Petua Untuk Bergaul Dengan Orang Yang Anda Benci Sangat


 
Cara yang baik mesti kita segera lakukan jika kita membenci seseorang


1 )  Sebelum tidur dan selepas bangun, amalkan istighfar banyak-banyak, mohon ampun pada Allah s.w.t. sebab anda berisiko untuk menyakiti orang lain dengan berasa benci dengannya atau tidak suka dengannya secara tidak sengaja tanpa anda sedari.

Allah s.w.t. tidak suka orang yang benci-membenci. Kesannya anda akan mendapat kemurkaan Allah, anda akan mendapat musibah sebagai balasan atas perbuatan anda. Maafkanlah kesalahan-kesalahan yang orang lain lakukan pada anda. Kenapa? Supaya hati anda bersih sentiasa.

2. Bila hati sudah bersih, anda senang untuk bergaul baik dengan orang-orang di sekeliling dalam apa jua situasi. Mereka juga akan merasa senang dengan anda, sebab anda ada aura yang menyenangkan. Aura adalah gelombang tenaga yang berada di sekeliling badan anda. Aura terbit dari minda tanpa sedar yang dipengaruhi oleh hati dan fikiran anda. 


Itulah sebabnya amat penting sekali anda menjaga kebersihan hati dan kepositifan fikiran supaya anda senang dengan sesiapa sahaja. Jika anda merasa benci dengan seseorang, secara automatik orang itu akan benci anda. 


Dia akan merasa kurang senang dengan anda secara tidak semena-mena. Dia tak tahu kenapa. Apa yang dia tahu, dia merasa timbulnya rasa benci, meluat, kurang senang. Semua itu timbul secara tiba-tiba. Puncanya, anda benci dengan dia di dalam hati. Inilah sebab kenapa anda perlu belajar bagaimana melembutkan hati.


Jangan sesekali buat orang benci walaupon sebesar mana dia buat kita benci . Maafkan seseorang walaupun sudah sejahat mana dia lakukan pada kita .

sekian, bye bye 

 

4 comments:

fizafantagiro said...

sentiasa memaafkan walaupun ianya kdg2 amat memeritkan ^^

Unknown said...

Wah sangat berguna :)
minta izin share yer
http://duniakecilkuini.blogspot.com/

Unknown said...

dah berjaya belum? haha

budak kacamata said...

thanks 4 sharing diana..kdg2 raser jipokrit bile berbuat baek dgn org yg kiter xsuke..tp 2 sbnrnyer cara kiter tuk elak drp tros bermusuh atau membenci..kdg2 bile kiter dh benci seseorg..kiter dh xnmpk kebaikan die..sbb 2 kiter perlu judge diri kiter jugak..jgn sampai kiter melakukan sesuatu yg boley menyakitkan hati org especially sahabat..sbb sahabat 2 org yg palng rapat dgn kiter..once dh teraniaya, sush nk kembalikan kepercyaan..kdg2 kiter boley tuk maafkan kesalahan org..tp tuk kembali spt sediakala..sgt2 sush..sbb masih dibelenggu mimpi semalam..hukhuk..bersjk plak kat cni..juz share pengalaman ngan cik diana..=)