pandang kiri dan kanan & salam ramadhan :)


Assalamualaikum :)

bermula semula perjuangan aku di S.I Perak yg tidak berapa ku sayangi ni .! ha kenapa ? sebab dia tidak berapa menyeronokan dan bosan meluat dan semua ada *** apakah ? haha itu hanya gurauan semata mata dan aku sayang S.I sebenarnya tapi orang orang di dalam nya sahaja especially untuk yg menghargai kehadiranku .haha sape la yang pernah perasan kan .^^ okay lets we talk .=)

apa yang aku ingin sampaikan hanya la satu nasihat, peringatan untuk semua yang hidup dan belum meninggal dunia lagi.... boleh ?? aku cuma nak sampaikan yang kita hidup ni bukan dok nak mengata member member or sapa2 jela dianggap sebagai 'MEMBER' atau 'MUSUH' kn ..

bila melawak tak pandang kiri kanan, tak pikir perasaan hati orang, tak pikir akibat yang akan melanda nanti. ohh aku pun pernah la mangata sapa sapa yang tak berminat dalam hati jiwaku ini kan .tak boleh dinafikan, tiada siapa walaupun sedaya upaya cuba ,if ada tak pelaaa pada sapa2 tu . 

kadang kadang melawak tu best tapi kadang kadang jugak sampai boleh terguris hatiku yang sudah lara ni . ?? orang niat nak melawak, tapi dalam sedar tak sedar kita memang tak sedar la da menyakiti satu dua orang perasaan ni. 

bila bercakap mesti mau pikir dulu, sebelum nak lukakan hati orang yang konon nak orang tu happy tapi tidak mesti pikir dulu. nak berlawak tengok orang tu dulu la jenis mcmne . kadang kadang seseorang boleh cepat tersentuh dengan lawak yg tak berapa lawak tu atau memang sangat sangat lawak !

memang hidup nak ada kebahagiaan , lawak lawak tapi mesti ada bantasan nya . kalau muka kita tak berapa sempurna, jangan nak samakan muka orang seperti mana muka orang lain yang memang kita tak suka tu. mungkin hal sebegini rasa remah temeh kan tapi hakikatnya memberi sejuta akibat . kalau kita dalam keadaan 'mood gila', kita berlawak mcm mane pun memang tak jadi kalau da tiada mood !

ingat lah bia lawak bertempat, bia ala kadar, jangan terlalu 'OVER' jangan binasakan diri sendiri. nanti diri sendiri yang padah . ingatlah , jangan hanya nak ikutkan perasaan diri sendiri sampai rasa orang yang tersentuh ni pun bersalah. 

masa untuk tidak mengupdate update dah. haha iye laa kan . salam ramadhan dan selamat berpuasa :)

mohon maaf untuk semua yang dikenali atau pun tidak. ingin memohon keberkatan pada bulan mulia yang bakal tiba . kepada yang tak pernah baca pun blog DIYANA ALI yang terlalu boring ni, saya mohon maaf ye dan kepada yang pernah membenci aku dan dan still membenci aku . i'm sorry ***

'wanita solehah'


Assalamualaikum :)

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.
"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah

handphone


Assalamualaikum :P


bila aku dah layan online

handphone aku tinggalkan, tak kejam ke?

itu lah habit aku kot 

nak buat macam mane dah

dapat madu sepah dibuang ( betul ke tu ? )

malang sape kenal aku 

tapi bertuah sapa yang betul-betul kenal aku :P

dan tak mengkhianati aku

okay diyana ali merepek sudah

okay bye bye bla bla

yang baik itu dari ALLAH, yang buruk itu dari Diyana Ali......


___hujan itu rahmat ___


 Assalamualaikum

Orang kata hujan itu rahmat Allah, bak kata rezeki itu melimpah ruah turun. hari ini hujan turun dengan lebatnya, semalam dan juga hari ini hujan tetap terus turun. orang kata hujan yang turun pada malam jumaat itu banyak keistimewaannya, apa maknanya itu ??

Kalau hujan turun pada malam Jumaat , air hujan itu ditadah dalam mangkuk di halaman rumah dan air itu elok untuk dijadikan  
"air penerang hati".



hujan yang turun,
membawa titis-titis rahmat,
mambasahi bumi yang gersang,
kegersangan dengan kurniaannya,
tatkala mereka sabar menanti,
pelangi yang tak muncul lagi....


malangnya hari ini bukan hari jumaat,
akan ku tunggu tiba nya hari jumaat,
iaitu malam yang sangat banyak keistimewaan...

pengorbanan


Assalamualaikum

hidup kita memerlukan pergorbanan yang sangat besar walaupun ia amat memeritkan

tapi itulah hakikatnya yang kita harus tempuh dan menerima seikhlas hati

siapa yang tak pernah merasai nya dan Allah itu tahu ape yang terbaik untuk hambanya

Allah selalu menduga hambanya dengan pelbagai cubaan bergantung kemampuan hambanya

Allah tidak pernah kejam dalam memberi pelbagai dugaan untuk hambanya

Allah maha besar dan maha mengetahui segalanya

kita haruslah redha dengan sebaiknya walaupun hati tidak pernah rela menerima

berkorbanlah, mungkin kita akan dapat sebaik-baiknya akan datang daripada yang kita miliki sekarang

bahawasanya Allah itu sangat adil kepada hambanya

berkorbanlah kita untuk keluarga, mahupun kawan-kawan dan saudara islam kita.



only God knows what the best for us :)
He always by the side for us

He who has nothing, has Allah
He who has Allah, has everything

God will never leave you empty
keep smiling :)

no matter how you feel, get up, dress up and show up :P


Tak perlu mencari secantik BALQIS andai diri tak sehebat SULAIMAN


Assalamualaikum,

Sebuah karya yg sesuai utk semua
Bagi yg bujang, boleh ambil iktibar
Bagi yg belum dan bakal berkeluarga, boleh belajar
Bagi yg berkeluarga, perlu mengajar
KALAU BERCINTA…..
Untuk suami, renungkanlah pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah…
Pernikahan mengajar kewajipan bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
Pernikahan mengajar kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH SWT,
kerana memiliki isteri yg tak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah SAW
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah!
Kamu cuma suami akhir zaman yg berusaha menjadi soleh..amin
Untuk isteri pula, renungkanlah…
Pernikahan membuka tabir rahsia
Suami yg menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad SAW
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Pun tidak setabah Ayyub
Ataupun segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yg punya cita-cita membangun keturunan yg soleh
Pernikahan mengajar kewajipan bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami adalah nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yg nakal, kamu adalah penonton kenakalannya

Saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan mengajar kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH SWT
Kerana memiliki suami yg tak segagah mana

Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yg begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar yg begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yg berusaha menjadi solehah..amin

Justeru itu, wahai para suami dan isteri
jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
Suami & isteri ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah,
andai diri tidak semulia Rasulullah SAW
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis,
andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf,
seandainya kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim,
andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah…

= cerita tentang ABI =


Assalamualaikum =)

selamat sudah saya sampai rumah dari kampung di kg.awah hari ini, alhamdulillah:P

tengahari ahad sebelum balik ke lipis, singgah di temerloh dulu. masuk THE STORE nak beli seluar track adik, konon nya nak bercampaign & kami sekeluarga makan pizza hut :) hehe
saya belanja < nak juga mention >

then singgah pula jerantut beli makanan adiq sama lampu suluh ( haha ) macam la temerloh tak de !
dah malas nak masuk bandar lipis !


okay tibe2 tunggu kakaq , terserempak abi saya ( cikgu saya dulu la ) malu nak tegur.cakap kat mak, then saya pun tegur laaa..

waaaa dengan bangga nya, sudah 3 tahun kot abi ingat nama ku lagi 

'
'
'
'

ni la dia abi kami di sekolah dulu, dia ni penolong kanan kot dulu
ntah da tak ingat jugak laa, dia juga la selaku ketua warden kami dan abi kami di asrama dulu

bagaimana nak cantik ++


Assalamualaikum

salam sejahtera untuk semua yang berkenaan.hari ini mahu mengenakan entri bagaimana nak cantik. semua manusia di dunia mahu cantik kan,sapa yang tak mahu cantik tu tak tahu nak kata laa. terutama pada wanita atau remaja-remaja sekarang yang sering nak cantik, macam-macam produk dah kita kenakan tapi kebanyakan nya selalu tak bersesuaian dengan kulit muka. di sini ada la seberapa tip yang tak tahu mujarab atau tak .kadang2 saya amalkan, kadang2 tak pun .saya pun mahu cantik juga..  hehe :)

  1. pemakanan yang baik dan sihat / tidak terlalu ikut nafsu makan yang banyak.
  2. tidak baring atau minum air selepas makan .amalkan 5 minit selepas untuk minum kerana ia memberi kesan pada bentuk badan dan telah menghilangkan penampilan diri yang cantik.
  3. amalkan minum air sedikit selepas bangun pagi untuk awet muda
  4. Anda ingin tampil natural? rahsianya adalah menggunakan foundation ringan,kemudian sapukan blush on jenis krim. setelah itu, gunakan mascara dan sudah memadai juga dengan hanya menambahkan lip gloss pada bibir.
  5. cuci muka dam gosok gigi sebelum tidur malam dan amalkan tidur awal dan tidak terlalu lewat. ia akan memberi kesegaran dan tidak memberi kesan untuk anda bangun pagi . ia membantu perjalanan pagi anda serta raut wajah muka kita. 
  6. mata kelihatan sembap dan berkantung? beristirehat,mengurangkan pengambilan kafein dan tidur diatas bantal yang lebih tinggi boleh mngurangkan kesan kantung dibawah mata.selain itu,uncang teh dan potongan timun masih menjadi bahan semulajadi yang efektif.
  7. tidak mengamalkan tidur di atas simen atau di lantai dan mengambil tidur yang cukup . 
  8. Waktu yang tepat untuk menyolek kembali dan memperbaiki wajah selepas 8 jam.kerap menambahkan solekan akan menjadikan solekan atau waran tidak rata .namun untuk lipstick,anda wajar menggunakannya dengan kerap,khususnya selepas makan.
  9. pengambilan buah-buahan yang fresh boleh membantu kulit yang licin dan cantik seperti buah yang masam iaitu epal atau tomato.amalkan 3 atau 4 kali seminggu . 
  10. mahukan eye shadow yang kekal lama, basahkan alat atau penyapu eye shadow dengan sedikit air untuk memastikan cantik dan tahan lama di atas mata.
serba sedikit tip yang boleh kita amalkan untuk tampak cantik di mana jua. selamat mencuba untuk yang mahu cantik.

= kecantikan manusia =

 Assalamualaikum
Kecantikan sejati datangnya dari hati yang bersih.
Hati yang bersih datangnya dari iman yang luhur.
Hati yang bersih tidak mudah dikotori dengan zarah-zarah kotor yang datangnya daripada sumber yang kotor. Hati yang bersih adalah hati yang datangnya dari insan yang mempercayai qada’ dan qadar ALLAH, tidak menyampai-nyampaikan perkara yang buruk, tidak menyebarkan fitnah, tidak suka melaga-lagakan sesama manusia, meninggalkan debat walaupun ia benar, nampak kesalahan diri, mudah meminta maaf, suka melakukan kebaikan, suka bersedekah, sentiasa berusaha dan bersangka baik dengan ALLAH. 

Bersangka baik dengan ALLAH yakni mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa segala apa jua yang berlaku ada hikmah yang besar di sebaliknya. Setiap kali menghadapi apa jua dugaan, ianya hanya sekadar untuk menguji sejauh mana cinta dan keimanan kita kepadaNya. Sesiapa jua yang berjaya menghadapi setiap dugaan dengan tabah, ikhlas dan redha, dialah yang paling CANTIK dan INDAH di pandangan ALLAH.

Seorang wanita itu cantik jika dia mentaati PenciptaNYA, baik kata-katanya dan mentaati suaminya.


= mencari sesuatu yang terselit =


Assalamualaikum

saya lari bukan kerna saya takut
saya pergi bukan kerna saya kecewa 
saya diam bukan kerna saya malu
kerna itulah yang lebih baik berlaku
saya menangis bukan kerna saya lemah
tapi itulah yang terbaik selepas ini
saya diam bukan kerna mahu menyendiri
tapi mencari sesuatu yang tak pasti
saya lari bukan kerna saya pengecut
saya pergi bukan kerna saya yang lemah
saya tak lawan tak bermakna saya kalah
kerna itulah yang baik berlaku
demi menjaga hati dan perasaan masing masing
dan maruah sesama insan kita sebagai umat islam
saya tak akan pernah mengaku kalah kerna 
itulah bukan lah saya dan itu hanya orang yang lemah
saya mengalah bukan kerna saya merelakan
tapi itulah takdir yang telah tertulis dalam buku
saya degil bukan kerna saya ego tapi
saya mempertahankan hak saya yang sudah menjadi hak 
 orang yang mengaku kalah dalam semua hal
tak akan disanjungi, jangan lah kita sesekali mengalah
kerna ia tidak pernah memberi kebahagiaan 
kecuali dalam hal yang munasabah
semoga bahagia selalu 
bye bye sekian


mencari ketenangan :))


Assalamualaikum

Pada tanggal 13 julai ini sempena hari lahir ku yang ke-19 .ohh ho baru 19 tapi orang cakap aku dah tua.. muda lagi tu ooo.. okay firstly, i want to wish thanks to u all for wishing my birthday . i'm happy , wahh hari ni aku nak cari ketenangan , nak buang segala yang keruh ambil yang jernih kan .dah mula lanjut usia , ada la azam baru .makin meningkat usia ,makin mantang perangai aku ..wahhhh mantang ke aku . ntah la tu boleh tanya pendapat kawan kawan atau member member aku .haha .tapi still sama je kot dari dulu sampai sekarang .aku yang dulu tu la aku yang sekarang .aku adalah aku dan jadi diri aku .tak perlu hipokrit .

kata nak jadi mantang dan ada azam baru tapi hari ini untuk kali terakhir kot aku jadi budak nakal .haha .malam ni sepatutnya ada kelas BEL311 tapi aku ponteng .waaa !! seronoknya . kawan2 jangan cari kemana birthday girl ni hilang ye .hee :)) mahu cari ketenangan dan perlu bersendirian memikirkan apa patut aku lakukan selepas ni . lupakan yang lama, biarkan yang lama tak perlu diulang lagi .kalau ke kelas malam ni, memang confirm2 la kene speaking test ..ooo hooo malas la hari ni nak buat semua tu ..

okay apa aku dapat hari ini .dapat kawan2 yang baik, baik ke .ntah laa .dan aku telah meminta cadbury yang sangat menjadi favourite ku dari dulu dari kawan kami atikah . terima kasih kawan bagi aku cadbury tadi .alah cadbury je kan .tak dek something special pon dari someone special .waaaa perlu mengharap begitu .semua tu bukan tujuan yang utama kenapa aku lahir di dunia nyata ni .. okay cadbury tu akan aku melantak sorang2 .haha jahat sungguh.

oohhooo nak cerita pasal semalam pasal kawan rapat aku ni tapi rasa tak penting je dan malu laa.. k biarkan jela,yang penting aku happy ape yang berlaku semalam kerana dapat mainkan kan kau .haaa semalam tak sengaja je nak bergurau , disebabkan kau da percaya aku pun teruskan la permainan itu .okeh abis .!!

apa azam aku lepas ni ..mesti la nak berjaya .sapa tak nak success macam yang lain dah berjaya ..nak jadi macam abang dan kakak aku yang dah kerja ,tunggu nak kawen je .dan aku dapat anak buah . haha. berubah menjadi yang lebih baik dan sentiasa memikirkan kedepan. aku da tak nak meniru , berusaha selagi mampu dengan usaha yang datang dari diri sendiri .(poyo ) haha .insyaAllah . tak tau ape yang dirancang ni boleh berhasil atau tak .kadang2 tak sedar pun masih buat benda lama . but i will try my best :)))

thank you too AQILAH AKMAL (pergi la ke cini :) ye sebab memberi sesuatu yang sangat tersentuh .sgt appreciate .i love you more and more n ever .:)) saya ponteng jugak kelas malam ni .hehe

cerita tentang strawberry


Assalamualaikum

i'm Diyana Ali berasal dari kuala lipis, Pahang  ..haha .walaupun asal dr pahang tapi jakon macam tak penah p cameron highland kn .okay hari tu ade la p ngan member tapi tak sempat nak beli strawberry banyak2 .semalam ade orang bagi strawberry, walaupun dapat 1 bekas je .tak kesah la, asal dapat makan dan boleh lah kongsi sikit2 sama member. lama tak dapat makan strwberry, jakon yang amat


gambar download dari internet je .haha .tak sempat nak snap gmbar. syok sgt sampai tak igt da . haha poyo diyana ali :))

thanks kawan sebab tanya aku nak ape, aku nak strawberry lah !! aku ngat kau da tak beli, tibe2 dapat call dari kau suruh turun bawah .nak ambik strawberry . ok that's all my strawberry . mood : boleh la happy ..

kurniaan


Allah berfirman :
"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan." 

"Kau tahu kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."
 
"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada.....

4 tanda berat badan tak nak turun


 Assalamualaikum

kenapa kalau kita dah exercise banyak kali, tak terkira, beribu, sejuta, tak terkata kan tapi still berat badan kita mantain tu jugak, kadang2 naek melampau. bahaya bahaya, risau pun ada, bila kita cakap kat kawan-kawan mahu kurus tapi kawan pulak errrr. ! ape la budak ni .?? tapi tu la kenyataan nya kan dan itu la yang tertulis, tak dapat diubah . tapi maybe ada satu benda yang kita tak sedar bila mase kita dah buat, sehingga berat pun tak mahu turun . hahaha .so renung2 kan lah apekah itu ? ada 4 tanda yang boleh kita renungkan wahai sahabat2 dan sekalian umat yang nak kurus tu walaupun kadang2 tak membawa faedah pun especially remaja perempuan termasuk la me ! hehe :)) maybe ada byk lagi sebab tapi diberitahu 4 perkara.

1 ) adalah makan makanan yang berkuantiti tinggi
kalau da makan tu tak pandai nak control kan, lebih lebih bila time puasa. tak dapat tahan nafsu makan yang tak dapat makan dari pagi, sekali makan memang penuh la satu pinggan dgn lauk pauk tu .tambah kueh mueh ,pencuci mulut. kalau air, mesti air sejuk. confem ! so, kurang kan la if ia tak perlu pun.

2 ) makanan yang berkolestrol tinggi
banyak makan makanan yang digoreng tapi tu la makanan yang penuh kolestrol kan tapi tu la makanan seharian kita yang susah sgt lah nak tinggal . memang payah la kita kalau tak nak makan makanan bergoreng tapi tu la patut kita hindarkan sebelum memberi padah . kita boleh makan tapi mesti pandai mengawal dan mengatasinya .

3 ) makan sewaktu berdiri
kalau perkara begini tak tahu la sering tak berlaku tapi maybe berlaku pada certain2 manusia yang suka .haha .kadang2 la kan . ia tak dapat nak hadam makanan bila kita sering makan semasa berdiri . kita boleh hindarkan. tak semestinya makan shja bahkan minum pun harus duduk untuk membiarkan ia mengalir dengan baik.

4 ) banyak menguyah
banyak menguyah kudap kudapan juga boleh membawa effect pada berat badan yang tak mahu turun .sering sangat la manusia yang suka makan pelbagai kudapan especially time buat homework, sambil berjalan ...

hanya mengubah yang buruk menjdi lebih baik ^_^

 Assalamualaikum
Kesempurnaan iman, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang mempunyai akhlak mulia, orang-orang yang terpilih antara kamu ialah mereka yang baik pergaulan serta hubungannya dengan isteri-isteri mereka.”Riwayat At - Tirmidzi
Tinggalkan Perkara Yang Meragukan
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Tinggalkan apa yang membimbangkan kamu kepada apa yang tidak membimbangkan kamu”
Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.
Ada orang berjalan dari senang kepada susah.. ada juga orang berjalan dari susah ke senang ada juga orang berjalan dari susah ke susah itu lah orang yg sesat
apa guna berwajah cantik, jika pekerti kurang menarik, tutur kata kurang cerdik, tingkah laku kurang molek, akal dan minda sangatlah pendek...mulut bagai itik, musuh diherdik, kawan dicamdik, kerana menganggap dirinya yang TERBAIK.
 sekian, DIYANA ALI