Membangkitkan Semangat, Membina Ketabahan


 
Kita hidup harus tabah mengharungi segala rintangan yang menimpa, adakah orang yang berjaya itu sudah tabah dan mampu melawan rintangan yang tidak henti henti mendatang . adakah orang yang lemah adalah seorang yang tabah menharungi hidup sehingga tiada sedekit bebelan darinya. 




atau orang orang yang kuat adalah orang - orang yang tabah. seperti dinyatakan hidup kita akan penuh dengan masalah rintangan tidak kira banyak mahupun sedikit. itulah kita perlu menerapkan ketabahan dalam diri 



KETABAHAN memerlukan temannya yang rapat, iaitu SEMANGATKetabahan tidak akan muncul sendirinya bila tiada semangat dan semangat muncul setelah proses penerimaan. 


Penerimaan adalah kita dapat menerima semua keadaan dan kenyataan yang ada, menerima semua kegagalan, menerima semua bentuk ’sakit’, ‘jatuh’, dan apa – apa pun namanya yang menerjah hidup kita. Jadi, sentiasalah bersemangat untuk menjadikan kita tabah !


Penderitaan yang dihadapi dengan kesabaran dan ketekunan yang luar biasa akan mengubah kita menjadi seorang yang luar biasa tabahnya. Proses terbentuknya mutiara yang berharga iaitu ketabahan mengajar kita supaya bertekun dalam berdoa dan mendidik kita supaya yakin kepada Allah dalam menghadapi penderitaan dan masalah-masalah kehidupan.



Apabila kita tekun berdoa dan redha, maka Allah akan mengubah penderitaan dan masalah kita menjadi mutiara-mutiara yang indah. Hikmah yang didatangkanNYA bersama airmata penderitaan akan lebih diingati dan dihargai.


jangan jadikan diri kita lemah untuk menerima kenyataan dan jangan jadikan diri kita terlalu bongkak dan angkuh atas sesuatu kejayaan .


segala yang baik itu dariNYA dan kesilapan itu diatas diri saya sendiri , assalamualaikum :)


 

1 comment:

YNA said...

bila diuji kita cepat melatah..

sepatutnya kita bersyukur kerana Allah menguji tanda DIA sayangkan kita :)

peringatan utk diri sendiri juga :)