali lagi. okay kita jawab la, bagi sesapa yang aku tak jawab sorry, aku pernah jawab 2 kali hari tu. MIA tag aku untuk kali ini. korang semua baca lah apa aku jawab . haha simpati ! aku buat rules sendiri ni !

11 thing about me !


1 ) nama nur diyana binti ali seperti tertera di side bar, just call me yana 
2 ) 9teen and study at UITM 
3 ) suka coklat, fanatik sangat 
4 ) suka aiskrim
5 ) penggeli kadang kadang
6 ) pantang dipaksa
7 ) ohh paling gemar udang , kalau boleh udang untuk aku sorang je
8 ) tak minat lelaki putih tapi nak macho !  HAHA
9 ) minat memasak , tak minat jahit 
10 ) suka tengok orang pakai shawl tapi kurang suka pakai 
11 ) want to be estate agent , banyak duit 


Question by HER


1. First love korang sape?
Fazrin kot nama dia 


2. Makna CINTA bagi awak?
rasa bahagia bila kita mencintai dan dicintai

3. Tempat yang korung nak sgt pergi?
Pulau Langkawi

4. Suka Fasha Sandha x? kalau suka atau x bagi sebab!
suka bukan, tak suka pon bukan

5. Korung target nak kawen umur berapa
25 atau 26

6. Apa korung akan buat kalau EX GF/BF korung nak korung balik?
minta untuk berkawan, kalau dah break sekali mesti rasa kekok

7. Korung suka makanan Barat or what?
tak suka sebab suka makanan yang pedas 

8. First gaji kalau korung keje nanti apa korung nak beli?
nak shopping dulu, bawa mak shopping sekali

9. Idola korung sapa?
orang yang sudah berjaya, tak tahu sapa !

10.Ciri2 future husband or wife?
jangan hisap rokok and cepat naik ingin

11. Nama bf / gf korung? 
no !


dah jawab, okay nak minta maaf . hehe. bye bye :P

Siapa Kata Menderma Darah, Badan Boleh Gemuk ?


 

Ramai yang berkata apabila seseorang yang menderma darah akan memberi kesan kepada penderma iaitu berat badan bertambah. sebenarnya ia mitos semata mata, tiada isu yang mengatakan apabila seseorang penderma darah akan bertambah beratnya atau menjadi gemuk. Sebaliknya, menderma darah baik untuk kesihatan selain dapat merangsang pertumbuhan sel-sel darah baru.


apabila ada sesetengah pihak mengatakan menderma darah akan mengakibatkan penambahan berat, ramai yang berfikir dua kali untuk menderma darah . betul kan, especially kepada wanita .




Sebenarnya, proses menderma darah adalah selamat kerana sebelum menderma, bakal penderma dikehendaki mengisi borang soal selidik status kesihatan mereka selain menjalani ujian tekanan darah dan pengenalan jenis darah.



Sekiranya penderma darah mengalami pertambahan berat badan, ia bukan berpunca daripada aktiviti menderma darah tetapi disebabkan oleh faktor lain. Masalah kegemukan selepas menderma tidak benar. Jika ini berlaku, ia berkemungkinan disebabkan oleh faktor genetik, emosi, pemakanan atau kurangnya aktiviti riadah seseorang itu.


Selain itu menderma darah banyak manfaatnya :-----

#menderma darah mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. 
#proses ini boleh membantu badan mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelak masalah pengumpulan zat besi berlebihan pada jantung.
#Menderma darah juga membawa kebaikan dari aspek sosial kerana amalan itu dapat menolong mereka yang memerlukan dan ia adalah sebahagian daripada tuntutan fardu kifayah.



apa tunggu lagi, mari kita sama sama untuk menderma darah demi membantu insan yang memerlukan. 


 

Makan Malam Hari Ini


 

hari ini makan malam anda semua apa ? actually gambar keju sahaja yang nak beria posing tapi hakikat bukan ni ye makan malam bersama . siapa suka makan keju untunglaa, apa lah untung sangat pun tak tahu . 


hari ini aku makan nasi goreng yang dimasak untuk breakfast yang dibuat makanan petang aku . aku tak minat keju tapi ni saja nak cerita pasal keju. apa tujuan sebenar nak tulis ni, dah merapu banyak. teringat abah pernah dapat cheese cake dari secret recipe sebab meneka berat cheese cake, akhirnya terkena. alhamdullilah rezeki tapi aku tak makan .


banyak kepentingan keju boleh kita manfaatkan . apa selalu orang buat dengan keju ni , pasti lah :----

#boleh buat cheese cake
#jadikan biskut keju 
#buat lapisan burger, macam double cheese burger MCD tu, ni aku makan

tapi apa khasiat keju ni kalau kita amalkan makan keju

#kandungan kalsiumnya yang tinggi sesuai untuk anak anak mahupun kita
#membantu gigi anak anak daripada rosak . bukan untuk anak anak sahaja, remaja , seumur macam kita ni seeloknya amalkan keju 
#menambahkan tenaga bagi yang selalu tidak bermaya
#boleh juga menambahkan berat badan bagi siapa yang susah nak naik berat badan


kalau sesiapa yang juga tidak gemari keju , banyak kan minum susu sebab susu ada kalsium yang juga membantu kekuatan tulang . kalau salah maafkan segala apa yang ditulis . okay aku nak bagi korang satu satu yang boleh buat terliur. 






sedap tak ? kalau rajin tolong lah aku klik SINI . jasa anda amat saya hargai. right click ye :D


bye bye, assalamualaikum