Siapa Kata Menderma Darah, Badan Boleh Gemuk ?


 

Ramai yang berkata apabila seseorang yang menderma darah akan memberi kesan kepada penderma iaitu berat badan bertambah. sebenarnya ia mitos semata mata, tiada isu yang mengatakan apabila seseorang penderma darah akan bertambah beratnya atau menjadi gemuk. Sebaliknya, menderma darah baik untuk kesihatan selain dapat merangsang pertumbuhan sel-sel darah baru.


apabila ada sesetengah pihak mengatakan menderma darah akan mengakibatkan penambahan berat, ramai yang berfikir dua kali untuk menderma darah . betul kan, especially kepada wanita .




Sebenarnya, proses menderma darah adalah selamat kerana sebelum menderma, bakal penderma dikehendaki mengisi borang soal selidik status kesihatan mereka selain menjalani ujian tekanan darah dan pengenalan jenis darah.



Sekiranya penderma darah mengalami pertambahan berat badan, ia bukan berpunca daripada aktiviti menderma darah tetapi disebabkan oleh faktor lain. Masalah kegemukan selepas menderma tidak benar. Jika ini berlaku, ia berkemungkinan disebabkan oleh faktor genetik, emosi, pemakanan atau kurangnya aktiviti riadah seseorang itu.


Selain itu menderma darah banyak manfaatnya :-----

#menderma darah mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. 
#proses ini boleh membantu badan mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelak masalah pengumpulan zat besi berlebihan pada jantung.
#Menderma darah juga membawa kebaikan dari aspek sosial kerana amalan itu dapat menolong mereka yang memerlukan dan ia adalah sebahagian daripada tuntutan fardu kifayah.



apa tunggu lagi, mari kita sama sama untuk menderma darah demi membantu insan yang memerlukan. 


 

11 comments:

Lily said...

Huhu, tp Lily takut betul dgn jarum mse nk ambik darah tu -,-

blog-tips-kurus said...

mari menderma DARAH. :-)

*pernah posy entry ni juga.

YNA said...

akak salu dgr pasal nie..

ada hati nak derma darah pun jadi tak jadi, huhuhu

^^eKaTiKaH^^ said...

tikah ske derma darah..last derma darah masa kat plkn dulu...tpi sekarang mak tikah xbg derma lagi...takot badan naik.. :(

azelyusoff said...

saya dah byk kali derma darah tp last year ade masalah skit. lepas ambik darah, pening teramat sgt. jadi lemah. nasib baik tak pitam.

tapi derma darah ni seronoklah.

cik abbit said...

hhheeh kite takot darah.. lom penah terpikir nak derma lagi.. darah kite darah B+

nuyui a.k.a miss YUI said...

besh pe derma darah..

dah 2 x..huhu..

bila lg nak buat ntah..

ShahzCudin said...

lame da tak derma darah..
da 2x da..yg kali ke-3 doktor x bg sbb blood pressure x sesuai..kurg tido..

Tihara said...

akk tk pernah lg derma darah..takott

Aleeyaah Darn said...

heheh. selalu dme darah.
slu dinasihatkan jgn mnum air yg disediakan.
jadi, sbelum drma pastikan dah breakfast. :)

Cik tikah said...

sakit derma darah. serik :(