Duit menentukan kebahagiaan ke TAK


Assalamualaikum


Hai semua,


kalau cerita pasal duit, ramai yang kejar duit . boleh cakap 'Money Is Everything' sapa yang tak nak duit tu, sapa yang tak nak kaya, hidup senang tapi duit tu tak semestinya menentukan kebahagian kita even memang kita memerlukan duit untuk hidup dan juga menjamin hidup kita susah , senang , gembira atau sedih atau apa lagi la


Aku pernah debatkan pasal duit dengan kawan-kawan, boleh dikatakan banyak kali juga tapi memang jelas bukan 50/50 yang menyokong tapi dah jadi 80% mengatakan 'Money Is Everything'.. okay, ini hanya contoh aku paparkan. dunia zaman sekarang susah la kita nak jumpa orang kata duit tu ta penting, sanggup ta de duit asalkan kebahagian tercapai. memang ada tapi bukan keseluruhan kan even aku pun tak de lah menyokong 100% pasal ni .. ( aku dah mengarut hari ini )


tapi duit ni juga boleh menjatuhkan orang , tak kisah la orang kaya ke miskin atau apa kan . kadang-kadang orang suka dekat dengan someone SEBAB orang tu kaya, berjaya, hidup senang , nampak bawa kereta besar, pakai baju lawa, brands tapi bila orang tu tiba-tiba jatuh,ditinggalkan .fair ka ?



jangan kita suka ambil kesempatan atas kelebihan seseorang .tiada manfaat pun kita dapat dari tu. kalau kita ikhlas betul dengan seseorang, ikhlas sebaik mungkin. sama juga pada siapa-siapa yang ada kawan atau kekasih yang banyak duit ( ayat mudah ), jangan ambil kesempatan,hargailah mereka kerana suatu hari kita akan dihargai oleh sesiapapun .even dalam perniagaan kan



*minta maaf apa yang aku cakap jika salah 
*minta maaf atas penggunaan AKU 
*duit ada memang bahagia tapi asalkan pandai manfaatkannya 


Diyana Ali



No comments: