Mutiara Kata


 

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. 
Teman yang paling akrab adalah AMAL. 
Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. 
Bahasa yang paling manis SENYUM.
Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini 
kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh 
Dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai
Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, 
kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu 

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. 
Jika anda rasa ianya sangat menyakitkan, 
fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih 
untuk mencapai keunggulan hidup. 
Tetapi benih itu tidak akan tumbuh
Seandainya tidak dibajai dengan keberanian
  

4 comments:

EkaTikah said...

yup, semua kat atas nie betul..best :)

Unknown said...

sejak bila? :D

nice one :)

Hans Hanis said...

nice
suka baca

Nur farahiza said...

tibe tibe terus rase semangar lepas bace , :)