Seronok Bila Dapat Duit !


 

Heyaaaa, hai semua ?


buat apa petang petang ni, sekarang tengah tunggu nak layan cerita soffiya pukul7 nanti . tadi petang dengar ada bunyi bunyi kat luar. 


''surat khabar lama , surat khabar lama , tilam lama" ..


tengah syok main laptop ni , baru ingat nak amik mood blogwalking , selalu blogwalking malam malam je. terpikir, confirm mak panggil jap lagi suruh angkat surat khabar lama . 


haa memang pon, tak sampai 1 minit, mak panggil angkat surat khabar lama tu yang dah lama sangat sampai anai anai nak datang da. nasib tak da lagi. mak kata nanti duit tu ambil jelaaa.


okay teruskan menolong, mengangkat surat khabar tanpa banyak cakap. ohhh dalam stor ada lagi . angkat la pula dalam stor. maklum laa orang lelaki tiada kat rumah , orang perempuan lah kena mengangkat semuanyaaa


okay ada lagi tak, kipas, tv, mesin basuh, air cond lamaa . okay semua masih elok, buat apa nak jual pulaa. surat khabar jela jadi mangsa kena lelong !!



bilang bilang saya pun tak tahu berapa kilo semuanyaa tapi dapat RM13.25 sen kot ! berat ke tu ? okay saya la yang dapat , mak bagi je sebab kononnya upah tolong angkat . 


lama tak dapat duit dari mak kan, selama ni mak bagi makan jelaaa . mengharapkan duit PTPTN yang tak berapa banyak tu . nak mengharapkan biasiswa jangan harap . insyaALLAH cuba nak dapatkan JPA untuk degree nanti .. hehe


cuma nak story, seronok dapat duit konon dari lelah sendiri !

 

LOVE : SAYANG


 






 

Berpura - Pura



kadang kadang berpura-pura sangat menyakitkan, kadang kadang berpura pura ni perlu ke ? ada ke manusia yang sentiasa jujur dalam kehidupan mereka. tapi jujur pun perlu , jangan sampai bab kerja pun kita berpura-pura. 


tapi berpura pura bukan lah satu keperluan , kadang kadang bila kita berpura pura untuk menjaga hati , keadaan di sekeliling kita . banyak jenis jenis perkara bila kita berpura pura


berpura pura dalam berkawan , mungkin untuk menjaga hati masing masing, berpura pura dalam menipu orang yang kita sayang . sakitnya perasaan bila kita menipu diri sendiri yang kita menyayangi seseorang tetapi tidak dapat diluahkan kerana menjaga persahabatan


orang sekeliling kita juga tidak suka bercakap benar dengan kita, patutkah kita bercakap benar atau berpura pura menipunya juga 


tapi kalau kita mahukan kejujuran , bukan berpura pura, kita yang harus memberi kejujuran dahulu, bukan berpura pura . tapi kita jangan marah kalau orang suka menipu kita , berpura pura dengan kita sedangkan kita pun sukakan melakukan sedemikian .


buatlah sesuatu yang elok dahulu, jika kita mahu orang berbuat sebegitu juga kepada kita .tak dinafikan saya lebih memikirkan untuk berpura pura dari jujur tapi ada yang patut dan tidak patut .


sekian . sorry ...
  

Cerita Sedih Ker !


 

Hai semua ? apa khabar ?

okayy malam malam baru layan feeling menghupdate blog .. korang korang, mahu tanya sikit, kalau korang tengok story also known as drama atau movie ke pernah menangis tak . okay apa yang feeling sangat boleh menangis tu ?




tak banyak la kot cerita yang boleh menyentuh hati saya sampai nak keluar air mata tu, teriak gila sampai habis tisu satu kotak, then prepare tisu lain. 




kalau bercinta pun tak menangis lebih, tengok cerita yang hanya lakonan , okay gurauan saja.. jom layan kat bawah dulu ..











cerita ni tengok rasa tak menangis pon tapi orang kata sedih sampai banyak tisu habis



cerita ni pon orang kata sedih, prepare banyak banyak tisu kann . tapi tak da la nak menangis . ke korang sama je atau kami ni tak da perasaan 


okay kalau tengok cerita korea ni memang saya menangis, lebih lebih tengok sorang sorang . rasa nak masuk je dalam cerita ni kalau boleh


ni kurang sikit menangis kot , my girl lagi feeling dan terharu .. HAHA


cerita ni saya menangis, tak tahu la pasal apa. tengok citer ni dalam laptop, so tak tahu apa yang feeling sangat tu sampai keluar air mata . nasib la sorang sorang je tengok



tetiba keluar pasal novel pulak . saja nak bagitahu novel ni je yang menambat hatiku . HUHU. korang suka tak novel ni, layan novel tak ?


ada cerita yang mahu dikongsi ? sorry tak banyak cerita yang saya tahu sebab maklum lah duk kolej tak dapat jumpa tv, so bila balik, mood tonton dah hilang .cuma minat kalau Zul Huzaimy berlakon je. kalau nampak dia, memang lari terus . hehe


gambar : google semua

okay thats all, bye bye

 

Buangkan Perasaan Sombong


 



kalau dulu dulu kat sekolah, sesapa tak berkawan dengan kami mesti terus nak cakap kami sombong . kenapa manusia mesti terus berfikiran sebegitu, kenapa tak cuba untuk berkawan dari terus mengata tanpa memikirkan apa apa .


tapi mulut orang mana boleh kita nak cakap apa, mereka berhak untuk cakap apa apa . kadang kadang orang menilai kesombongan seseorang terus dari air mukanya . meskipun air muka seseorang menampakkan ia sombong, tak mesti ia boleh dikatakan begitu.


seseorang yang sombong , mungkin dia ada sebab tertentu. dia bukan sombong tetapi mungkin itu caranya . kalau cuba berkawan mungkin okay . jadi jangan lah sesuka hati menilai diri seseorang 


biar menyepikan diri dari kita sombong kerana malu untuk bertanya . kalau orang seramah mesra mana pun tapi malu bertanya tentang kekeliruan sesuatu dipelajari mesti dijauhi. kita hidup jangan sombong tapi selalu bertanya dan jangan pernah sombong dengan kelebihan sendiri.

maaf dipinta , bye bye
 

9 Ciri Ciri Lelaki Idaman Hati




Hai semua ? sehat ?

jom layan tentang ciri idaman buah hati lelaki , ini hanya pandangan saya ye. kalau tak masuk dengan hati wanita wanita di luar sana, sorry for the kenyataan saya . hehe ^^

sesapa laki boleh komen betul ke tak tu, atau berlebihan .


okay jom baca bawah :--------

1 ) Paling memahami masa kita
mengharapkan lelaki boleh memahami masa yang kita luangkan untuk dia, sama macam tak suka lelaki yang asyik memaksa. rindu, nak message sampai study or kerja kita terabai. tak dapat laksana kerja kita semata mata kerana mereka. kalau boleh masa belajar, belajar dan untuk message tu biar ketepikan la. tak message dalam sehari tu tak mati kan , just wish goodnight boleh kan.


2 ) Bukan lelaki yang lepak kedai waktu maghrib
Ni pula time mereka main bola ke atau balik kerja lewat, kononnya nak minum kedai sebab letih lepas main bola atau kerja kan , kalau nak lepak kedai biarlah ambil masa awal sikit sebelum tu, jangan pilih waktu maghrib.


3 ) Lelaki yang prihatin
Lelaki yang prihatin terhadap seorang wanita, tika seorang perempuan sakit atau tidak malu untuk membantu memegang barangan waktu seperti handbag di tempat awam . sesetengah lelaki tak suka kan nak pegang handbag wanita, katanya malu nanti orang kata pondan .lelaki yang open minded boleh berjalan dengan perempuan , bukan hanya memilih lelaki sebagai kawannya


4 ) Bukan lelaki yang suka cakap perkataan buruk atau lucah
lelaki suka cakap macam ni tak ? mungkinlah seperkara begini menjadi terlalu open dan kebiasaan bagi mereka tetapi ada had dan batas untuk bergurau senda. ada yang boleh ditegur dan tidak. lelaki yang suka mencarut perkataan agak kurang sedap seperti 'gampang atau sekutu dengannya la mungkin tidak disukai , agak kasar kan. ini bagi saya .


5 ) Bukan lelaki yang hanya mengharapkan duit perempuan
paling senang , masing masing nak belanja biar guna sendiri. tak perlu mengharapkan duit orang lain sebab kita masing masing masih mengharapkan ibu ayah bagi yang belum bekerja tu


6 ) Bukan lelaki yang suka mengata kawan kita 
ini paling tidak suka bila lelaki suka mengatakan dia tak suka kawan kita, memang kawan kawan ada salah silap yang membuatkan lelaki tidak suka girlfriend nya berkawan . tapi tak perlu mengutuk atau memburukkan, boleh kata dengan baik baik



7 ) Bukan lelaki yang perasan hensem
Ada ke lelaki camni ? Jawapannya… ada! Mungkin juga lelaki yang mengaku hensem tu memang betul-betul hensem. Kalau iye pun, janganlah pula anda menunjuk-nunjuk dengan anugerah yang diberi Allah. Bersyukurlah dengan aset yang anda miliki dan jangan menyalahgunakannya. Satu yang perlu anda tahu, mungkin anda perasan anda hensem, tapi bagaimana pulak di mata orang lain ? 



8 ) Bukan hipokrit
Lelaki yang suka berpura pura tentang hidupnya atau berpura pura dengan siapa mereka berkawan. Berterus terang lagi baik, tak perlu malu dengan hidup sendiri. At least berterus terang je tentang perangai yang sebenar… and then it’s up to the lady whether to accept you or not, right?


9 ) Bukan merokok
Ni paling last, kalau tanya perempuan mesti ramai yang tak suka lelaki merokok tetapi lelaki kalau kita cakap tak suka, ada mereka kesah ? cuma boleh cakap kalau sayang kesihatan dan orang sekeliling anda berhenti la dari merokok


sekian , ampun maaf dipinta 


okay bye bye ....
 

SEGMEN NASZ : PERANG BLOGGER


 




Hai semua, lama kami tak join segmen, hari ni kami join segmen En Nasz.


sesiapa yang turut join segmen ini dialu-alukan menyerang macam main perang-perang waktu kecil kecil dan boleh malatih diri kalau ada peperangan nanti . hehe


sesiapa yang jangan segan silu menyerang kami, kami akan pergi serang kalian semua bawa senapang plus pistol


selamat menyerang perang nya, berhati hati semua untuk menyerang tambah trafik kalian plus kawan kawan baru pun boleh .. hehe 


jom main perang perang ? bye bye 

 

Teknologi Semakin Hari Semakin Canggih


 

Hai semua ?


teknologi sekarang semakin hari semakin canggih, boleh kata semua benda nak buat boleh guna teknologi yang dah ada sekarang .. kalau internet jangan kata, semua tempat ada mahupun tengah makan boleh main internet lagi. maklum la dah ada wifi, streamyx, broadband yang boleh bawa kemana mana. handphone pon semua dah main yang mahal plus hot ! tetiba hot :P

budak budak sekolah mahupun tadika pun dah guna handphone kan . kita dulu jangan kata handphone, telefon rumah pun tiada. HEHE . tapi saya dulu guna phone waktu sekolah menengah, form2. tu pon orang boleh kata canggih, manja sangat tu laaa.


okay saya nak tunjuk gambar kat korang, nak tengok gambar tak ? okay jom tengok gambar phone :P








ni zaman bila tah saya guna, tapi sebelum handphone ni saya pakai butterfly, kenal tak ? butterfly kak long bagi, yang atas ni abang bagi





yang ni kak long bagi





ni abah beli masa form4 kot sebab nak join lawatan sekolah :P




ni kakak bagi tapi handphone ni manja sangat. sekarang tak boleh dengar orang cakap bila call




satio ni pun kakak bagi, handphone ni tengah pakai sekarang tapi agak nak manja juga sekarang






handphone ni la yang pertama menggunakan duit saya. baru beli tahun ni, tiba tiba nak pakai samsung pula


semua phone saya pakai, family beli dan bagi. tak pernah nak beli sendiri sebab dulu duit tak de , tak kan nak membazir kan . baik guna duit untuk makan . hehe


tengok la dari awal pakai phone, semakin hari semakin canggih dah . penting ke phone tu nak pakai . tapi teknologi sekarang semakin hari memberikan keburukan pada kita. depends pada seseorang yang menggunakannya, berhati hati lah dengan teknologi sekarang

okay bye bye, jom layan cerita pula :P

 

Petua Untuk Cepatkan Rambut Panjang


 

Hai semua !

Jom kita ikut petua ini bagi sesapa yang berminat saja okayy 


1. Apabila anda sikat rambut, pastikan sikat itu kena pada kulit kepala. Ini akan merangsangkan perjalanan darah di kulit kepala anda.

2. Basuh rambut anda dengan air suam. Jika anda syampu rambut jangan syampu setiap hari. Anda boleh basahkan rambut anda setiap hari, tetapi jangan syampu kerap kali.


3. Amalkan hair treatment di salun 2 kali sebulan. Ini penting, supaya rambut anda dapat treatment dan rambut pun akan cepat tumbuh dan panjang.


4. Minum air selalu.


5. Pastikan anda cukup tidur. Rambut akan tumbuh semasa anda tidur.


6. Elakkan stress kerana ia akan membantutkan penumbuhan rambut anda.


okay bye bye

sumber : facebook


 

Perkara Paling Mudah dan Simple Dalam Hidup


 

Hello semua, sehat tak ?

Haa try scroll bawah, saya ada something nak tunjuk , memang something yang sangat simple dan mudah la untuk korang lakukan . HAHA












nampak dan paham tak disebalik gambar yang saya tunjuk ni ? 


senang kan sekarang, tu la namanya dah bertambah hebat lagi canggih dunia sekarang. facebook semakin hari semakin bertambah power plus hebat plus mudah la untuk lagi ramai yang berfacebooking dan bervirus 


walaupun dah lama benda atas tu tapi saja nak cakap. nak wish birthday sekarang, hanya click nama kat sebelah kanan tu , then keluar semua nama yang birthday nya hari ni. kita boleh wish mereka semua dalam satu saat .


hooooooo terharu amat tak sapa yang dapat birthday wish nanti . HOHO


saya baru selesaikan tanggungjawab post di wall mereka happy birthday ! haha nampak sangat pemalas nak bukak satu satu wall. kalau dah banyak sangat birthday girl plus boy tu mana sempat .


lagipun baru hari ni dan kelmarin kot terdetik hati wish birthday orang, selama ni tidak pon!

okay bye bye

 

Pasangan yang Lengkap


 

Pasangan yang hebat bukan pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain tetapi pasangan yang hebat, pasangan yang tidak sempurna saling cuba melengkapi antara satu sama lain.


saling cuba memahami antara satu sama lain tapi bukan berlagak kerana sudah melengkapi antara satu sama lain


maaf, sekian ...

  

Petua Untuk Bergaul Dengan Orang Yang Anda Benci Sangat


 
Cara yang baik mesti kita segera lakukan jika kita membenci seseorang


1 )  Sebelum tidur dan selepas bangun, amalkan istighfar banyak-banyak, mohon ampun pada Allah s.w.t. sebab anda berisiko untuk menyakiti orang lain dengan berasa benci dengannya atau tidak suka dengannya secara tidak sengaja tanpa anda sedari.

Allah s.w.t. tidak suka orang yang benci-membenci. Kesannya anda akan mendapat kemurkaan Allah, anda akan mendapat musibah sebagai balasan atas perbuatan anda. Maafkanlah kesalahan-kesalahan yang orang lain lakukan pada anda. Kenapa? Supaya hati anda bersih sentiasa.

2. Bila hati sudah bersih, anda senang untuk bergaul baik dengan orang-orang di sekeliling dalam apa jua situasi. Mereka juga akan merasa senang dengan anda, sebab anda ada aura yang menyenangkan. Aura adalah gelombang tenaga yang berada di sekeliling badan anda. Aura terbit dari minda tanpa sedar yang dipengaruhi oleh hati dan fikiran anda. 


Itulah sebabnya amat penting sekali anda menjaga kebersihan hati dan kepositifan fikiran supaya anda senang dengan sesiapa sahaja. Jika anda merasa benci dengan seseorang, secara automatik orang itu akan benci anda. 


Dia akan merasa kurang senang dengan anda secara tidak semena-mena. Dia tak tahu kenapa. Apa yang dia tahu, dia merasa timbulnya rasa benci, meluat, kurang senang. Semua itu timbul secara tiba-tiba. Puncanya, anda benci dengan dia di dalam hati. Inilah sebab kenapa anda perlu belajar bagaimana melembutkan hati.


Jangan sesekali buat orang benci walaupon sebesar mana dia buat kita benci . Maafkan seseorang walaupun sudah sejahat mana dia lakukan pada kita .

sekian, bye bye 

 

Hey Mengade la Kau .. Errr !


 
Hey semua, sehat ?

cerita pagi ni marah ke apa , apa pasal title tu ? hoh penah jumpa tak orang mengade, alaa diri sendiri penah mengade kan, sapa yang tak penah ? tipuuu !




sebenarnya ni nak story pasal facebook . korang penah tengok tak orang buat rules panjang bagai kat about me dorang ? hoh ! kalau ada blogger blogger yang buat sebegitu kat about me tu macam kat sidebar kami ni, ada orang nak follow tak ? HAHA gurau je okayy. 


sebelum nak mula dengan lebih panjang lagi, kami minta maaf dulu ye. salah cakap, terlepas cakap atau apa kat sini , harap maaf ye :) 


apa contoh contoh rules yang dah dorang dorang letak ni, antaranya :-----

1 ) Jangan add kalau sekadar nak tambah rakan je
hoh ! salah ye kalau nak tambah rakan ? maybe ada yang nak tambah rakan tu sebab nak tengok friendlist facebook dia tinggi tapi ada yang tak kan. mungkin dia memang kenal orang dia add tapi kita yang tak kenal atau dia memang nak berkawan, salah ka ? ala kami tak da masa nak tegur semua orang dalam satu masa!

2 ) Kalau nama pelik tidak akan di approve sebagai friend
ini mungkin boleh diterima la, malas komen banyak . sebab mungkin nama pelik ni nampak macam hater, hacker ke dan sebagainya la.

3 ) Kalau rasa DP kartun / public figure atau gambar bf/gf kau, tidak perlu add
ni pun sama la, memang banyak gambar pelik macam kartun ke suka di buat sebagai profile picture . kami pun suka view profile picture gambar kartun juga tp tak la seumur hidup tu. kalau rules ni boleh la terima nak cakap takut kan tapi kalau view gambar bf/gf kita pon tak  boleh ke ? suka hati mereka la .

4 ) Kalau nak add sekadar nak share game request boleh add orang lain
hoh ! ni pun ada juga . tak yah la buat rules sampai macam tu . mungkin orang ni tertekan je hantar game request kat korang . kalau tak suka game request sangat , block je application games tu . senang kan ?

5 ) Kalau nak IM , jangan nak tanya 'hai, tengah buat apa tu' ?
hoh ! ni salah tak tahu la sebab apa, sampai nak ada rules jangan tanya benda tu .. kami pun selalu tanya perkataan tu jelah even mula message dengan bf atau kawan ka ? yang buat rules tu tak pernah tanya ea ? memang la kami tahu tengah online tapi sebagai permulaan message je .

6 ) Apa lagi ?


ada tak sesapa yang tetapkan rules macam ni dekat facabook korang ? harap harap tiada la ye, tak yah la buat sebegini, kalau orang nak add, tambah rakan biar la. kalau tak nak tak yah approve, senang kan ? 

artis yang glamour pun tak pernah nampak buat sebegini. akhir sekali nak minta maaf lagi apa saya cakap ni kalau tak betul dan agak menyakitkan .

okay bye bye

Cinta Itu Buta



cinta itu buta, hoh ! cinta yang setia ditinggalkan untuk cinta yang hanya sekadar permainan. kerana terlalu mengikutkan perasaan yang kononnya cinta sejati,  akhirnya cinta sejati sebenarnya ditinggalkan kerana perasaan yang bertindak sebelum memikir.


nak dikatakan bodoh atau sebagainya tidak ada guna .sesat perahu boleh diundur sesat jalan tidak dapat diundur ! hoh betul ka ? HAHA





inilah cinta buta, hoh cinta butakah, tak boleh lihat atau kita yang butakan mata kita sendiri kerana melihat yang indah sahaja 


suatu kisah, seorang perempuan meninggalkan cinta sejati sebenarnya untuk orang yang konon dicintainya, akhirnya ! fuhh sakit ! fuhh sakit tak bila putus cinta ? apehal ni nak cerita pasal cinta ?


teruskan ceritanya, perempuan itu terus berkawan dengan orang yang dia rasa dia sayang tapi hakikatnya lelaki itu hanya bertopengkan lelaki sejati . perempuan itu sanggup melakukan apa sahaja untuk lelaki itu kerana sayang . akhirnya dua dua terlepas, cinta sejati ataupun main main.


adakah kerana sayang kita sanggup terjun bangunan, adakah kerana sayang kita sanggup kelar tangan, adakah kerana sayang kita sanggup mencuri duit untuk mendapatkan perhatian, adakah kerana sayang kita tidak pernah hirau orang sekeliling yang caring kita, adakah kerana sayang, kita musnahkan hidup kita 
  

wah pandai sangat bercakap tapi hakikat ada kan berlaku sebegini ?


cinta itu anugerah ALLAH, hargailah ia sebaik mungkin dan cintailah Allah adalah yang pertama


cinta sejati mendengar apa yang tidak dikatakan mengerti, apa yang tidak dijelaskan sebab cinta tidak datang dari bibir, lidah atau pikiran melainkan dari hati


sekian, merapu di malam hari ....