puasa


Assalamualaikum

hari ini nak masuk puasa ke berapa ye . ? pejam celik pejam celik dah masuk hari ke-17, tak sangka  puasa cepat bebenor, nak raya, duit raya . ! apa ikhlas punya orang pikir raya je , pas puasa tau raya je . aku la tu ! haha. ape2 pon puasa jangan pikir raya je lebih . ikhlas puase tu penting. pahala amalan pada bulan ramadhan sgt besar kalau kita beramal berbanding dengan bulan bulan yg lain. so, mari la bersama2 kita beramal di bulan yang baik , di bulan yg mulia ni . 'buang yg keruh, ambil yg jernih'


apa guna puasa kalau buka kepala
apa guna puasa kalau dedah aurat
apa guna puasa kalau tak solat
apa guna puasa tapi bekepit-kepit
apa guna puasa tapi bercakap tentang diri orang lain
apa guna puasa kalau untuk tahan lapar & dahaga sahaja
apa guna puasa kalau tak kawal mata
apa guna puasa kalau tidur sampai petang


ingat lah tiada guna kalau kita puasa tapi 'freehair' bak kata mudah laa. apa salah korbankan demi amalan puasa kita untuk bertudung manis walaupon padangan orang yang susah diterima ' macam biskut' . sekejap alas kepala itu hilang, sekejap ada . kalau amalan puasa itu tidak diterima kerana kita menunjukkan beribu helaian rambut pada khalayak ramai.


renung-renungkan lah . mari lah bermuhasabah diri , belek- belek apa yg kurang , apa yg patut diperbaiki. renungan untuk diri sendiri juga , bukan hanya orang ramai. mohon maaf sesama insan, bukan hanya di waktu hari raya kita bermohon maaf, di bulan yang mulia ini mari lah sama-sama memaafkan antara yang lain .lupaskan yang lama , pandang ke hadapan dan rancang yang baru dan lebih baik  .....


No comments: