= kecantikan manusia =

 Assalamualaikum
Kecantikan sejati datangnya dari hati yang bersih.
Hati yang bersih datangnya dari iman yang luhur.
Hati yang bersih tidak mudah dikotori dengan zarah-zarah kotor yang datangnya daripada sumber yang kotor. Hati yang bersih adalah hati yang datangnya dari insan yang mempercayai qada’ dan qadar ALLAH, tidak menyampai-nyampaikan perkara yang buruk, tidak menyebarkan fitnah, tidak suka melaga-lagakan sesama manusia, meninggalkan debat walaupun ia benar, nampak kesalahan diri, mudah meminta maaf, suka melakukan kebaikan, suka bersedekah, sentiasa berusaha dan bersangka baik dengan ALLAH. 

Bersangka baik dengan ALLAH yakni mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa segala apa jua yang berlaku ada hikmah yang besar di sebaliknya. Setiap kali menghadapi apa jua dugaan, ianya hanya sekadar untuk menguji sejauh mana cinta dan keimanan kita kepadaNya. Sesiapa jua yang berjaya menghadapi setiap dugaan dengan tabah, ikhlas dan redha, dialah yang paling CANTIK dan INDAH di pandangan ALLAH.

Seorang wanita itu cantik jika dia mentaati PenciptaNYA, baik kata-katanya dan mentaati suaminya.


No comments: