takut kerana salah, berani kerana benar #


Assalamualaikum

takut kerana melakukan sesuatu yang sudah salah
tetapi menafikannya, mengidakkannya
melarikan diri nun jauh disana
kerana tidak berani berdepan dengan kesalahan sendiri


takut kerana salah, tetapi tidak berani berdepan
kerana meletakkan ego yang terlalu tinggi dalam diri
sehingga menimbulkan pelbagai masalah
sedarlah, kita jangan angkuh dan terlalu ego
berani berdepan, selesai kan masalah masing-masing 
kalau akan membawa binasa pada semua orang


kalau yakin bahawa kita adalah di pihak yang benar
bangun, bangkit menegakkan yang selama ini 
dipandang salah oleh sekeliling
kalau anda benar, berani lah menghadapi situasi ini
tidak perlu lari, akan membawa pandangan buruk sekarang atau kelak

jangan sangka diri selalunya di pihak yang benar
belajar untuk menerima kesalahan masing-masing
manusia tiada yang sempurna
kadang-kadang melakukan kesalahan tanpa sedari
jadi terimalah jika kita dipihak yang salah


cuba bawa berbincang, bukan lari dan terus untuk bermasam muka
berbincang segala ketidak kepuasan masing-masing
jangan semata-mata ego anda yang tinggi
masing-masing merasakan AKU adalah yang benar !
AKU tidak pernah melakukan apa-apa !


kalau perhubungan berakhir dengan persengketaan
apakah akhirnya terjadi
kita hidup bukan lah dalam kumpulan yang kecil
saling bermaafan antara kita, jangan simpan segala yang binasa
buanglah yang keruh, ambil yang jernih


sekian, terima kasih
bye bye




No comments: