4 Salam


Assalamualaikum dan selamat pagi 

salam atau assalamualaikum adalah satu salam kita beri kepada umat islam ketika kita bertandang ke rumah seseorang , tika sedang memulakan sesuatu perbualan . beri salam itu sunat tapi bila seseorang memberi salam kepada kita adalah wajib bagi umat islam menjawabnya


disini ada 4 salam yang kita tidak boleh untuk menjawabnya iaitu :

1 ) di dalam satu solat berjemaah , imam yang memberi salam selepas tahiyat akhir ketika kita  solat berjemaah . kita tidak diwajibkan jawab kerana salamnya hanya untuk DIA

2 ) haram memberi salam kepada orang kafir dan jika salam yang diberi oleh orang bukan islam harus menjawabnya dengan lafas waalaikum ( وعليكم ) sahaja

3 ) salam yang diberi oleh seseorang dengan cara bermain-main dengan niat . contoh seorang lelaki memberi salam kepada perempuan dengan niat yang lain atau lebih senang difahami untuk mengorat . caranya seperti " assalamualaikum , tak jawab dosa ? " . mungkin di situ sudah menimbulkan satu niat yang berlainan.

4 ) salam yang diberi selepas ucapannya habis dihujah seperti majlis ilmu. seorang penceremah memberi ucapan salam selepas ucapannya habis diberi.


1 comment:

Ziela Rafie said...

owh, taktau pulak salam dr org bukan islam pun kita kena jawab..terima kasih kongsi information ni, nice ! :)