pandang kiri dan kanan & salam ramadhan :)


Assalamualaikum :)

bermula semula perjuangan aku di S.I Perak yg tidak berapa ku sayangi ni .! ha kenapa ? sebab dia tidak berapa menyeronokan dan bosan meluat dan semua ada *** apakah ? haha itu hanya gurauan semata mata dan aku sayang S.I sebenarnya tapi orang orang di dalam nya sahaja especially untuk yg menghargai kehadiranku .haha sape la yang pernah perasan kan .^^ okay lets we talk .=)

apa yang aku ingin sampaikan hanya la satu nasihat, peringatan untuk semua yang hidup dan belum meninggal dunia lagi.... boleh ?? aku cuma nak sampaikan yang kita hidup ni bukan dok nak mengata member member or sapa2 jela dianggap sebagai 'MEMBER' atau 'MUSUH' kn ..

bila melawak tak pandang kiri kanan, tak pikir perasaan hati orang, tak pikir akibat yang akan melanda nanti. ohh aku pun pernah la mangata sapa sapa yang tak berminat dalam hati jiwaku ini kan .tak boleh dinafikan, tiada siapa walaupun sedaya upaya cuba ,if ada tak pelaaa pada sapa2 tu . 

kadang kadang melawak tu best tapi kadang kadang jugak sampai boleh terguris hatiku yang sudah lara ni . ?? orang niat nak melawak, tapi dalam sedar tak sedar kita memang tak sedar la da menyakiti satu dua orang perasaan ni. 

bila bercakap mesti mau pikir dulu, sebelum nak lukakan hati orang yang konon nak orang tu happy tapi tidak mesti pikir dulu. nak berlawak tengok orang tu dulu la jenis mcmne . kadang kadang seseorang boleh cepat tersentuh dengan lawak yg tak berapa lawak tu atau memang sangat sangat lawak !

memang hidup nak ada kebahagiaan , lawak lawak tapi mesti ada bantasan nya . kalau muka kita tak berapa sempurna, jangan nak samakan muka orang seperti mana muka orang lain yang memang kita tak suka tu. mungkin hal sebegini rasa remah temeh kan tapi hakikatnya memberi sejuta akibat . kalau kita dalam keadaan 'mood gila', kita berlawak mcm mane pun memang tak jadi kalau da tiada mood !

ingat lah bia lawak bertempat, bia ala kadar, jangan terlalu 'OVER' jangan binasakan diri sendiri. nanti diri sendiri yang padah . ingatlah , jangan hanya nak ikutkan perasaan diri sendiri sampai rasa orang yang tersentuh ni pun bersalah. 

masa untuk tidak mengupdate update dah. haha iye laa kan . salam ramadhan dan selamat berpuasa :)

mohon maaf untuk semua yang dikenali atau pun tidak. ingin memohon keberkatan pada bulan mulia yang bakal tiba . kepada yang tak pernah baca pun blog DIYANA ALI yang terlalu boring ni, saya mohon maaf ye dan kepada yang pernah membenci aku dan dan still membenci aku . i'm sorry ***

bingung


Assalamualaikum,

aku bingung,
aku mohon petunjuk mu Ya Allah,
ke mana hilang kekuatan aku,
ketabahan hati aku,
aku tak nak jadi manusia lemah,
dan aku tak akan

aku tak ego,
tapi aku tak rela,
apa keputusan aku,
kawan-kawan selalu kata ' mereka sentiasa ada untuk aku, tempat aku luah '
tapi aku
adakah aku tak sedar kehadiran mereka di sisi aku
kehadiranMU di sisi ku
adakah aku manusia yang tak bersyukur,

aku mohon jangan sakiti hatiku lagi,
kerna aku tak rela disakiti,
aku ingin satu kebahagian
yang tertulis untukku
aku terima Ya Allah jika ini takdir ku

besar sangat ke salahku,
jahat sangat ke aku,
tak berhati perut ke aku,
aku terima kalau itu takdirNYA...

ya hanya satu keputusan perlu aku buat,
demi kehidupan aku,
tapi apakah,
aku tak tahu ??

aku mohon ketenangan
aku perlu cari sendiri ketenangan itu sendiri
dan aku mohon kemaafan........

terima kasih kerana beri aku sebuah keluarga
kawan-kawan dimana sentiasa ada untukku
tak pernah pekak untuk dengar luahan aku
dan yang pernah bebel untuk ku........

'wanita solehah'


Assalamualaikum :)

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.
"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah

handphone


Assalamualaikum :P


bila aku dah layan online

handphone aku tinggalkan, tak kejam ke?

itu lah habit aku kot 

nak buat macam mane dah

dapat madu sepah dibuang ( betul ke tu ? )

malang sape kenal aku 

tapi bertuah sapa yang betul-betul kenal aku :P

dan tak mengkhianati aku

okay diyana ali merepek sudah

okay bye bye bla bla

yang baik itu dari ALLAH, yang buruk itu dari Diyana Ali......


no statement


Assalamualaikum :)

tiada apa apa yang perlu dibicarakan :)


** bayangkan lah **

Assalamualaikum,

ini hanya untuk berkongsi cerita
bersama-sama
kalau anda pikir anda masih islam
bacalah...kalau tidak.

.....Allah saja yang tahu...
Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca
ini....
kalau lebih dua
minit
tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)


Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha
Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... 

Suatu hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang
1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnya dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata dan
membawa mesin
gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup
MATI
kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas
mendengar amaran
lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah
itu
utk
menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih
kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk
Pak
Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka
tutup mukanya
lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak
Iman, saya dah
halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Iman
mulakan sembahyang
Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan
meninggalkan
jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn
cerita di atas.
selain
terhibur anda fikirlahlah...


" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya
20 yg
betul-betul
beriman... "


" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan
ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya
membawa
mesin-gun.. dia tak
kata
pun
nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru
kena ugut
terus
lari
lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang
jumaat
lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma
seminggu sahaja..
tu pun bila time
sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org
kampung.. ada
tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa
yang di tulis
oleh surat khabar daripada apa yang tercatit
dalam
al Quran"


"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
hanya
sementara, akhirat
adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau
girlfriend
berejam-rejam
tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup
masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak
thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua
tempat
tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2
yang
berunsur
agama


Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi
yg
paling lawak
sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni
akan
sampaikan kat
orang
lain... berapa orang yang akan buka l ni
untuk
luangkan masa
membaca? berapa banyak????
wallahuaallam..

___hujan itu rahmat ___


 Assalamualaikum

Orang kata hujan itu rahmat Allah, bak kata rezeki itu melimpah ruah turun. hari ini hujan turun dengan lebatnya, semalam dan juga hari ini hujan tetap terus turun. orang kata hujan yang turun pada malam jumaat itu banyak keistimewaannya, apa maknanya itu ??

Kalau hujan turun pada malam Jumaat , air hujan itu ditadah dalam mangkuk di halaman rumah dan air itu elok untuk dijadikan  
"air penerang hati".



hujan yang turun,
membawa titis-titis rahmat,
mambasahi bumi yang gersang,
kegersangan dengan kurniaannya,
tatkala mereka sabar menanti,
pelangi yang tak muncul lagi....


malangnya hari ini bukan hari jumaat,
akan ku tunggu tiba nya hari jumaat,
iaitu malam yang sangat banyak keistimewaan...

kemana mahu pergi ?

Assalamualaikum


Dendam itu perlu ke ? bagaimana kita nak merelakan segala kejahatannya

bahawa dendam itu sangat perit dan berat untuk dipikul tapi harus bagaimana kita harus merelakannya
aku tahu hanya lari dari segalanya boleh menghilangkan dendam, aku buntu :(
Ya Allah bantu hambamu ini, hanya KAU tempat ku mohon, mengadu segalanya, hanya KAU lah

untuk apa aku memikirkannya lagi jika ia hanya membawa satu dendam dalam diri
yang satu hanya aku perlu ikhlas membuang dendam itu tapi bukan dengan cara LARI
ku ingin lari segalanya tapi ku tahu sendiri ia tidak akan pernah menyelesaikan masalah
tiada manusia yang dapat lari dari segala masalah, kerna itulah takdir yang sudah tertulis

aku ingin lari, itu kata hatiku tapi ke mana, ku ingin semuanya berakhir, cukuplah disini.
namun dari sudut kecil hati aku berbicara jangan kau lari, jangan kau lari
kerna makin jauh kau lari hanya penat kau dapat, hanya lelah yang kau terima
makin jauh kau tuju dia tetap mengejar, makin jauh kau pergi dia tetap mencari, usah kau lari

aku harus bangun, aku perlu sendiri mencari ketenangan yang hakiki, penuhi hati dengan zikir ilahi
dan mungkin apa yang pasti aku harus bangun lagi bukan untuk lari jauh tapi untuk lari mendapatkan
KEREDHAAN ALLAH agar hidup aku lebih bererti dan membawa banyak makna yang tidak terkira

aku mohon ampun padamu YA ALLAH dan aku perlu sedar aku ada ALLAH dimana tempat
aku mengadu dan memohon pertolongan dariNYA, merelakan segala perbuatan itu bukan lah satu yang payah dan ia akan membawa erti yang sangat bermakna, relakan ia.



p/s : ini semata-mata coretan ku di malam hari ini, sekadar tulisan yang tiada ertinya . bahawa yang baik itu datang dari ALLAH dan yang buruk itu dari diri ini sendiri . ___DIYANA ALI___




marah itu sangat sakit

 Assalamualaikum,


Kadang-kadang kita cuba lawan marah, tapi ada juga kebanyakan orang yang dah cuba lawan marah dan akhirnya terlepas juga. Maka ketika itu kita kene berhati-hati supaya kita tidak menggunakan perkara tersebut untuk perkara yang tercela.  Sesungguhnya cara nak lawan marah selepas ditahan tapi terlepas juga ialah dengan ILMU DAN AMAL.

Apabila kita sampai tahap ini, kita cuba
  • Berfikir apakah kelebihan orang yang lawan marah (sabar), memaafkan, kita gemar pada pahalanya, dan manfaatnya kita akan memperolehi ganjaran, kecintaan nak dapatkan pahala itu dan ianya dapat melawan kita dari  marah dan kemarahan kita pun akan reda.
  • Takut dengan azab Allah, kalau Allah marah kita apa kita nak buat..kita buat salah Allah tak marah kita malah Allah bagi ruang untuk kita bertaubat. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
  • Takutkan diri kita akan akibat permusuhan@balas dendam, fikir semula, kalau kita balas balik pasti akan ada balas balik lagi dan permusuhan ini tidak akan selesai.
  • Tengok muka orang yang nak marah, betapa buruknya ketika marah, jadi kita fikir, kalau kita marah muka kita pun sama macam tu..dan kita fikir buruknya marah tu seperti anjing,  dan orang yang sabar seperti nabi-nabi, ulama'...(kita fikirlah kita nak wajah seperti siapa???)
  • Fikir apakah punca kita nak balas dendam? x boleh sabar ke? sbg cth kpd punca nak balas dendam adalah perkataan syaitan.

    kita mestilah tahan diri kita dari marah, mesti sabar kerana Allah, dan dengan lisan sebut a'uzubillahiminassyaitonirrajim... kalau orang nak marah dia berdiri, kita suruh dia duduk, orang nak marah dia duduk suruh baring, dan sunat orang yang nak marah ambil wuduk, kerana marah itu dari api dan akan padam dengan air..

    pengorbanan


    Assalamualaikum

    hidup kita memerlukan pergorbanan yang sangat besar walaupun ia amat memeritkan

    tapi itulah hakikatnya yang kita harus tempuh dan menerima seikhlas hati

    siapa yang tak pernah merasai nya dan Allah itu tahu ape yang terbaik untuk hambanya

    Allah selalu menduga hambanya dengan pelbagai cubaan bergantung kemampuan hambanya

    Allah tidak pernah kejam dalam memberi pelbagai dugaan untuk hambanya

    Allah maha besar dan maha mengetahui segalanya

    kita haruslah redha dengan sebaiknya walaupun hati tidak pernah rela menerima

    berkorbanlah, mungkin kita akan dapat sebaik-baiknya akan datang daripada yang kita miliki sekarang

    bahawasanya Allah itu sangat adil kepada hambanya

    berkorbanlah kita untuk keluarga, mahupun kawan-kawan dan saudara islam kita.



    only God knows what the best for us :)
    He always by the side for us

    He who has nothing, has Allah
    He who has Allah, has everything

    God will never leave you empty
    keep smiling :)

    no matter how you feel, get up, dress up and show up :P


    nothing to say ??



     
    but GOD know what for us as a muslim

    Tak perlu mencari secantik BALQIS andai diri tak sehebat SULAIMAN


    Assalamualaikum,

    Sebuah karya yg sesuai utk semua
    Bagi yg bujang, boleh ambil iktibar
    Bagi yg belum dan bakal berkeluarga, boleh belajar
    Bagi yg berkeluarga, perlu mengajar
    KALAU BERCINTA…..
    Untuk suami, renungkanlah pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
    Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
    Tidaklah setaqwa Aisyah
    Pun tidak setabah Fatimah
    Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah…
    Pernikahan mengajar kewajipan bersama
    Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
    Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
    Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
    Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
    Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
    Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
    Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
    Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
    Pernikahan mengajar kita perlunya iman dan taqwa
    Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH SWT,
    kerana memiliki isteri yg tak sehebat mana
    Justeru kamu akan tersentak dari alpa
    Kamu bukanlah Rasulullah SAW
    Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah!
    Kamu cuma suami akhir zaman yg berusaha menjadi soleh..amin
    Untuk isteri pula, renungkanlah…
    Pernikahan membuka tabir rahsia
    Suami yg menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad SAW
    Tidaklah setaqwa Ibrahim
    Pun tidak setabah Ayyub
    Ataupun segagah Musa
    Apalagi setampan Yusuf
    Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
    yg punya cita-cita membangun keturunan yg soleh
    Pernikahan mengajar kewajipan bersama
    Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
    Suami adalah nakhoda kapal, kamu pengemudinya
    Suami bagaikan pelakon yg nakal, kamu adalah penonton kenakalannya

    Saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgahsananya
    Seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
    Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya
    Pernikahan mengajar kita perlunya iman dan taqwa
    Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH SWT
    Kerana memiliki suami yg tak segagah mana

    Kamu akan tersentak dari alpa
    Kamu bukanlah Khadijah yg begitu sempurna di dalam menjaga
    Pun bukanlah Hajar yg begitu setia dalam sengsara
    Cuma wanita akhir zaman yg berusaha menjadi solehah..amin

    Justeru itu, wahai para suami dan isteri
    jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
    Suami & isteri ingatlah:
    Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah,
    andai diri tidak semulia Rasulullah SAW
    Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis,
    andai diri tidak sehebat Sulaiman
    Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf,
    seandainya kasih tak setulus Zulaikha
    Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim,
    andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah…

    huyoOoo **


     Assalamualaikum

    baru menyinggah ke blog CIK EPAL tadi kan, sapa tu ? mesti lah kebanyakan nya kenal, sapa tak kenal, ketinggalan la korang..heee :P 


    baca baca, waaa ade pengganti baru untuk anuar hadi & mat luthfi yang lawak tu. dorang lawak laa ble tgk dan comel :))) 

     
     sorry hanya di internet .haha :D


     sama jugaaa .:)

    siapakah? oohh shahrin .. ape lagi terus la tgk vlog dia tu


     .....shahrincool.....

    lawak dan okay dan seronok di tgk tapi tak dapat lawan dgn anuar hadi dan mat luthfi kot

    dorang lagi nampak selamber, haha pandai nak kritik orang . tapi shahrin still cool dan sempoi lah !

    okay lets enjoy ur shahrincool .hee :P

    = cerita tentang ABI =


    Assalamualaikum =)

    selamat sudah saya sampai rumah dari kampung di kg.awah hari ini, alhamdulillah:P

    tengahari ahad sebelum balik ke lipis, singgah di temerloh dulu. masuk THE STORE nak beli seluar track adik, konon nya nak bercampaign & kami sekeluarga makan pizza hut :) hehe
    saya belanja < nak juga mention >

    then singgah pula jerantut beli makanan adiq sama lampu suluh ( haha ) macam la temerloh tak de !
    dah malas nak masuk bandar lipis !


    okay tibe2 tunggu kakaq , terserempak abi saya ( cikgu saya dulu la ) malu nak tegur.cakap kat mak, then saya pun tegur laaa..

    waaaa dengan bangga nya, sudah 3 tahun kot abi ingat nama ku lagi 

    '
    '
    '
    '

    ni la dia abi kami di sekolah dulu, dia ni penolong kanan kot dulu
    ntah da tak ingat jugak laa, dia juga la selaku ketua warden kami dan abi kami di asrama dulu

    bagaimana nak cantik ++


    Assalamualaikum

    salam sejahtera untuk semua yang berkenaan.hari ini mahu mengenakan entri bagaimana nak cantik. semua manusia di dunia mahu cantik kan,sapa yang tak mahu cantik tu tak tahu nak kata laa. terutama pada wanita atau remaja-remaja sekarang yang sering nak cantik, macam-macam produk dah kita kenakan tapi kebanyakan nya selalu tak bersesuaian dengan kulit muka. di sini ada la seberapa tip yang tak tahu mujarab atau tak .kadang2 saya amalkan, kadang2 tak pun .saya pun mahu cantik juga..  hehe :)

    1. pemakanan yang baik dan sihat / tidak terlalu ikut nafsu makan yang banyak.
    2. tidak baring atau minum air selepas makan .amalkan 5 minit selepas untuk minum kerana ia memberi kesan pada bentuk badan dan telah menghilangkan penampilan diri yang cantik.
    3. amalkan minum air sedikit selepas bangun pagi untuk awet muda
    4. Anda ingin tampil natural? rahsianya adalah menggunakan foundation ringan,kemudian sapukan blush on jenis krim. setelah itu, gunakan mascara dan sudah memadai juga dengan hanya menambahkan lip gloss pada bibir.
    5. cuci muka dam gosok gigi sebelum tidur malam dan amalkan tidur awal dan tidak terlalu lewat. ia akan memberi kesegaran dan tidak memberi kesan untuk anda bangun pagi . ia membantu perjalanan pagi anda serta raut wajah muka kita. 
    6. mata kelihatan sembap dan berkantung? beristirehat,mengurangkan pengambilan kafein dan tidur diatas bantal yang lebih tinggi boleh mngurangkan kesan kantung dibawah mata.selain itu,uncang teh dan potongan timun masih menjadi bahan semulajadi yang efektif.
    7. tidak mengamalkan tidur di atas simen atau di lantai dan mengambil tidur yang cukup . 
    8. Waktu yang tepat untuk menyolek kembali dan memperbaiki wajah selepas 8 jam.kerap menambahkan solekan akan menjadikan solekan atau waran tidak rata .namun untuk lipstick,anda wajar menggunakannya dengan kerap,khususnya selepas makan.
    9. pengambilan buah-buahan yang fresh boleh membantu kulit yang licin dan cantik seperti buah yang masam iaitu epal atau tomato.amalkan 3 atau 4 kali seminggu . 
    10. mahukan eye shadow yang kekal lama, basahkan alat atau penyapu eye shadow dengan sedikit air untuk memastikan cantik dan tahan lama di atas mata.
    serba sedikit tip yang boleh kita amalkan untuk tampak cantik di mana jua. selamat mencuba untuk yang mahu cantik.

    = kecantikan manusia =

     Assalamualaikum
    Kecantikan sejati datangnya dari hati yang bersih.
    Hati yang bersih datangnya dari iman yang luhur.
    Hati yang bersih tidak mudah dikotori dengan zarah-zarah kotor yang datangnya daripada sumber yang kotor. Hati yang bersih adalah hati yang datangnya dari insan yang mempercayai qada’ dan qadar ALLAH, tidak menyampai-nyampaikan perkara yang buruk, tidak menyebarkan fitnah, tidak suka melaga-lagakan sesama manusia, meninggalkan debat walaupun ia benar, nampak kesalahan diri, mudah meminta maaf, suka melakukan kebaikan, suka bersedekah, sentiasa berusaha dan bersangka baik dengan ALLAH. 

    Bersangka baik dengan ALLAH yakni mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa segala apa jua yang berlaku ada hikmah yang besar di sebaliknya. Setiap kali menghadapi apa jua dugaan, ianya hanya sekadar untuk menguji sejauh mana cinta dan keimanan kita kepadaNya. Sesiapa jua yang berjaya menghadapi setiap dugaan dengan tabah, ikhlas dan redha, dialah yang paling CANTIK dan INDAH di pandangan ALLAH.

    Seorang wanita itu cantik jika dia mentaati PenciptaNYA, baik kata-katanya dan mentaati suaminya.


    = mencari sesuatu yang terselit =


    Assalamualaikum

    saya lari bukan kerna saya takut
    saya pergi bukan kerna saya kecewa 
    saya diam bukan kerna saya malu
    kerna itulah yang lebih baik berlaku
    saya menangis bukan kerna saya lemah
    tapi itulah yang terbaik selepas ini
    saya diam bukan kerna mahu menyendiri
    tapi mencari sesuatu yang tak pasti
    saya lari bukan kerna saya pengecut
    saya pergi bukan kerna saya yang lemah
    saya tak lawan tak bermakna saya kalah
    kerna itulah yang baik berlaku
    demi menjaga hati dan perasaan masing masing
    dan maruah sesama insan kita sebagai umat islam
    saya tak akan pernah mengaku kalah kerna 
    itulah bukan lah saya dan itu hanya orang yang lemah
    saya mengalah bukan kerna saya merelakan
    tapi itulah takdir yang telah tertulis dalam buku
    saya degil bukan kerna saya ego tapi
    saya mempertahankan hak saya yang sudah menjadi hak 
     orang yang mengaku kalah dalam semua hal
    tak akan disanjungi, jangan lah kita sesekali mengalah
    kerna ia tidak pernah memberi kebahagiaan 
    kecuali dalam hal yang munasabah
    semoga bahagia selalu 
    bye bye sekian


    mencari ketenangan :))


    Assalamualaikum

    Pada tanggal 13 julai ini sempena hari lahir ku yang ke-19 .ohh ho baru 19 tapi orang cakap aku dah tua.. muda lagi tu ooo.. okay firstly, i want to wish thanks to u all for wishing my birthday . i'm happy , wahh hari ni aku nak cari ketenangan , nak buang segala yang keruh ambil yang jernih kan .dah mula lanjut usia , ada la azam baru .makin meningkat usia ,makin mantang perangai aku ..wahhhh mantang ke aku . ntah la tu boleh tanya pendapat kawan kawan atau member member aku .haha .tapi still sama je kot dari dulu sampai sekarang .aku yang dulu tu la aku yang sekarang .aku adalah aku dan jadi diri aku .tak perlu hipokrit .

    kata nak jadi mantang dan ada azam baru tapi hari ini untuk kali terakhir kot aku jadi budak nakal .haha .malam ni sepatutnya ada kelas BEL311 tapi aku ponteng .waaa !! seronoknya . kawan2 jangan cari kemana birthday girl ni hilang ye .hee :)) mahu cari ketenangan dan perlu bersendirian memikirkan apa patut aku lakukan selepas ni . lupakan yang lama, biarkan yang lama tak perlu diulang lagi .kalau ke kelas malam ni, memang confirm2 la kene speaking test ..ooo hooo malas la hari ni nak buat semua tu ..

    okay apa aku dapat hari ini .dapat kawan2 yang baik, baik ke .ntah laa .dan aku telah meminta cadbury yang sangat menjadi favourite ku dari dulu dari kawan kami atikah . terima kasih kawan bagi aku cadbury tadi .alah cadbury je kan .tak dek something special pon dari someone special .waaaa perlu mengharap begitu .semua tu bukan tujuan yang utama kenapa aku lahir di dunia nyata ni .. okay cadbury tu akan aku melantak sorang2 .haha jahat sungguh.

    oohhooo nak cerita pasal semalam pasal kawan rapat aku ni tapi rasa tak penting je dan malu laa.. k biarkan jela,yang penting aku happy ape yang berlaku semalam kerana dapat mainkan kan kau .haaa semalam tak sengaja je nak bergurau , disebabkan kau da percaya aku pun teruskan la permainan itu .okeh abis .!!

    apa azam aku lepas ni ..mesti la nak berjaya .sapa tak nak success macam yang lain dah berjaya ..nak jadi macam abang dan kakak aku yang dah kerja ,tunggu nak kawen je .dan aku dapat anak buah . haha. berubah menjadi yang lebih baik dan sentiasa memikirkan kedepan. aku da tak nak meniru , berusaha selagi mampu dengan usaha yang datang dari diri sendiri .(poyo ) haha .insyaAllah . tak tau ape yang dirancang ni boleh berhasil atau tak .kadang2 tak sedar pun masih buat benda lama . but i will try my best :)))

    thank you too AQILAH AKMAL (pergi la ke cini :) ye sebab memberi sesuatu yang sangat tersentuh .sgt appreciate .i love you more and more n ever .:)) saya ponteng jugak kelas malam ni .hehe

    nothing to do -.-


     Assalamualaikum

    kita hidup di dunia sebagai manusia, hamba kepada Allah, anak-anak kepada kedua ibu bapa, diberi amanah untuk belajar dan berjaya, sebagai kawan-kawan yang setia dan bertanggungjawab antara kita . kalau tak de tanggungjawab, boleh bahagia ke, boleh senang ke hidup ni. kita diberi tanggungjawab oleh cikgu atau pensyarah untuk ape, untuk menyiapkan segala tugasnya . 

    mereka membantu kita dalam segala ujian, rintangan yang kita tempuh selama kita hidup ni. kita haruslah menyelesaikan tanggungjawab pensyarah itu bersama bukan hanya melepaskan tangan pada seorang . kita hidup di dunia dengan pelajari berbagai benda, untuk berjaya, untuk merealisasikan segala impian keluarga. anda haruslah ada tanggungjawab itu . 


    kalau nak disukai atau dicintai oleh rakan-rakan, pensyarah, ada rasa tanggungjawab sesama kita itu penting, jangan hanya memikirkan keseronokan diri sendiri dengan melepaskan di bahu kawan .

    kenapa dan mengapa kita tiada tanggungjawab :
    1. tak puas lagi dengan kehidupan yang sedia ada
    2. sebab dah fikir diri tu hebat sangat atau sibuk sangat dengan hal lain sehingga mengabaikan yang lebih penting
    3. ada yang lebih penting dari tanggungjawab diri sendiri . kalau rasa macam tu, pikir dulu diri sendiri tapi bukan penting kan diri sendiri
    4. nak hidup senang dan lepas tanggungjawab.
    5. malu bertanya sesat jalan
    6. tak pernah pikir semua perasaan tu walau pun penah alaminya
    7. rasa ada orang yang akan menyelesaikan tanggungjawabnya
    8. banyak sangat alasan
    9. letih
    10. done
    Kita meyakini bahwa kita keturunan Adam dan Hawa. Kita makhluk mulia. Kita bukan keturunan binatang. Kita mesti jaga kedudukan istimewa ini. Allah mengingatkan kita bahwa status manusia akan direndahkan oleh Allah dan kita akan ditempatkan di kerak neraka kelak kecuali jika pada kita ada dua sifat iaitu iman dan amal soleh.

    ini lah saya


    Assalamualaikum

    ini lah yang saya suka
    • saya suka makan chocolate cadbury
    • tapi saya tak suka makan makanan manis la
    • boleh rasa meloya dan nak muntah (weird )
    • saya suka makan udang, tak kesah masak pape pun
    • sampaikan abah beli udang hari tu kat rompin
    • tapi da habis, tak sempat untuk saya
    • sedih gila dengar, sampai hati abah
    • lebih suka berseorangan jika ada masalah
    • dan tak minat untuk bercerita masalah
    • sayang mak dan abah , akaq akaq, abang dan adiq

    ini perkara saya tak suka
    • jangan sesekali tipu saya, berterus terang lebih baik
    • saya tak suka dipaksa, kerna saya akan buat sesuatu dengan rela hati
    • tak suka tempat yang terlalu bising
    • jangan ganggu bila saya tak nak diganggu
    • seorang yang pemalu (hahahaha)
    • suka sangat berbelanja sampai tak de duit
    • tak boleh tengok orang susah, mesti nak jadi murah hati
    • bila gaduh dgn adik beradik
    • bila tengok mak marah dan tak dek mood
    • saya tak suka puding laaaa dan carrot susu.
    banyak sangat ke, banyak songeh gila .tak yah hidup la gini .okay da habis .bye bye..

    cerita tentang strawberry


    Assalamualaikum

    i'm Diyana Ali berasal dari kuala lipis, Pahang  ..haha .walaupun asal dr pahang tapi jakon macam tak penah p cameron highland kn .okay hari tu ade la p ngan member tapi tak sempat nak beli strawberry banyak2 .semalam ade orang bagi strawberry, walaupun dapat 1 bekas je .tak kesah la, asal dapat makan dan boleh lah kongsi sikit2 sama member. lama tak dapat makan strwberry, jakon yang amat


    gambar download dari internet je .haha .tak sempat nak snap gmbar. syok sgt sampai tak igt da . haha poyo diyana ali :))

    thanks kawan sebab tanya aku nak ape, aku nak strawberry lah !! aku ngat kau da tak beli, tibe2 dapat call dari kau suruh turun bawah .nak ambik strawberry . ok that's all my strawberry . mood : boleh la happy ..

    sahabat, kawan @ cinta



     Assalamualaikum

    sahabat , kawan , teman , atau cinta , tidak mempunyai maksud yang sama , 

    SAHABAT boleh dipannggil dengan SAHABAT SEJATI .  SAHABAT  bermaksud seseorang manusia yang boleh kita percaye , dan die lah peneman saat kite duka , tawa , dengan keberadaan SAHABAT  kita boleh kongsi saat duka , saat ketawa , saat kita menangis , SAHABAT juga adalah seorang SAHABAT  yang boleh kita percaya . SAHABAT juga boleh membuat kita merasa selese ketila bersama denga si dia , SAHABATlah yang selalu menemani kita , SAHABATlah yang menjadi teman untuk menasihati kite , SAHABATlah yang menjadi teman unuk tiap-tiap ari yang kita lalui . bak kata pepatah "KAWAN BIAR BERIBU TEMAN BIARLAH SATU" setiap manusia semestinya mempunyai seorang SAHABAT yang SEJATI kerana dengan SAHABAT SEJATI yang kita ada dialah yang akan menjadi peneman tiap2 ari kita .

    kawan bermaksud seseorang yang belum tentu betol2 setiakawan , kebanyakkan kawan sentiase ada saat kita suka , tapi hilang saat kita duka , begitulah lumrah bagi seorang kawan , tetapi kita kadang-kadang tak sedar kwan juga boleh menjadi musuh kita secare diam-diam , tapi ingat yang kawan juga penting dalam kehidupan kita .

    cinta adalah satu perhubungan yang tidak bisa dimenyertikan kerana ia begitu rumit untuk difahami , cinta kadang2  adalah racun yang paling berbisa dalam hidup kita , bila bercinta kita kan lupe semuanya termasuk SAHABAT dan KAWAN  kerane terlalu cinta kan orang yang mereka sayang . tanpa mengetahui apa sebenar niat dia berkata dia mencintai kita . orang yang benar2 boleh dipanggik cinta adala orang yang berniat untuk membantu kita dalam pelbagai segi menunjuk kan kita ke jalan yang benar.



    suka suka

    Assalamualaikum .

    hey datang balik saya, sekejap je .hehehe
    kadang2 bila kita tengah tension @ sedih
    kene buat lawak jugak, walaupon
    lawak yang tiada makna langsung
    lawak yang tak dapat buat kita gelak pun
    hanya untuk memastikan manusia sekeliling
    tak akan perasan dan rasa kita sentiasa happy .
    my prinsip : life for happy, happy for life
    nora elena ------- hahahaha
    bye bye sekian .

    KERJA


    start with 
    Assalamualaikum, 

    yana : kerja banyak kan , berlambak.
    hati : dah tu bila mau start  kerja, tengok dok melepak on9, blog , movie . hg bile la mau berubah.
    yana : aihh tak tau la , gini la manusia yang nak masuk degree, buat fastrack
    hati : hg tau, hang TAK LAYAK la . kalau gini perangai .
    yana : hati cakap malas je nak buat , tak dek mood la. nak mula pun tak tahu mane satu
    hati : hg tok sah tuduh aku la . panas panas
    yana : ok sorry la , sok aku berubah .hahaha :))
    hati : tak payah la sok , now ok .stop FACEBOOK, BLOGING , ANYTHING LAA
    yana : okay la .nak continue makan , then buat kerja. bye bye.
    hati : cepat !!!!


    saja mnyibuk gambar ni , tak tahu happy ke tidak waktu ni .
    ok love you .bye bye Asslamualaikum, sekian

    kurniaan


    Allah berfirman :
    "Ketika Aku menciptakan
    seorang wanita, ia diharuskan untuk
    menjadi seorang yang istimewa. Aku
    membuat bahunya cukup kuat untuk
    menopang dunia; namun, harus cukup
    lembut untuk memberikan kenyamanan "

    "Aku memberikannya
    kekuatan dari dalam untuk mampu
    melahirkan anak dan menerima penolakan
    yang seringkali datang dari anak-anaknya "

    "Aku memberinya
    kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
    ketika orang-orang lain menyerah, dan
    mengasuh keluarganya dengan penderitaan
    dan kelelahan tanpa mengeluh "

    "Aku memberinya kepekaan
    untuk mencintai anak-anaknya dalam
    setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
    bersikap sangat menyakiti hatinya "

    "Aku memberinya kekuatan
    untuk mendukung suaminya dalam
    kegagalannya dan melengkapi dengan
    tulang rusuk suaminya untuk melindungi
    hatinya "

    "Aku memberinya
    kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
    seorang suami yang baik takkan pernah
    menyakiti isterinya, tetapi kadang
    menguji kekuatannya dan ketetapan
    hatinya untuk berada disisi suaminya
    tanpa ragu"

    "Dan akhirnya, Aku
    memberinya air mata untuk dititiskan dan
    ini adalah khusus miliknya untuk
    digunakan bilapun ia perlukan." 

    "Kau tahu kecantikan
    seorang wanita bukanlah dari pakaian
    yang dikenakannya, susuk yang ia
    tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
    rambutnya."
     
    "Kecantikan seorang
    wanita harus dilihat dari matanya,
    kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
    dimana cinta itu ada.....

    APE ape JELAH

    blog ni saya tulis bukan untuk sapa2 bace tapi untuk saya je yang nak baca tp kalau ade orang baca terpulang, tak berdosa pulak . ok da melulu terus.

    Assalamualaikum dan Salam sejahtera

    bila terpikir, saya da tak boleh tulis blog ke , saya je yang nak baca balik ape saya tulis ni . bukan mengata sapa2, saja nak mengeluarkan segala keserabutan yang datang dari kelas masuk dalam blog ni. bila dah hilang semua , baru la tak serabut da nak belajar balik .bile pikir macam2 kerenah dan masalah dalam kelas tu, bila pikir rindu kat mak dan abah ,tulis pasal dorang tapi tak de la straight to the point, maybe tu kot salah satu silap sampai ada orang tersalah erti . apa saya nak huraikan dalam blog ni pun pasal classmate or anyone yang wujud dan saya kenal dan saya sayang.

    kadang2 tulis untuk diri sendiri dan tak dek kene mengena dengan yang masih hidup atau yang mati..kadang2  bile da berblog mungkin macam2 terlepas tulis, dan tersedar kita da salah tulis tapi bukan saya seorang je buat menda tu .semua orang penah buat kesilapan kan .semua orang penah meluahkan perasaan kat mana2, sapa tahan pendam walaupun saya jenis memendam sesuatu dan saya akan cerita pada mak saya seorang je. dia la penyelamat saya dan inspirasi untuk saya hidup . tak tahu la kalau da silap cakap lagi .mohon maaf  YA ALLAH .

    saya dah jaga mulut saya, tak de mencarut pun .dan kita manusia sama2 la jaga mulut ok .yang penting saya tak mengata orang yang tak de kene mengene dalam hidup saya.bukan saya perasan saya bagus, tak langsung .iye saya hanya budak UITM .kot orang kata budak UITM tak de adab ke, tak de budi bahasa ke .oohh tu maybe saya je kan yang tak pandai berbudi bahasa .sorry pada pelajar UITM lain, korang pandai2 dan matang dan baik budi bahasa .ni bukan sinis, takut nampak ayat macam sinis. sorry.

    kalau nak cakap kita tak penah mengumpat orang, itu tipu la kan .walaupon satu perkataan mesti ada kita pernah cakap pasal orang tu .. tak puas hati dengan orang tu memang normal la tapi ada batasan nya . iye saya ada tak puas hati dgn orang tapi saya tahu batasnya .saya bagitahu mak saya , hanya mak je tahu ,salah ke nak bagitahu mak, rasa tak kot .tak kesah la kalau orang pikir bile mengadu kat mak nampak macam kebudak-budakan dan manja  .saya tak kesah lgsung dipamerkan bgitu . sebab dia mak saya kan.bila dah luah kan mak, rasa tenang dan tak pikir lsung dah pasal orang tu. tak puas hati ngn classmate lagi la ada tapi saya akan terus terang la , kalau tidak macam ni la dah tak puas hati dan gaduh.

    sekian DIYANA ALI .mohon maaf kepada yang membaca walaupon tak de yang membaca sebab tak suruh orang bace pon benda yang tak faedah ni dan talah mengarut ngarut di sini .


    dah mula baik


    Assalamualaikum
    alhamdulillah
    dah mula baik dan
    bertegur walaupon 
    tak nak la baik2 sangat
    takut datang padah
    cukup lah setakat ini
    jangan sampai tak tegur langsung
    member pun suh baik
    so baik jela & mengalah