Assalamualaikum
Kecantikan sejati datangnya dari hati yang bersih.
Hati yang bersih datangnya dari iman yang luhur.
Hati yang  bersih tidak mudah dikotori dengan zarah-zarah kotor yang datangnya  daripada sumber yang kotor. Hati yang bersih adalah hati yang datangnya  dari insan yang mempercayai qada’ dan qadar ALLAH, tidak  menyampai-nyampaikan perkara yang buruk, tidak menyebarkan fitnah, tidak  suka melaga-lagakan sesama manusia, meninggalkan debat walaupun ia  benar, nampak kesalahan diri, mudah meminta maaf, suka melakukan  kebaikan, suka bersedekah, sentiasa berusaha dan bersangka baik dengan  ALLAH. 
Bersangka baik dengan ALLAH yakni mempercayai dengan penuh  keyakinan bahawa segala apa jua yang berlaku ada hikmah yang besar di  sebaliknya. Setiap kali menghadapi apa jua dugaan, ianya hanya sekadar  untuk menguji sejauh mana cinta dan keimanan kita kepadaNya. Sesiapa jua  yang berjaya menghadapi setiap dugaan dengan tabah, ikhlas dan redha,  dialah yang paling CANTIK dan INDAH di pandangan ALLAH.
Seorang wanita itu cantik jika dia mentaati PenciptaNYA, baik kata-katanya dan mentaati suaminya.
No comments:
Post a Comment