Story Aku & Lagu




sekarang bermulalahhh cuti mid sem , seronok tak ? Hehee

untuk aktiviti kelima dari geng FIQ'RA , story aku dan lagu .  

siapa mahu join, klik banner di atas ye 



siapa tiada blogger card lagi, jom join geng ni 


jom hayati dulu lagu ini 

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh 
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan 
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan 
Bukan jua penghinaan dari Tuhan 
Bahkan sebagai hiasan kecantikan 


lagu ini ditujukan kepada sesiapa yang digelar wanita mahupun lelaki . aku sering dengar lagu ni, aku mula mula tertarik dengan lagu ni sejak kawan aku pasang . then setiap hari akan ku dengar lagu ni. aku rasa sangat bermakna lagu ni, bila aku dengar sekali , berulang kali akan ku ulang .

manusia yang saling memerlukan , adam juga turut perlukan hawa . mana mungkin kita hidup keseorangan tanpa peneman hidup . 


hati wanita sangat lembut, mudah tersentuh , mudah merajuk . mereka perlu seorang pemimpin dalam hidupnya iaitu lelaki agar wanita itu kenal jalan yang lurus, lahir peribadi yang manis ...


Peliharalah wanita itu dengan sebaik-baiknya, sebab sesungguhnya wanita dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas sekali. Maka jika kamu cuba meluruskannya nescaya ia akan patah. Dan jika kamu biarkan saja maka, ia akan tetap bengkok. Sebab itu, Peliharalah wanita dengan baik.


wanita mudah merajuk , maka lelaki akan membiarkannya. adakah wanita akan elok sebegitu sahaja , sama lah tulang rusuk paling atas sekali adalah paling bengkok dan jika ia dibiarkan sahaja, ia akan terus bengkok . wanita perlukan perhatian walaupun hanya untuk medengar kesedihan yang dialami olehnya, wanita perlukan pujukan dari seorang lelaki dan baru wanita akan merasa kelegaan.


Sebaik-baik wanita adalah yang apabila diberi sesuatu dia bersyukur,dan apabila tidak diberi apa apa padanya dia bersabar...yang menyenangkan hatimu bila kamu melihatnya dan mentaatimu bila kamu menyuruh ...


kita saling memerlukan , aku suka lagu ini :)

7 comments:

نور الشهيرة بنت مجلن said...

wah!! lagu tu mmg best.. :D setuju3~ mmg kita slg memerlukan

Nisa Greennnpanda said...

sjuk je ati bile dgr lgu nie.. thanks coz knalkn..(xpenah dgr before this, hehe...)

Anne Wahid said...

"Sebaik-baik wanita adalah yang apabila diberi sesuatu dia bersyukur,dan apabila tidak diberi apa apa padanya dia bersabar...yang menyenangkan hatimu bila kamu melihatnya dan mentaatimu bila kamu menyuruh"
suka ayat ni....


kisah aku dan lagu http://www.zahidahwahid.com/2011/12/4530/

Qil_Zawawi said...

gud luck :)

NuHaZahari said...

nuha sokong! hehe.

good luck! :D

anamizu said...

hai yana..sejuk hati dgr lagu ni..hehe


http://diary-kecilku.blogspot.com/2011/12/story-aku-lagu-geng-fiqra.html




luv,
cik ana

fiQRa said...

wanita.. gud luck syg ;)

admin,
GF ~