Alhamdulillah#



Assalamualaikum,

menangis itu adalah salah satu cara kita untuk melepaskan
bila mengalirkan air mata kita dapat merasai kelegaan
tapi bila menangis ada juga rasa kepedihan hati

kita merasai memerlukan bahu untuk kita mengalirkan air mata ini
kenapa kita ingin menangisi sesuatu yang tidak membawa faedah
kita tidak rasa ia sudah melalaikan diri sendiri
tapi apa harus buat, dengan menangis sahaja , fikiran dapat melupakan

bila kita kenang semula kisah lalu kita menangis
mata ini tidak ingin menangis tapi hati ini tidak lepas dari mengalirkan air mata
bila pandangkan sesuatu , teringat sesuatu dan kita menangis
hati ini sering terguris dan mengalirkan air mata

Adakalanya kita perlu menangis, agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa
Bersyukur pada orang yang menyakiti kita, kerana dia yang menabahkan kita
Bersyukur pada orang yang tak mengendahkan kita
kerana dia yg memupuk  kita untuk berdikari

Bersyukur pada orang yg menjatuhkan kita
kerana dia yang memperhebatkan kemampuan kita
Bersyukur pada orang yang menyiksa kita
kerana dia yang menguji kesabaran dan ketabahan kita



credit to : google

coklat ni manis, ia juga boleh membuatkan kita tersenyum dan jauh untuk mengalirkan air mata. ia adalah pengubat dari kita menangis :)


 by Diyana Ali

Orang Yang Bahagia

Bismillahirahmanirrahim

Kita inginkan kebahagiaan, orang yang bahagia

 itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah 

menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa

 menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan

 menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan

menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu 

dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa


by Diyana ALI