Kisah Hati


 Assalamualaikum
 
Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Diyana Ali

love you love you love you


Assalamualaikum =)

saturday at 1.01pm 
love you love you love you ... haha <3

satu status aku di fb yang aku post baru baru ni
ini bukan lah bermakna aku sudah jatuh cinta atau apa-apa lah
'love you' tu berhak dilafazkan ketika jatuh cinta 
pada seseorang yang bernama LELAKI saja ?
boleh jatuh cinta sama mak, abah ,kawan
atau sapa2 jela kan yg bermakna pd kita
tapi kerana satu status tu sudah tersalah erti la 
pada seseorang yg bernama manusia

jangan salah anggap , aku sentiasa sayang mak, abah , 
kawan-kawan yang tercinta <cewahhhhh>
i love my parents and also my loving members
pasal sayang atau 'love' pada insan yg bernama lelaki itu , oohhh maybe tidak
biar lah masa, takdir sahaja yang menentukan segala cinta atau jodoh aku
hanya hati aku terus tetap cinta pd yang maha SATU dan tidak sesekali paling padaNYA

okay thats all. tata by diyana ali .;)



menghargai hati dan perasaan

 
 Assalamualaikum
 
ada saat2 dalam hidup ketika sangat merindukan seseorang...
sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan
memeluknya dalam alam nyata...
semoga memimpikan orang seperti itu...
 
selalunya orang yang kita sayang....
suka buatkan kita terluka..kita keliru...kita terluka..kita terkilan dan
tahap kesabaran kita menipis....
dan selalunya orang yang kita sayang..
suka hadir bila diperlukan
dan pergi tanpa meninggalkan pesan.....
 
  ada masa kita perlu menangis agar kita tahu dunia ini bukan hanya untuk ketawa
ada masa kita perlu ketawa agar kita tahu betapa bernilainya setitis airmata..
ada masa kita perlu ade seorang teman agar kita tak kesunyian dan
ada masa kesunyian membuatkan kita tidak akan pernah lupa betapa bernilainya
SEORANG TEMAN....
 
Sahabat......
tak terasa bila dia pergi...
tapi sayu bila dia tak kembali....
mencarinya dengan hati yang suci....
lebih indah dari memilikki tapi tak menghargai..
dia datang tanpa seruan... dia pergi tanpa alasan...
kejarlah dia sebelum hilang dari pandangan kerana 
hadirnya anugerah yang tiada bandingan...
 

puasa


Assalamualaikum

hari ini nak masuk puasa ke berapa ye . ? pejam celik pejam celik dah masuk hari ke-17, tak sangka  puasa cepat bebenor, nak raya, duit raya . ! apa ikhlas punya orang pikir raya je , pas puasa tau raya je . aku la tu ! haha. ape2 pon puasa jangan pikir raya je lebih . ikhlas puase tu penting. pahala amalan pada bulan ramadhan sgt besar kalau kita beramal berbanding dengan bulan bulan yg lain. so, mari la bersama2 kita beramal di bulan yang baik , di bulan yg mulia ni . 'buang yg keruh, ambil yg jernih'


apa guna puasa kalau buka kepala
apa guna puasa kalau dedah aurat
apa guna puasa kalau tak solat
apa guna puasa tapi bekepit-kepit
apa guna puasa tapi bercakap tentang diri orang lain
apa guna puasa kalau untuk tahan lapar & dahaga sahaja
apa guna puasa kalau tak kawal mata
apa guna puasa kalau tidur sampai petang


ingat lah tiada guna kalau kita puasa tapi 'freehair' bak kata mudah laa. apa salah korbankan demi amalan puasa kita untuk bertudung manis walaupon padangan orang yang susah diterima ' macam biskut' . sekejap alas kepala itu hilang, sekejap ada . kalau amalan puasa itu tidak diterima kerana kita menunjukkan beribu helaian rambut pada khalayak ramai.


renung-renungkan lah . mari lah bermuhasabah diri , belek- belek apa yg kurang , apa yg patut diperbaiki. renungan untuk diri sendiri juga , bukan hanya orang ramai. mohon maaf sesama insan, bukan hanya di waktu hari raya kita bermohon maaf, di bulan yang mulia ini mari lah sama-sama memaafkan antara yang lain .lupaskan yang lama , pandang ke hadapan dan rancang yang baru dan lebih baik  .....


*sakit gigi


Assalamualaikum

kesakitan melanda diriku 
hati berjangkit ke gigi
tahu tak gone peritnya ku tahan

hanya aku saja yang tahu 
SAKIT GIGI

just only 3.50


Assalamualaikum


kelmarin = rm7
semalam = rm6
hari ini =??



hari ini aku spend duit untuk berbuka hanya rm 3.50 . haha
hebat tak ?? habis jimat da kan tu,punya la nak berjimat melampau . aku nak spend duit lepas abis sem ni sikit . kalau boleh tak nak la licin habis kan . tak boleh nak berbelanja mcm sem lepas kan, abis duit aku . buat muka kesian je depan mak , akaq .. aku tak dek duit laa !! disebabkan beberapa faktor **

duit hutang tak dapat lagi, bila laa boleh aku dapat . hmm nak mintak tak dek keberanian, sampai la kena perli dr sorang kawan tu kan .jahat kau perli aku ' mcm mane nak jd estate agent kalau duit sendiri pun tak berani nak mintak ' haaa kau same kan menda ni dgn estate agent , mane bole babe .tak pe, tak pe nanti aku mtk laa..walaupun aku tak berani jugak kan . 

duit, duit ohhh duit aku berjaya berjimat :P 
bla bla bye bye . love you laaa !

kuat untuk melintasi kehidupan


Assalamualaikum

Hidup ni bagai ombak yang tidak pernah tenang
masalah-masalah yang selalu menimpa, tidak pernah puas untuk berhenti
tidak pernah puas untuk selalu ada disamping kita
apa lah erti hidup ini kalau tiada masalah
setiap manusia pasti bergelumang dengan masalah
manusia tiada yang sempurna, sentiasa gembira dengan hidupnya
pasti ada yang terluka dalam hidupnya kerna dengan masalah yang berbagai menimpa
masalah belajar, rakan-rakan, keluarga
itulah kehidupan, dugaan yang Allah beri kepada umat-umat yang benar-benar kuat untuk hadapi
mungkin sekarang kita susah, masa depan tiada yang tahu
mungkin Allah berikan kebahagiaan kita pada waktu yang lambat
untuk mengajar kita erti kehidupan ini yang sangat payah
biarlah susah-susah dahulu tetapi senang-senang kemudian
mungkin ada hikmahnya Allah melimpahkan pelbagai dugaan sekarang
kerana kita akan menerima berbagai kebahagiaan nanti kelak
bersyukurlah setiap rezeki yang Allah berikan, kerna itulah yang terbaik untuk dirinya
kalau itu hak kita , insyaAllah DIA akan jadikan untuk kita
jadi janganlah selalu menolak, mengungkit takdirnya kerna setiap yang berlaku ada hikmahnya
kita tak akan pernah tahu setiap yang berlaku
berdoalah kesejahteraan hidup kita agar kita sentiasa diberi hidup yang tenang
INSYA-ALLAH

* The truth is you don't know what is going to happen tomorrow, life is a crazy ride and nothing is guaranteed*

*everything happen for a reason, pray to Allah is a best way*

*don't ever give up in our life because we are never alone, we have Allah in side of us*


:: awak sangat comel ::

Assalamualaikum

blog yang sudah lama berkulat ini dipenuhi semula dengan entry tentang orang yang sangat comel .
siapa yang comel? ada la seorang hamba Allah ni .aku suka tengok dia ..
dia comel + cantik ++++ dan tak tau . tapi aku tak dek la kenal mane pun cume suka tengok muka dia
aku selalu bukak blog dia, haha untuk dengar lagu dalam blog nya . kalau ade yang diupdate aku bace laa
semoga dia tak kan sombong dengan diri nya sendiri
dan aku doakan dia bahagiakan dan happy selalu jugak 
aku tak kenal pun dia, so tak nak mention kan name di sini 

okay awak cantik + comel laaa.. insyaAllah awak akan dapat kebahagiaan  awak walaupun bukan sekarang
jika sudah terciptanya kebahagiaan untuk awak , pasti akan ada .
happy happy selalu nya & senyum sokmo supaya lagi2 comel ...heeee =)