tiada alasan :))


 Assalamualaikum

 

sebaik2 hiasan di dunia ialah wanita solehah. Hiasan wanita itulah jugak dihiaskan oleh tudung yang menutup auratnya. Tiada sebab yang sering dilontarkan sekarang untuk memberi seribu alasan, mahupun sejuta alasan untuk tidak bertudung kerana alasan hanya TIDAK BERSEDIA. Sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.

Jika dibandingkan dengan seorang budak yang berumur 7 tahun, sudah pandai bertudung, apetah dengan remaja sekarang yang sudah meningkat usia, sudah akal baligh nya memberi alasan tidak bersedia untuk bertudung. Ada tempat2 yang tertentu sahaja untuk kita dibenarkan membuka auratnya kepalanya.

Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit  serta tidak mahu berubah kerana disuruh. Hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.  

Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan  yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas. 


‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.

Bertudung itu adalah kewajipan yang harus kita laksanakan oleh setiap muslim. kalau ingin melontarkan kata-kata tiada keikhlasan dari dalam hati, itu bukan lah satu alasan kerna kita boleh membina satu keikhlasan untuk mengikut perintah ALLAH seperti mana kita bersedekah, solat, berpuasa, menolong kawan kawan, berbuat baik sesama insan. Berubahlah sebelum bumi ini panggil untuk datang kepadanya.  


No comments: