4 Salam


Assalamualaikum dan selamat pagi 

salam atau assalamualaikum adalah satu salam kita beri kepada umat islam ketika kita bertandang ke rumah seseorang , tika sedang memulakan sesuatu perbualan . beri salam itu sunat tapi bila seseorang memberi salam kepada kita adalah wajib bagi umat islam menjawabnya


disini ada 4 salam yang kita tidak boleh untuk menjawabnya iaitu :

1 ) di dalam satu solat berjemaah , imam yang memberi salam selepas tahiyat akhir ketika kita  solat berjemaah . kita tidak diwajibkan jawab kerana salamnya hanya untuk DIA

2 ) haram memberi salam kepada orang kafir dan jika salam yang diberi oleh orang bukan islam harus menjawabnya dengan lafas waalaikum ( وعليكم ) sahaja

3 ) salam yang diberi oleh seseorang dengan cara bermain-main dengan niat . contoh seorang lelaki memberi salam kepada perempuan dengan niat yang lain atau lebih senang difahami untuk mengorat . caranya seperti " assalamualaikum , tak jawab dosa ? " . mungkin di situ sudah menimbulkan satu niat yang berlainan.

4 ) salam yang diberi selepas ucapannya habis dihujah seperti majlis ilmu. seorang penceremah memberi ucapan salam selepas ucapannya habis diberi.


Belajar Sesuatu Yang Berharga


Assalamualaikum







belajar DIAM dari banyaknya BICARA


mulut orang tidak boleh tutup tetapi mulut sendiri boleh tutup. belajar untuk diam dari banyaknya bicara tentang yang lagha




belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN

mengatasi kemarahan adalah dari bersabar dalam sesuatu hal . belajar bersabar dari mengingatiNYA selalu 





belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG




belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN

belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN




belajar TAWAKKAL dari UJIAN

belajar REDHA dari satu KETENTUAN

belajarlah MENERIMA dengan hati yang terbuka





Ku PerlukanMU


Pernahkah kau tanya padaku
Disaat aku memerlukanmu
Pernahkah kau bisikkan rindu
Di ketika waktu ku tertunggu

Andainya kau tahu maksudku
Mungkin ianya takkan terjadi
Andainya aku jua bisa
Mentafsir bintang-bintang di langit
Seandainya lara aku
Bertemankan kesepian ini kasihku
Aku takut terluka sendirian
Tanpa kau disisiku
Benarkah apa yang ku rasa
Kau dan aku kini tidak bisa
Kesan luka yang masih ada
Mengundang kekesalan semalam
Biarkan rindu berbicara
Lafaz kata tak mungkin tercipta
Berkabus dalam kesamaran
Hanya jelas dalam perasaan
Yang terpendam
Lara aku
Bertemankan kesepian ini kasihku
Aku takut terluka sendirian
Tanpa kau disisiku

Just For You


Assalamualaikum


apakah ini ? jus epal campur tomata sikit lebihan buat tomyam tadi . aku tak berapa gemar buahnya, so aku buat jusnyaa. sedap gila, tambah dengan buihnya tu . :)

okay bye :)

Something Special For Me


Assalamualaikum

bangun ! bangun ! eh, kau kerja buat taik mata saja  ! " kata handphone yang sering bergetar dari tadi kerna ingin ku angkatnya  "

terkejut aku dibuat getaran kau tu tahu tak , kalau aku ada heart attack memang kau aku cili ..

Hahahahahaaa. pagi tadi kawan call aku sebab ulang tahun dia hari ini. macam -macam yang kami borak kan, almaklum lah lama tak jumpa, tak borak kan . 

then aku bangun, borak - borak dan aku tak boleh tidor dah . dari semalam dalam hati aku teringin nak makan tomyan " buat-buat teringin kot " .. okay apa aku dapat  ..



tomyam ku. huhu. selamat menjamu selera sayangku ..

sekian, diyana ali

Berhenti Mencari Kesalahan Orang

Assalamualaikum dan selamat pagi

kita hidup di dunia ini untuk sementara dan bila bila masa malaikat maut akan datang menjemput kita . tidak kira kita sedang makan, sedang solat, sedang nyeyak terbaring atas katil , kalau sampai ajal kita . Ya Allah ...


kadang kadang dimana sahaja kita pernah buat silap tanpa sedar, bertaubatlah kita kepada Allah . amalkan lah solat sunat taubat tika selepas solat wajib atau pulang nya ke rumah . Ya Allah aku disini bukan ingin untuk menunjuk tapi ingin berkongsi . aku tidak ingin menjadi yang baik tapi ingin mengubah untuk menjadi yang lebih baik dan itu yang sedang kuusahakan . bantulah aku Ya Allah


kita sebagai manusia saling bertanggungjawab untuk menasihati bukan untuk mencari kesalahan orang lain demi menutup kesalahan diri sendiri . sebagaimana tadi, kita tidak pernah lari dari kesalahan, yes , we are not perfect . kita bertanggungjawab untk saling menegur kesalahan itu dengan cara yang baik tapi kalau kita hanya ingin memaki , mengutuk tentang kesalahan orang itu sedang kan kita sangat sering melakukan kesalahan itu dari dia. berhentilah awak untuk mengkritik sahaja


berhentilah kita dari ketidakpuas hati dengan manusia kerna bukan senang mereka untuk puaskan hati kita dan kita ingin puaskan hati semua orang . kenapa ingin mencaci memaki sesama kita sedangkan kita akan memperoleh kesakitan di kemudian nya . 


biarlah ketidakpuas hati orang kepada kita , kita tidak boleh mengawal hati mereka. tidak haruslah juga kita untuk memaki mereka kerana tiada keuntungan yang kita dapat . biarkan mereka yang ingin mengutuk kita, suatu hari , berdoalah kita agar timbul kesedaran dalam hati mereka . paling baik , better kita jauhkan diri dari mereka . jadikan ape yang mereka cakap suatu semangat untuk kita teruskan hidup ini, perbaiki diri dan berusaha untuk menjadi lebih baik.


tiada yang mustahil dalam kehidupan ini, ape yang kita usaha kan , dengan izin Allah sentiasa dipermudahkan. insyaAllah


andai salah aku mohon maaf disini . salam, diyana ali ..

Kehidupan

Assalamualaikum,

yeayyyy !!!! assignment sudah habis , MERDEKAAAA ! begitulah reaksiku setiap kali assignment yang bertimbun - timbun sudah selesai tetapi hanya satu yang perlu ku tempuhi iaitu peperiksaan akhir bakal tiba untuk pelajar - pelajar diploma . macam- macam perasaan yang timbul dalam hati ini, gementar, takut . apa harus aku buat , belajar belajar belajar. kalau ada usaha insyaAllah kejayaan itu akan selalu untuk kita.

aku mula menggelabah belajar. yelah dulu tahu main main, makan , tengok cerita . layan korea, japan movie. paling penting running man . 

no, no, no aku bukan peminat setia running man, tidak pernah terlintas untuk aku tengok sebab aku tak tahu apa motif orang gelak bila tengok . teruk kan, HAHA

bila peperiksaan akhir tiba, mampatlah perpustakaan, dewan, bilik belajar kerna dipenuhi dengan pelajar -pelajar yang sangat gigih belajar. pandang sekali, sudah kelihatan macam semut kerna dipenuhi dengan pelajar yang rajin lagi pintar


ya , aku haruslah belajar di dewan . lebih selesa, lebih fokus untuk belajar. tepat pukul 2 ptg aku turun ke dewan untuk belajar bersama kawanku . aku bawa turun sekali nota nota yang telah di beri oleh pensyarah kami


aku turun dan lihat kau lenggang sahaja , dalam hatiku " ai kau ni nak belajar ke dating, kui kui "


sampai dewan terus aku bertanya

aku : wei mana kau punya nota? 
kau : hilang :P
aku : kau memang setiap nota , setiap apa sahaja yang diberi mesti hilang . kalau macam tu ,beli peti besi dan simpan dalam tu, HAHA :P


tanpa buang masa, kami terus belajar. belajar, belajar belajar. 

30 minit kemudian .......  

aku bosan dan teringin kan aiskrim . hua hua aku demand . aku suruh dia beli aiskrim yang dalam kon tu dan aku nak dua . haha k aku gurau sebenarnyaa

dia pergi beli dan sebelum meneruskan pembelajaran kami, kami makan aiskrim dulu . setiap kali kami belajar, aiskrim tu dah menjadi satu kewajipan untuk kami makan. tidak pernah sekali pun kami tinggal untuk menikmati aiskrim .



nyum nyum sedap. hilang tension aku belajar tadi


sekian, diyana ali



Mahal Gila Oooooo ...


Assalamualaikum

Hari tu pergi kuantan kononya teman kakak nak amik something dekat sana. yang aku harus tidor je dalam kereta. huhu sebab tak suka jalan ke arah sana macam ular. boleh buat aku pening nak muntah

hmm kalau aku ni jalan jalan ada lah benda aku teringin nak makan . yeah teringin lah nak makan big apple donut 


nyum nyummmm sedapp wooooo 


masa tu pergi mall masuk kereta cari parking dalam , ohh konon nak masuk tak sampai 5 minit. ambil jela tiket parking , memang tak sampai 5 minit je aku beli . then terus balik . keluar2 masuk tiket , tiket tersekat sebab tak bayar sbb ada tulis tak sampai 5 minit tak perlu bayar parking

last2 aku harus turun bayar parking , 2 hengget tak sampai 5 minit melayang. mahal kan . dah tulis tak payah bayar tapi harus bayar. lain kali jangan tulis macam tu .

haha macam mengarut, short entry .. bosan la duduk rumah .. sekian saya ...

Gift


 Assalamualaikum




simple dan interesting untuk buah tangan bagi tetamu yang menghadiri undangan majlis perkahwinan :)

Cintailah seseorang itu secara :)


Assalamualaikum


Layan Cerita


Assalamualaikum,

sekarang ni tengah bercuti duduk rumah tunggu someone datang meminang je ' hew hew ' . kadang kadang aku akan terpikir kalau ade someone datang meminang aku nak terima terus. HAHA. aku perasan , insyaAllah . 


jom follow, HAHA :P

aku tengok twitter aku bosan . ntah ada apa dah dengan twitter tu . aku tengok facebook lagi bertambah tambah aku bosan.  bila aku bosan, aku tension, satu kerja pelik akan ku buat iaitu aku macam nak delete semua benda alah ni. twitter, fb , blog semua aku nak delete tapi harus pikir 2kali balik, haha nanti kau menyesal buat akaun baru pulak

aku malalut cerita . actually kita nak story. sekarang dah musim untuk aku layan cerita pulak. bila ada musim aku asyik layan benda alah twitter, fb tu sume sampai tak tengok tv, berita pon tak tahu . dah macam katak bawah tempurung bak pepatah melayu. ahhsemann, dulu kau punya tak suka pepatah melayu . hehe


almaklum dulu tak dapat tengok cerita, duduk hostel . sekarang layan laa cerita sampai termuntahh .



jom layan cerita dekat sini , klik gambar :)


diyana ali . . .