28th Dec 2011 : Seketika


 


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. 
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. 
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. 
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. 


Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. 
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. 
Ambillah waktu untuk ketawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.


 Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. 
Ambillah waktu untuk menerima, itu adalah mengajar kita kesabaran.
Ambillah waktu untuk bermaafan jika satu kali peluang yang ada.



Ambillah waktu untuk merenung kembali, agar kita boleh perbaiki kembali
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. 
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.


  

Story Aku & Lagu




sekarang bermulalahhh cuti mid sem , seronok tak ? Hehee

untuk aktiviti kelima dari geng FIQ'RA , story aku dan lagu .  

siapa mahu join, klik banner di atas ye 



siapa tiada blogger card lagi, jom join geng ni 


jom hayati dulu lagu ini 

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh 
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan 
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan 
Bukan jua penghinaan dari Tuhan 
Bahkan sebagai hiasan kecantikan 


lagu ini ditujukan kepada sesiapa yang digelar wanita mahupun lelaki . aku sering dengar lagu ni, aku mula mula tertarik dengan lagu ni sejak kawan aku pasang . then setiap hari akan ku dengar lagu ni. aku rasa sangat bermakna lagu ni, bila aku dengar sekali , berulang kali akan ku ulang .

manusia yang saling memerlukan , adam juga turut perlukan hawa . mana mungkin kita hidup keseorangan tanpa peneman hidup . 


hati wanita sangat lembut, mudah tersentuh , mudah merajuk . mereka perlu seorang pemimpin dalam hidupnya iaitu lelaki agar wanita itu kenal jalan yang lurus, lahir peribadi yang manis ...


Peliharalah wanita itu dengan sebaik-baiknya, sebab sesungguhnya wanita dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas sekali. Maka jika kamu cuba meluruskannya nescaya ia akan patah. Dan jika kamu biarkan saja maka, ia akan tetap bengkok. Sebab itu, Peliharalah wanita dengan baik.


wanita mudah merajuk , maka lelaki akan membiarkannya. adakah wanita akan elok sebegitu sahaja , sama lah tulang rusuk paling atas sekali adalah paling bengkok dan jika ia dibiarkan sahaja, ia akan terus bengkok . wanita perlukan perhatian walaupun hanya untuk medengar kesedihan yang dialami olehnya, wanita perlukan pujukan dari seorang lelaki dan baru wanita akan merasa kelegaan.


Sebaik-baik wanita adalah yang apabila diberi sesuatu dia bersyukur,dan apabila tidak diberi apa apa padanya dia bersabar...yang menyenangkan hatimu bila kamu melihatnya dan mentaatimu bila kamu menyuruh ...


kita saling memerlukan , aku suka lagu ini :)

Wah, Syok Dapat Tengok Salji !


 

Mari kita release tension malam malam ! dah penat study, menghadap buku setebal tebalnyaa, menghadap nombor nombor, ayat ayat yang jiwang bagai cair dihati tu .


disini saya hendak kongsikan satu benda yang menarik, mungkin ada yang dah tahu , bagi yang belum tahu jom try !


mula mula .............


masuk google , sini http://www.google.com.my/, try dengan mozila firefox ye 

then type " LET IT SNOW " , tak perlu capital letter tu ..

so, sila tengok apa yang terjadi , menarik . dapat tengok salji jatuh , al maklumlahhh dekat malaysia tak dapat lihat kan . dekat google pun jadilahhh . Heheeee



dan ini saya tulis nama dekat salji yang turun bak sejuk tak terkata dah ni .. nak printscreen tak lepas ! dapat save image je. selamat mencuba !

 

Mudah Terpengaruh


 

Hai semua yang masih belum tidur dan sedang nyenyak tidur dibuai mimpi tu . Heheeee


kita mudah terpengaruh bila nampak sesuatu yang menarik , tak boleh cukup dengan apa yang dah kita ada. ada je benda yang mempengaruhi diri kita untuk ada benda tu juga. bukan nak kata salah ke apa, tapi biar berpada pada kann


contohnyaaa 


1 ) orang beli baju, kita hendak beli satu juga
siapa yang tak pernah alami pun situasi sebegini, bukan jealous ke dengki ke apa tapi sebab kita teringin untuk ada benda tu juga . tapi kalau sekali sekala boleh laa, kalau tidak bankrup la makkk oiiii ! 


2 ) bila nampak iklan sana, iklan sini , cepat saja nak join ! 
ada nampak iklan phone murah, ada promosi . mulalah rambang mata kita tengok yang ini nak, yang itu nak . lebih lebih sekarang ni ada YEAR END SALE ( YES ), mulalahh terpengaruh kalau boleh semua nak beliii . tengah sale tu ! mana boleh lepaskan peluang yang ada, peluang hanya sekali kan kannn !


3 ) pergi pasar malam semua benda mengidam 
time pasar malam juga la perut ni mengidam nak makan semua jenis makanan yang ada, kalau boleh setiap satu yang ada jual nak beli. dah beli banyak banyak, makannya sikit saja. kan dah membazir, biarlah makan ikut perut kita ni tengah lapar ke kenyang bangattt ke !



sekarang ada satu benda yang aku dah terpengaruh , tengok mudah terpengaruh kan . sebab benda ni aku rugi duit disebabkan aku tak baca dulu brochure dia.


ini adalah YES tp bukan year end sale. yes ni boleh dikatakan macam broadband . boleh connect internet laa, entah korang tahu, aku saja yang kuno ! hikhikk


lain kali fikir dulu sebelum bertindak , jangan mudah terpengaruh dengan sesuatu yang akan buat kita menyesal suatu saat . 


sekian , andai salah aku mohon maaf :)


jom klik SINI
 

Zaman Sekolah Memang Lah Syok .....


 

Salam ! hari minggu ni ape saja aktiviti kita ! isnin sampai jumaat letih dengan kelas. hari minggu apa lagi, makan tidur makannn tidur laaa ! meniarap tidur , punya lah letih sangat kannn


ini kisahh waktu sekolah dulu, siapa ada kenangan waktu sekolah , confirm ada . rindu tak zaman sekolah, confirm rindu !






adik adik yang tengah sekolah lagi, berhentilahhh berkata kata " nak habis sekolah cepat " , " nak merdeka " ..

sememangnya zaman sekolah paling syiok, moment paling happy tak terkata ! kalau lah dapat diundurkan masa tu, mesti nak pergi zaman sekolah balik . apa apa pun mana pernah dapat macam tu kan .  inilah takdir 


kalau dulu waktu sekolah , ini killer subject , ini susah, tak sanggup nak belajar dah . korang masuk ke tempat yang lagi atas lagi susah . kalau dulu apa subjek korang minat rasa nak belajar lagi sekarang ?


jeng jeng jenggggg


aku sangat minat subject addmath, bagi aku mencabar . tapi sekarang apa yang aku belajar tiada langsung kene mengene dengan addmath . ramai kata susah kan, kalau dah lulus untuk subject ni memang power lah orang kata . susah susah dahulu, kalau ada usaha boleh jadi senang 


second subject aku minat , chemistry . dulu aku pernah minta kos yang ada relate dengan chemistry . alahaiii result SPM tak memberi kelayakan pada aku untuk ambil kos ini . so, kalau nak pilih kos, minat itu no 2 bagi aku . kalau ada kesempatan untuk aku belajar lagi subject ini, tak akan aku lepaskan . HAHAAAA :P


third, aku minat account kot ! ahahakk . boleh pula kau ada kot ! pernah juga terniat nak ambil kos accaunt tapi ada halangan beberapa pihak . so, ilmu tu sampai aku form5 je tapiiiiiiii

nanti aku akan belajar juga subject ini sikit sikit untuk kos yang aku ambil ni . so, ilmu tu akan kita gunakan sampai bila bila, kat mana mana je pon !


jom klik SINI laju lajuuuu . bai bai , assalamualaikum. 
 

SEGMEN | Saya , Blog Pelajar IPTA 2011


 
Salam, Hai selamat tengahari. jom siap siap pergi sembahyang jumaat ! okayyy now , aku nak join segmen , jom klik gambar bawah ni laju laju kalau nak join !



okayyy uitm IPTA kannn . ehehee. 

aku ambil jurusan PENGURUSAN HARTANAH atau Estate Management di UITM SERI ISKANDAR, PERAK . aku ambil kos ni desebabkan mak yang pilih, masa tu dah keliru sangat nak ambil kos ape.. yela result SPM pun tak gempak dan superb punn. alhamdullilah dapat jugak menjejak ke alam universiti nii .


tiada rasa menyesall pon belajar kos ni, seronok dan banyak benda yang patut kita tahu future nanti dengan kos ni . so tak rugi laa, kalau dah besar nanti kita nak beli rumah , nak jual rumah, nak bina development kita tahu flow nyaa. okayy melebihh tak ?


bagi yang baru lepas SPM dan STPM ke , nak masuk IPTA, pilih dulu kos yang bersesuaian dengan result exam , jangan pilih ikut minat tapi tak layak sebab tak sesuai dengan result kita . minat tolak tepi dulu, nanti dah belajar confirm minat kann .


selamat menjoin kan diri , bai !

 

Kelas Batal Tapi Sakit Gigi Pula


 
Hai awak awak semua, selamat malam dibuai mimpi semua. baru macam nak tidur awal sikit malam ini, aik awal ke ? tup tup message berbunyiiii 



KRIGGGGGGGGGGGGGGG


kawan : tahu tak esok kelas batal ? * dalam hati aku macam mana nak tahu kalau tiada yang nak inform *

aku : tak tahu, kelas apa batal ?

kawan : valuationn 

aku : so, kelas start 11am kan esok 

kawan : a'ah , bagitahu yang lain ye . * dalam hati insyaALLAH * hehe



so, awak esok pukul 11am tahu tak . tak bagitahu roomates lagi , confirm mereka bengang. muahehehe


tapiiiiiiiiiiiiiii

malam ini gigi aku masih sakit , tadi aku belek belek google nak cari ubatnya . siapa yang sakit gigi akan duduk diam tunggu je gigi tu elok dengan sendirinyaa. hehe




aihh sabar jelaa, ingin tahu ubatnyaa. siapa dah tahu duduk senyap senyap je


1 ) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang. * CUKA ! tak boleh aku nak komor laaa *


2 ) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam. * mana nak cari haa, belimbing bukan tak elok ke *


3 ) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas. * sakit woooooo , tapiii kalau nak sehat mesti ada usaha *



4 ) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi. * gigi aku tak berlubang pun *


tapi mana aku nak cari benda ni semua kannnn. makkk !!! hmmm bye bye 
  

Hati Wanita



Hati manusia ni macam macam . ada yang sporting sangat, cool . cakap apa pun bolehh. tapi kadang kadang hati manusia ni lembut sangat sangatt , macam tisu , macam ais yang cepat cair . aikk betol ke ?


nak kenal hati wanita ni :-----



#Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membangkitkan perasaannya.


#Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.


#Dia amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.


#Dia suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya, malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.


#Dia berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding akalnya.


#Dia cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.



minta tolong klik SINI dan SINI ye . sekiannn, bye bye ... assalamualaikum
 

Bersama AIZAT AMDAN dan ANA RAFFALI


 

salam satu malaysia warga pahang, warga malaysia, brunei darussalam. kita bersama warga warga blogger yang kiut miut ..okay ada bakat macam pengacara mudaaa ? * ohh berangan * sekali sekala mahu berangan walaupun tiada harapan untuk berjaya . okay jangan merendah diri, belum cuba belum tahuuuu .


hari ini kita bersama aizat amdan dengan lagunya HANYA KAU YANG MAMPU ! siapa meminati lagu ini . dan kita juga bersama ana raffali bersama lagunya TOLONG INGATKAN AKU ! 


bersama aizat pada 5/12/2011



okay nampak AIZAT AMDAN tu ? gambar pun zoom sebab malu nak datang dekat stage . alahaiii shy shy cat pulak kannn . okay suara AIZAT memang superb dan sedap !



tengok ! gambar pun vibrate tapi nak tunjuk jugaaaa . sorry im not a professional



balik balik lepas jumpa AIZAT terus pakai baju dia untuk tidur. #ngehngehhh .tiket masuk pun tak buang lagi tapi tak upload dah laaaa .. cukup cukup laaa kannnn


bersama ANA RAFFALI pada 7/12/2011


sorry gambar ANA RAFFALI tak de sebab dia panggil warga lelaki untuk naik stage menyanyikan lagu "jangann pegang pegang , duduk renggang renggang" bersamanyaaa .


dengar pun dia balik awallll . kenapa kenapa kenapaaaa ? HAHAAAA


bye bye aizat amdan dan ana raffali. bye bye warga malaysia . selamat menjamu selera di tengahari . ^ peace ^

 

Tua atau Muda , Dua Dua Perlu Saling Hormat



Tidak kira tua atau muda pun kita, saling hormat menghormati itu perlu diterapkan dalam diri kita untuk menjadi seorang yang berdisplin . awak berada dalam bilik air sekali pon, tengah membeli makanan punn .


Tidak suruh tunduk hormat ataupun mendekati untuk bersalam tapi hanya dengan satu senyuman sudah cukup dengan tanda hormat yang muda untuk yang tua dan yang tua untuk yang muda


jangan rasa diri terlalu tua atau umur yang lebih matang, anda tidak perlu hormat dan sesuka hati melemparkan kata kata yang kurang enak . sesuka hati melakukan apa apa , memberi arahan seenaknya tanpa memikirkan pihak yang lain


jangan merasakn anda ada kuasa yang tinggi, anda sesuka hati untuk memerintah orang lain. pangkat dan darjat tak menentukan kebahagian anda !


kita pernah muda dan kita pernah tua, kita akan menjalani kehidupan muda dan tua jika diizinkan olehNYA


situati situasi yang sangat sukar kita hormat sesama kaum kita

1 ) di kedai makan atau baju
jangan jadikan sifat pemarah anda dan sesuka hati melemparkan kemarahan atau bermuka masam sesama manusia ! kerna anda pernah menjadi pembeli dan penjual ..

2 ) kaunter pertanyaan
jangan jadikan tekanan anda bekerja untuk melayan seseorang dengan cara kurang enak



  • budi bahasa budaya kita 
  • yang tua sayangkan yang muda, yang muda hormatkan yang tua



! senyuman itu manis !


sekian, assalamualaikum dan selamat malam .....  byee :P

Disaat Aku Sangat Merindui IBU


 
saat aku termenung keseorangan disini, teringat akan ibu yang tersayang. apa yang sedang dibuatnya, ingatkah dia padaku. sangat aku merinduinya dan mengingati nya saat aku sibuk atau tidak . hari hari aku fikir untuk balik berjumpanya tapi segala halangan yang tidak dapat aku elakkan . aku sabar dan sabar dan menunggu hari untuk pulang berjumpa keluarga dan ibuku


emak, rindu pada masakannya. ingin sekali aku berjumpa dan memelukknya


sering kali teringat padanya, sering aku melihat gambar yang hanya dapat ku buat untuk melepaskan rindu padanyaaa


orang kata aku lahir dari perut ibu, 
bila dahaga, yang susukan aku ialah ibu
bila lapar, yang suapkan aku ialah ibu
bila keseorangan, yang berada disampingku ibu

bila bangun tidur aku cari ibu
bila aku menangis, yang datang ibu
bila mahu bermanja bersama ibu
bila sedih dan merajuk, yang memujukku ibu

bila nakal, yang memarahi aku adalah ibu
bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah aku ialah ibu
bila aku takut, ibu yang tenangkan aku
bila nak peluk, orang pertama akan ku peluk ibu


aku selalu teringatkan ibu, bila sedih aku menelefonnya
bila seronok, aku suka luahkan padanya
bila bengang dan sakit hati, aku akan luahkan padanya
bila aku sakit, aku luahkan padanya dan dia yang paling risau

bila aku exam, ibu yang paling risau 
bila aku ada masalah, ibu yang risau
yang masih peluk dan cium aku ke hari ini ialah ibu
yang selalu masak makanan kegemaranku ialah ibu

yang selalu simpan dan kemaskan barang barangku ialah ibu
yang selalu berleter, memuji aku ialah ibu
yang selalu nasihatkan aku ialah ibu dan dia ialah segalanya


emak, yana sangatttt rindu mak ! iloveyouuuu ............ bye :)
 

Hati Manusia Macam Macam


 
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt.

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt.


Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.


Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya, dan sentiasa sabar sehingga menemuiNya.


Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.