Assalamualaikum dan selamat pagi
salam atau assalamualaikum adalah satu salam kita beri kepada umat islam ketika kita bertandang ke rumah seseorang , tika sedang memulakan sesuatu perbualan . beri salam itu sunat tapi bila seseorang memberi salam kepada kita adalah wajib bagi umat islam menjawabnya
disini ada 4 salam yang kita tidak boleh untuk menjawabnya iaitu :
1 ) di dalam satu solat berjemaah , imam yang memberi salam selepas tahiyat akhir ketika kita solat berjemaah . kita tidak diwajibkan jawab kerana salamnya hanya untuk DIA
2 ) haram memberi salam kepada orang kafir dan jika salam yang diberi oleh orang bukan islam harus menjawabnya dengan lafas waalaikum ( وعليكم ) sahaja
3 ) salam yang diberi oleh seseorang dengan cara bermain-main dengan niat . contoh seorang lelaki memberi salam kepada perempuan dengan niat yang lain atau lebih senang difahami untuk mengorat . caranya seperti " assalamualaikum , tak jawab dosa ? " . mungkin di situ sudah menimbulkan satu niat yang berlainan.
4 ) salam yang diberi selepas ucapannya habis dihujah seperti majlis ilmu. seorang penceremah memberi ucapan salam selepas ucapannya habis diberi.
owh, taktau pulak salam dr org bukan islam pun kita kena jawab..terima kasih kongsi information ni, nice ! :)
ReplyDelete