Kasihnya Seorang Ibu Untuk Anaknya



Assalamualaikum



kasihnya seorang ibu pada anaknya, kasihnya seorang ibu dalam melakukan apa sahaja untuk anaknya, segala permintaan untuk anaknya. Pengorbanan ibu dari sejak kita dalam kandungan , bertarung nyawa selama sembilan bulan sehingga sekarang seorang ibu yang tak pernah kenal erti letih , lelah dalam membesarkan anaknya


seorang ibu tanpa kata apa melakukan apa sahaja permintaan anaknya tanpa banyak soal, seorang anak yang tiba-tiba teringin untuk makan bubur nasi. Ibu tanpa banyak soal bangun dan terus ambil periuk dan masak bubur nasi untuk anaknya. Ibu tidak pernah membebel , membebel letih atau penat tapi anaknya adakah sanggup untuk melakukan semua ini tika ibu sakit atau tidak.



seorang anak berkata lagi, enaknya kalau makan bersama telur masin dengan sambal kicap . sementara tunggu bubur nasi itu masak, anaknya tidur di atas kerusi di ruang tamu . selepas beberapa jam, waktu petang si ibu mengejut anaknya dari tidur bahwa untuk mengatakan bubur nasi sudah siap. si anak bangun dan pergi ke dapur , melihat bubur nasi bersama telur masin dan sambal kicap . si ibu ke kedai semasa si anak tidur untuk membeli telur masin kerana keinginan anaknya .



si anak membebel lagi kerana bosan , asyik terpakse makan menu yang sama, 'ayam ayam ayam' . si anak bosan dengan ayam, si anak mahu mendapatkan makanan yang lain. si anak mahu makan ikan kerana sudah lama dia tidak dapat ikan, perutnya sudah lama tidak diisi ikan.  semasa anak tidur, si ibu memasak gulai masam ikan patin dan sotong  goreng tepung, memang kesukaan si anak.



kasihnya seorang ibu, melakukan apa sahaja diingin oleh anaknya, anaknya hanya bangun dari tidur dan makan . tidak terbalas jasa seorang ibu. pernahkah si anak pergi ke pasar, membuat makanan kesukaan untuk ibunya.



si anak juga suka makan seafood @ lebih suka udang. setiap kali si anak balik dari perantauan atau mahu balik ke tempat belaja . si ibu akan bangun pagi-pagi untuk ke pasar kerana mahu beli makanan basah untuk anaknya. si anak hanya membongkang tidur dan tidak pernah teman ibunya ke pasar.



betapa besar pengorbana ibu untuk anaknya, semoga anak-anak dapat balas jasa untuk ibunya mahupun masih kecil atau sehingga besar.....


ibu tetap sayang anak ...


sekian ....





Diyana Ali



1 comment:

NasZ said...

betul tu. betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. hargailah ibu kita sebaiknya.

MOHD NASER.com