Aku Takut Aku Bimbang


Assalamualaikum

Selamat petang semua. hari ini selesailah paper aku yg ketiga, tinggal 4 paper untuk aku terus berjuang di seri iskandar ni . cehh aku berjuang pun aku tak tahu la, ta penah ada gaya. pagi tadi aku exam paper building yang boleh agak okay la soalannya tapi aku keluar awal, 1jam sebelumnya, sepatut 3jam kan tapi kerana kesejukan yang melampau sangat tu, aku da ta tahan untuk menunggu dan menjawab dengan lebih lama. aku kesal atau tak keluar awal ? aih ta tahu, namun hati ni takut, bimbang, risau dengan result yang bakal keluar nanti ( okay lambat lagi tunggu result keluar )

nak kembali pada cerita lama, sem lepas untuk paper building, aku keluar awal, ta silap 1jam juga sebelumnya, ni kali kedua aku keluar awal lagi, aih nothing sangat ke nak jawab??tapi aku dapat B or B+, not sure. sedih dan agak kecewa juga, ni la akibat terlalu yakin dan keluar dewan awal tapi apa kan daya 


< huwaaaaaaaaaa >. 

untuk kali ni aku tak tahu aku yakin atau tak, sebab kalau ta yakin ta boleh juga, yakin sangat susah juga . okay jadi nak apa ?? cuma aku berserah padamu YA ALLAH, berikan keputusan untuk kami, sampai ini sahaja aku mampu untuk jawab dan masa yang aku had kan.



Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang


Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah


Ada taufan yang menderu

Ada petir yang meluru

Setiap peluang dirasakan tipis

Setiap hela nafas dirasakan nipis

Pasti punya puncanya

Ada hikmahnya


Cuba kau berdoa

Cuba dan cuba kau meminta

Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya



Ada awan kegelapan

Ada langit berlapisan


Setiap ramalan terasa bagai mendung

Setiap musim terasa bagai tengkujuh


Pasti punya puncanya

Ada hikmahnya


Cuba kau berdoa

Cuba dan cuba kau meminta

Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya



Pada baris

Butir doa

Kau memohon
Kau berserah



Hanya

Pada

Dia Dia



Cuba

Cuba

Cuba
Cuba



Cuba kau berdoa

Cuba dan cuba kau meminta

Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya



Cuba kau berdoa

Cuba dan cuba kau meminta

Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya


* aku hanya berserah, lupakan yang dah berlalu, semoga aku diredhai KAU dan aku terus berjuang pada next paper ..




No comments: