Kita Harus Fikir Ada yang Lebih Hebat dan Teruk dari Kita


 



kita paling hebat ke kat dunia ni, manusia yang seratus peratus sempurna hebat . sebegitu ke pemikiran kita selama ini, tiada yang lebih hebat dari kita disebabkan kecemerlangan kita atau kita yang paling cerdik kerna dapat anugerah cemerlang. 


jangan selalu berfikiran begitu kerna ada yang lebih hebat dari kita sedangkan kita tak akan pernah tahu. tiada siapa yang akan tahu siapa yang paling hebat .


kita paling teruk ke, kita lah yang paling susah terima dugaan dunia selama kita hidup  . padahal ada yang lebih perit, susah hidupnya tapi kita asyik mahu mengatakan kita yang paling susah sehingga menyalahkan orang sekeliling kita


kita paling bagus ke, tiada sedikit kesalahan pun dalam diri kita sehingga kita hendak mengata kesalahan orang lain buat . pupuklah dalam diri supaya saling menasihati , membimbing orang lain walaupun seteruk mana kesalahan dia pada kita atau orang lain.





orang yang berbuat salah tidak salah untuk menasihati , membinbing orang lain tapi janganlah kita menasihati hanya dengan nasihat kosong . sebaliknya melakukan juga apa yang kita nasihatkan itu . insyaALLAH


anggaplah bahawa di dunia ini akan ada orang yang lebih hebat dari kita supaya kita tidak pernah kenal erti putus asa untuk berusaha . anggaplah di dunia ini akan ada orang yang lebih susah dan perit hidupnya supaya kita tidak akan pernah sering mengungkit.


apa yang disampaikan untuk diri sendiri dan semua yang membaca, diakhiri dengan kata maaf jika kata kata saya agak keterlaluan . hehe . selamat hari raya aidiladha untuk umat islam semua .....


apa yang baik itu datangnya dari ALLAH dan apa yang buruk itu dari kekhilafan saya sendiri 


kalau rajin klik SINI SINI SINI SINI 

 

4 comments:

Zee.Zee™ said...

waaahhh...
like like like!
^__^

betul la semua tu

m said...

oh so true. peringatan untuk diri juga:)

Tie HT said...

betul2 sokong 100%..kalau dalam blogging pn kdg2 ada blogger yg rasa dia hebat tp siapa yg bg kehabatan itu kan..kena ingat hal ni sentiasa..

pape pun kena ucap alhamdulillah sentiasa..saling ingat mengingatkan yer..tq..nice sharing :)

AM said...

Kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah telah kurniakan kepada diri kita. Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. :)

# Entri terbaru :
http://arolpunyeblog.blogspot.com/2011/11/pemergianku-hanyalah-seketika-bukan.html