Marilah kita Membayar Hutang



Assalamualaikum


Hari ini saja nak cerita pasal orang yang suka berhutang. Hutang pada sesiapa pun tak kira la kan, asal nya hutang tak kira seringgit dua pon, tetap hutang , wajib bayar. Hutang pada kawan, pada ibu bapa, pada jiran tetangga, pada bank, pada MARA, pada PTPTN dan lain-lain, KALAU tak bayar, bersedialah untuk membayarnya di akhirat. saya pon hutang dengan PTPTN ni ^^



Nak bayar dengan apa ya di akhirat ? Bukannya ada duit, ada emas boleh bawa dari dunia ini di akhirat ? Kad kredit lagi lah tak laku kat sana.Kepada yang berhutang, di dunia boleh lepas. Di akhirat nanti , 1 sen pun akan dikira. 


Kepada sesiapa yang ada berhutang dengan saya, tolonglah tuntut sementara saya masih hidup ini. Kalau saya dah mati tolonglah tuntut pada waris saya. Kekadang kita terlupa kita ada berhutang , seringgit dua.


Kepada usahawan , professional yang berjaya tapi liat nak bayar hutang MARA, hutang PTPTN dan sebagainya tak apa, kita tunggulah di akhirat nanti. insyaAllah saya boleh membayarnaya


berhutang itu sunat tapi membayarnya semula WAJIB ta kisah berapa pun jumlahnya.



Firman Allah S.W.T bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya” (Surah al-Baqarah ayat 282).
Dalam ayat sama Allah melanjutkan Firman-Nya bermaksud:
“Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan benar, dan janganlah penulis enggan menulisnya sebagaimana yang telah diajarkan oleh Allah, maka hendaklah ia menulis dan orang yang berhutang itu mengimlakkan (menyebutkan) mengenai apa yang ditulis itu dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah dan jangan ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya.
Jika berhutang itu orang lemah akalnya atau lemah keadaan dirinya atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka hendaklah walinya (penjaga) mengimlakkan butiran hutang itu dengan jujur. Persaksikanlah (urusan penulisan hutang itu) dengan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu, jika tidak ada dua orang lelaki, maka boleh dengan seorang saksi lelaki dan dua orang perempuan sebagai saksi yang kamu redhai supaya jika salah seorang lupa (butiran hutang piutang), maka seorang lagi boleh mengingatkannya”.




1 comment:

Mrs.A~ said...

nanti ada duit dia bayar duit awak tu