jodoh itu ada

Assalamualaikum


insyaAllah, we will be together if you are my mate

kadang dia sering menyembunyikan satu rasa yang sukar untuk meluahkan pada seseorang sehingga menitis air matanya namun kita tidak lihat ... kerana dia hanya menangis dalam senyap, menangis di dalam hatinya, menyembunyikan kesedihannya disebalik senyumannya yang terukir. dia mampu melihat kegembiraan, kebahagiaan seseorang itu di sisinya

sesuatu perasaan yang tidak dapat dipaksa oleh sesiapa mahupun diri sendiri. dia mohon untuk tinggalkan perasaan ini jauh-jauh dari hati kerana ia akan membuatkan hati kita sakit jika terus mengharapkan sesuatu yang tidak pernah pasti. adakah perasaan ini sesuatu yang benar, akan menjadi kenyataan suatu hari nanti dan wajarkah dia mengharapkan kegembiraan yang tidak pasti ini.

disaat kami bersama, bergurau senda, terbina satu kebahagiaan, mengubat kesedihan dia selama ini. dia bahagia walaupun kami hanya ditakdirkan untuk berkawan sahaja, masih bergurau senda, sentiasa disampingnya memberi semangat untuk melawan dugaan hidup yang tidak pernah henti. kerana perasaan ini, akan kah dia sanggup untuk mengadaikan persahabatan yang dia sendiri akan lukai.

mungkin dia hanya perlu untuk berkawan bersamanya, membina, menjaga sebuah perhubungan agar tiada persengketaan, pergaduhan, salah faham kerana itulah ditakdirkan oleh kita

andai dia terlalu baik bersama kita, buanglah segala salah erti dari hati untuk tidak akan disakiti. mungkin dia sayang tapi bukan lah sebagai teman sehidupnya, hanya cukuplah sebagai teman baik dimana ada selalu waktu susah senangnya

andai bukan kita teman sehidupnya, andai orang lain pilihannya, mungkin ada hikmahnya itu terjadi dan kita adalah pilihan untuk menjadi teman baik selamanya untuk dia. andai kata dia senyap, tidak meninggalkan sedikit pesanan, bukanlah bermakna dia lupa akan teman nya. mungkin ia adalah jalan untuk kita tidak terlalu berharap sehingga meninggalkan sakit dalam hatinya.


we met by chance and turned into friends and now our destiny keeps us close to each others making our friendship grow more with passing time, you are a friend for lifetime

may god bless you and our friendship, insyaAllah........


No comments: